Belian Online

Untuk Belian secara online Email order anda ke memoplusgoldmalaysia@gmail.com atau call 03-62752020...

"Like" Page Memo Plus Gold di Facebook!!

Wednesday, February 27, 2013

Pesakit Autism Pertama Ke Uitm - Memo Plus Gold Pemangkin Kejayaan


Selepas pengambilan secara berterusan selama 3 bulan, Aiman dapat merasakan kelainan pada dirinya. Dia dapat menumpukan perhatian ke atas pembelajarannya, lebih bersemangat dan kurang merasa keletihan. Kesan pengambilan secara berterusan, Aiman yang menghidapi Autism telah berjaya mencapai PGNK 3.05 berbanding PGNK 2.37 sebelumnya. 

Maklumat lanjut boleh hubungi bapa Aiman, En Hashim di 013-983 9352 
atau Oze Marketing di 03-6275 2020. 

Monday, February 25, 2013

Memo Plus Gold : Murah dan Berkesan

Ada apa pada harga? Ada apa pada kualiti?

 Antara kualiti dan harga yang mana akan kita pilih?




Sesetengah orang akan lebih memandang kualiti berbanding harga tetapi apabila anda mempunya 5 orang anak adakah anda mampu memberikan kesemua mereka vitamin yang harganya mahal. Apatah lagi tiada jaminan 100% yang di terima apabila mengamalkan produk terbabit. 

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan perbelanjaan yang semakin meningkat, ibubapa perlu mengambil tindakan bijak dalam mengawal perbelanjaan di samping memberikan yang terbaik untuk anak anda. 

Memo Plus Gold telah menjalani kajian klinikal yang terperinci di Pusat Penyelidikan Ubat di Lucknow, India. Setiap satu kapsul yang di keluarkan telah diuji kualitinya bagi memenuhi piawaian keberkesanan yang telah di tetapkan. Oleh yang demikian kualiti produk ini memang terjamin.

Oleh kerana Memo Plus Gold diperbuat daripada herba, ia mengambil masa untuk bertindak ke atak otak pengguna. Tetapi kesan awal penggunaan dapat dilihat mengikut kesesuaian pengguna itu sendiri. Ada yang dapat melihat hasilnya selepas 3 hari manakala ada juga selepas 2 minggu. Perubahan awal yang dapat di lihat merupakan kecergasan yang semakin meningkat. Tak mudah merasa letih dan mudah untuk bangun dari tidur pada waktu pagi.

Harga Memo Plus Gold tidak melampau atau susah dimiliki. Keluarga yang berpendapatan sederhana juga mampu memiliki produk ini untuk anak-anak mereka. Dengan hanya RM59.90 ( semenanjung) dan RM65.90 ( Sabah/Sarawak) untuk 60 kapsul. Sekotak Memo Plus Gold boleh digunakan selama sebulan.

Untuk maklumat lanjut hubungi Oze Marketing di 03-6275 2020 atau email ozemktg@gmail.com 

Thursday, February 21, 2013

Sakit Sendi @ Arthritis


Sakit dan bengkak pada sendi biasanya berlaku kepada warga emas tetapi oleh kerana faktor permakanan ramai antara yang berusia di dalam lingkungan 30-an atau 40-an mengalami masalah yang sama. Terdapat pelbagai jenis sakit sendi dan setiap satunya mengundang kesakitan serta ketidakselesaan kepada penghidapnya. 

Sakit sendi boleh melumpuhkan pergerakan dan paling menakutkan kesakitan berpanjangan. Biasanya sakit sendi lebih kerap dihidapi oleh kaum wanita kerana daya tahanan badan yang bercelaru di mana tubuh badan sendiri menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri. Ia juga menyebabkan kekejangan pada waktu pagi dan mengambil masa yang lama untuk reda. 

Pesakit sendi/arthritis haruslah peka terhadap penyakit yang mereka hidapi demi mengelakkan dari menjadikan kesakitan mereka bertambah teruk. Permakanan, berat badan dan perlindungan ke atas sendi harus diambil kira supaya penyakit tidak melarat atau semakin teruk.

Antara perkara yang penting seperti

Makan makanan yang seimbang
Amat penting untuk mempunyai berat badan yang unggul dan mempunyai cukup zat. Elakkan dari makan makanan yang kaya dengan purin contohnya makanan laut, daging jika anda mengidap gout. Jauhi dari sayur-sayuran bersifat sejuk dan elakkan jeruk, kekacang dan makanan yang diproses atau bermalam.

Kurangkan berat badan
Berat yang semakin meningkat akan menyebabkan tekanan kepada sendi yang sedia sakit. Oleh itu kawal berat dan lakukan senaman ringan setiap hari bagi menggerakkan sendi badan.Pastikan postur anda juga betul bagi mengurangkan tekanan pada lutut. Ambil berat jika terasa kesakitan ketika berjalan dan rehat seketika bagi mengurangkan bebanan.

Kerap bersenam
Sakit bukan alasan untuk tidak menggerakkan sendi terbabit. Sebaliknya lakukan senaman ringan bagi membantu melancarkan pengaliran darah, memastikan tulang dan otot kita kuat. Ia juga membantu pergerakan sendi. Seimbangkan rehat dan senaman dan elakkan dari menggagahkan diri untuk bersenam jika anda megalami kesakitan. 

Sakit sendi mampu dirawat dan Eaziflex merupakan salah satu alternatif yang bersifat herba. Tidak perlu khuatir akan kesan sampingan kerana produk ini 100% herba dan dijamin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dua jenis herba yang terkandung mampu melegakan bengkak dan membaik pulih sendi yang haus akibat kehilangan gel. Hanya beharga RM 99 ( 120 kapsul) untuk sebulan, ia mampu diamalkan oleh setiap pesakit di Malaysia. 

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 03-6275 2020

Monday, February 18, 2013

Tabiat Pembelajaran Yang Efektif


Dewasa ini terdapat pelbagai teknologi yang di gunakan oleh kita dan keluarga. Ramai pelajar yang kini mempunyai "smart phone" untuk melayari internet dan menggunakan aplikasi permainan maya. Oleh itu perhatian mereka semakin terbahagi di antara perkara yang menyeronokkan ini atau melakukan kerja rumah yang membosankan. 

Seringkali oleh kerana terpaksa akibat kerja yang perlu di hantar mereka memilih untuk melakukan kedua-duanya pada masa yang sama. 

Sebagai contoh, mendengar musik dan juga membuat kerja matematik. 

Oleh yang demikian mutu kerja atau ulangkaji yang dilakukan tidak dapat di masukkan sepenuhnya ke dalam otak mereka mengakibatkan kegagalan di hari ujian atau peperiksaan. Oleh itu pemantauan harus di lakukan terhadap anak anda ketika mereka mengulangkaji atau membuat kerja rumah. 

1. Sediakan ruang belajar 
Jika anda mampu sediakan 1 ruang di mana anak anda boleh belajar tanpa gangguan. Pastikan tiada televisyen atau alatan yang mampu mengganggu kuasa tumpuan mereka terhadap kerja-kerja yang ingin di laksanakan.

2. Berikan had masa 
Lakukan jadual masa untuk mereka setiap hari untuk belajar, mengulangkaji dan membuat kerja sekolah. Pastikan mereka mematuhi had masa terbabit tanpa gangguan.

3. Berikan sokongan
Apa kata jika anda tutup semua televisyen dan menemani anak anda ketika mereka belajar. Ini menunjukkan sokongan anda dan juga memberi semangat kepada mereka untuk lebih berusaha. Ia juga secara tidak lansung memastikan tumpuan mereka 100% terhadap kerja sekolah.

Pendek kata kecemerlangan seorang pelajar banyak bergantung kepada anasir luaran juga dan sebagai ibubapa banyak yang boleh anda lakukan bagi memastikan mereka mempunyai keselesaan untuk belajar dan  juga mewujudkan peluang kepada mereka untuk maju. Jangan biarkan anak anda berjuang sendirian dalam menggapai impian mereka. Bantu dan sentiasa memberi sokongan moral dan fizikal supaya kejayaan yang di kecapi lebih manis buat anda sekeluarga. 

Dan jangan lupa berikan Memo Plus Gold untuk meningkatkan lagi prestasi ingatan, tumpuan serta kecergasan mereka di sekolah dan juga di rumah.

Thursday, February 14, 2013

Valentine's Day

Sambutan Hari Valentine atau  Hari Memperingati Kekasih, ialah satu sambutan tahunan yang diadakan pada 14 Februari untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih. Ia bersempena seorang Santo (Saint) yang bernama Valentine yang terkorban demi agama Kristian. 

Oleh itu agama seperti Islam melarang umatnya menyambut hari ini dan mengagungkan pengorbanan seorang paderi terhadap agama yang dianutinya. 


Tetapi sebagai umat Islam kita tidak di larang untuk sentiasa menunjukkan kasih sayang dan belas ihsan kepada setiap insan yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama. Tidak perlu tunggu hari-hari tertentu  dan yang paling penting memastikan batas pergaulan sentiasa terjaga. 

Selamat bercinta dan mencintai ikhlas dari Oze Marketing

Wednesday, February 13, 2013

Pendidikan Sebagai Senjata


"Pendidikan adalah satu senjata yang amat berkuasa yang boleh digunakan untuk mengubah dunia. "
                                
Nelson   Mandela

Kepentingan pendidikan tidak dapat di pertikaikan lagi. Bukan sahaja ia penting untuk kemajuan sesebuah negara malahan ianya penting bagi menentukan hala tuju hidup seseorang. Di Malaysia golongan graduan yang mempunyai ijazah semakin ramai tetapi mutu mereka diragui dan peluang pekerjaan semakin kecil. Hanya sebilangan kecil berjaya di serapkan di bidang pekerjaan yang bertepatan dengan Ijazah yang di miliki manakala selebihnya terpaksa berpuas hati dengan pekerjaan yang tidak setanding dengan kelulusan.

Oleh kerana persaingan semakin sengit, ibubapa selalu menggalakkan anak-anak mereka memilih bidang yang memerlukan kepakaran dan mempunyai peluang pekerjaan yang banyak di samping gaji yang lumayan. Contoh pekerjaan yang menjadi idaman ibubapa untuk anak mereka adalah seperti doktor, peguam, jurutera dan guru. 

Tekanan dari ibubapa juga sedikit sebanyak menjejaskan prestasi anak-anak yang tidak tahan dengan bebanan kerja yang bertambah dengan masa yang sedikit. Aktiviti di sekolah, tuisyen di luar dan sekolah agama mengambil keseluruhan masa siang mereka menyebabkan waktu malam seringkali tidak dapat mengulangkaji kerana keletihan. Lebih malang keesokkan harinya terasa lesu apabila hendak ke sekolah.

Kesemua masalah ini kadang kala hanya di pandang ringan oleh sesetengah ibubapa tetapi ia sebenarnya masalah yang amat serius jika di biarkan berpanjangan. Oleh itu inisiatif haruslah di buat di pihak ibubapa dalam membantu anak mereka supaya masalah ini dapat di elakkan. 

Memo Plus Gold membantu menangani keletihan, lemah ingatan dan masalah kurang tumpuan di kalangan pelajar. Dengan tambahan ulangkaji yang mereka lalui serta pembelajaran di dalam kelas, Memo Plus Gold memastikan tenaga berlebihan di nikmati oleh pelajar untuk memudahkan lagi proses pembelajaran mereka seterusnya mencapai impian ibu bapa dan cita-cita pelajar itu sendiri. 

Ia merupakan bantuan dari segi makanan tambahan dan bukannya ubat ajaib yang memastikan tempat pertama di dalam peperiksaan. Anak anda masih perlu belajar, masih perlu mengulangkaji dan masih perlu ke sekolah. Bezanya - ingatan mereka di tingkatkan, tumpuan semakin tinggi dan kecergasan yang jauh lebih baik dari sebelumnya. Perbezaan inilah yang menentukan kejayaan bagi pelajar-pelajar yang sebelumnya lemah. 

Jadi berikan bantuan kepada anak anda di dalam bentuk Memo Plus Gold..

Hubungi kami di 03-6275 2020 sekarang juga!


Friday, February 8, 2013

Cendekiawan Islam Tersohor - Part 2


Ibn Rushd – Ahli Falsafah & Ilmu Fiqh

Nama sebenar Averrose ialah Abu Walid Muhammad bin Rusyd. Beliau lebih dikenali dengan Ibnu Rusyd yang lahir di Kordoba (Spanyol) pada tahun 520 Hijriah (1128 Masehi). Ayah dan datuk Ibnu Rusyd adalah hakim-hakim terkenal pada masa itu.

Ibnu Rusyd adalah seorang genius yang berasal dari Andalusia dengan pengetahuan ensiklopedik. Masa hidupnya sebahagian besarnya diberikan untuk mengabdikan diri sebagai “Kadi” (hakim) dan fisikawan.

Di dunia barat, Ibnu Rusyd dikenali sebagai Averroes dan komentator yang terbesar dalam bidang filsafat Aristoteles yang mempengaruhi filsafat Kristen di abad pertengahan, termasuk pemikir seperti St. Thomas Aquinas. Ramai yang berjumpa Ibnu Rusyd untuk mengkonsultasikan masalah kedoktoran dan masalah hukum.

Karya-karya Ibnu Rusyd meliputi bidang filsafat, kedoktoran dan fikih dalam bentuk karangan, ulasan, essai dan resume. Hampir semua karya-karya Ibnu Rusyd diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan Ibrani (Yahudi) sehingga kemungkinan besar karya-karya aslinya sudah tidak ada.

Al-Jazari – Ahli Mekanik & Robotik


Abū al-’Iz Ibn Ismā’īl ibn al-Razāz al-Jazarī (1136-1206) (bahasa Arab: أَبُو اَلْعِزِ بْنُ إسْماعِيلِ بْنُ الرِّزاز الجزري‎) adalah orang Arab penting dalam ilmu robotik Islam. Al-Jazari dilahirkan di Al-Jazira, Mesopotamia semasa Zaman Kegemilangan Islam. Dia adalah penulis Kitáb fí ma’rifat al-hiyal al-handasiyya (Buku Pengetahuan Ilmu Mekanik) pada tahun 1206, di mana dia menerangkan 50 alat mekanik di samping dengan arahan bagaimana membinanya.

Da Vinci baru merancang pembuatan robot pada 1478, itu pun baru berbentuk design di atas kertas. Sedangkan Al-Jazari, sudah berhasil merancang dan menciptakan aneka bentuk robot pada awal abad ke-13 M. Atas dasar itulah, masyarakat sains modern menggelarnya sebagai ”Bapak Robot”. Peradaban Islam lebih maju tiga abad dalam teknologi robot dibanding Barat.

Mesin robot yang diciptakan Al-Jazari berbentuk sebuah perahu yang terapung di sebuah danau yang ditumpangi empat robot pemain musik. Robot yang terdiri atas dua penabuh drum, seorang peniup harpa, dan pemain suling logam itu diciptakan untuk menghibur para tamu kerajaan dalam acara jamuan minum. Al-Jazari mengembangkan prinsip hidrolik untuk menggerakkan mesin yang di kemudian hari dikenal sebagai mesin robot.

Ibn Khaldun – Ahli Sejarah Kebudayaan & Sosiologi Moden

Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Ibn Khaldun turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah (“Pengenalan”). Ibn Khaldun juga menulis sejarah Muslim di Afrika Utara yang terulung.

Karya teragungnya bermula sebagai penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik, dan ekonomi. Ibn Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah boleh dibuktikan secara empirikal.
Ibn Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan.
- Ibn Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologiastronomi, numerologi, kimia, dan sejarah. Secara berseorangan, Ibn Khaldun telah meletakkan titik mula bagi tradisi intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan bertanggung jawab, pasaran efficent, penyiasatan sains empirikal, pengkajian sosialogi, dan penyelidikan sejarah.

Tokoh - tokoh lain...

Jabir Ibnu Hayyan – Pakar Kimia



sumber : fadlyahmad 

Thursday, February 7, 2013

Penyakit Asma Antara Punca Tidak Cemerlang


Kesihatan juga adalah antara punca kecemerlangan. Apabila anak anda sentiasa sakit dan terpaksa berehat di rumah, pelajaran mereka akan terganggu dan tertinggal dalam kebanyakkan mata pelajaran. Bagi yang sedia lemah akan mulai gagal, berputus asa dan murung.

Oleh itu Memo Plus Gold merupakan penyelesaian terbaik. Bukan sahaja ia membantu peningkatan dari segi TUMPUAN, INGATAN dan KECERGASAN malahan herba ini mampu meningkatkan imun sistem penggunanya supaya kesihatan terjamin dan lebih produktif. 

Ikuti testimoni ini yang menceritakan kesengsaraan dan kemurungan adik Muhammad Faiz akibat asma dengan keputusan peperiksaan yang teruk dan kegembiraan beliau serta keluarga selepas mengamalkan Memo Plus Gold yang membantunya kembali ceria selain mendapat keputusan yang cemerlang di dalam UPSR. 

Wednesday, February 6, 2013

Cendekiawan Islam Tersohor - Part 1

Mungkin ramai antara kita masih mengingati zaman persekolahan kita di mana kita mempelajari sejarah tentang tokoh-tokoh ilmuan Islam. Bagi saya ia memang amat menarik dan wajar di ketahui supaya kita berasa bangga dengan kemajuan dan pencapaian cendekiawan Islam. Bukan sahaja mereka mengikuti lunas dan ajaran Al-Quran dalam menimba ilmu malahan mereka juga hidup di zaman yang serba kekurangan. 
Ilmu yang dicari dengan susah payahnya amatlah di hargai dan di pelihara.

Berikut antara tokoh-tokoh yang menempa nama di dalam bidang yang mereka ceburi.


Al-Farabi – Ahli Sufi & Ilmuwan

Al-Farabi tidak seperti beberapa tokoh atau sarjana muslim yang lain, ini kerana beliau tidak menulis mengenai riwayat hidupnya sendiri berbanding dengan tokoh yang lain yang membuat biografi tentang kehidupan mereka. Keduanya Al-Farabi dikatakan memiliki atau mempunyai daya akal yang tinggi sejak dari kecil lagi, ini kerana dalam usia muda lagi beliau telah belajar dan mampu belajar berbagai-bagai ilmu.

- Menguasai pelbagai bidang dalam ilmu keagamaan, antaranya ilmu Nahu, Tafsir, Hadis, Fiqh, dan sebagainya, selain itu beliau juga mahir dalam pelbagai cabang-cabang falsafah, ilmu lingkungan, ilmu militer dan ilmu muzik, walaupun Al-Farabi mahir dalam pelbagai bidang tetapi beliau lebih tertarik ataupun lebih memberikan perhatiannya pada bidang falsafah dan logik.

- Menguasai beberapa bahasa asing, antaranya bahasa Syria, Arab dan Greek. 

Al-Farabi juga lebih dikenali sebagai guru kedua, beliau dikenali sebegitu selepas Aristotle sebagai guru pertama, ini kerana beliau sentiasa mengkaji buku-buku yang dihasilkan oleh Aristotle, mahupun mengkaji mengenai diri Aristotle. Al-Farabi dikatakan mempunyai ramai guru-guru, tetapi yang utama ataupun yang lebih diberikan perhatian dan masyhur ialah Ibn Hailan dan Matta ibn Yunus, kedua-dua guru beliau ini mahir di dalam bidang logik dan falsafah.

Al-Battani – Ahli Astronomi

Al-Battani mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri Jabir Ibn San’an yang juga merupakan seorang Saintis yang terkenal ketika di zamannya.

Al-Battani merupakan seorang Astronomi yang terkenal serta seorang yang mahir dalam bidang Matematik. Beliau merupakan seorang Ahli Astronomi yang begitu masyhur yang bertanggungjawab meneroka pelbagai penemuan dan kajian dalam bidang Astronomi. 

Beliau telah menggariskan dengan cukup teliti mengenai pusingan tahun dan musim, kadar peredaran matahari dan menggariskan miring buruj di garisan khatulistiwa. Beliau juga mempunyai penyelidikan yang teliti dalam gerhana matahari, bulan dan pergerakanya. Penemuan beliau ini telah menghasilkan kiraan kadar pengiraan pusingan tahun iaitu 365 hari 5 jam 46 minit dan 24 saat.

- Merupakan orang pertama menggunakan kosain dan garis sendeng dalam segitiga dan sudut juga penggunaan lambang dan trigonometri ke barat.Kebanyakan hasil penemuan dan kajian beliau telah dibukukan dan diterjemah ke dalam pelbagai bahasa. Antaranya termasuklah karya penulisan ilmiah beliau dalam bidang Astronomi dan juga Trigonometri. Buku beliau yang begitu terkenal ialah karya beliau dalam bidang astronomi yang telah diterjemah ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 yang diterbitkan sebagai De Scienta Stellerum-De Numeris Stellerum Et Motibus.

- Karya beliau dalam bidang Astronomi  mempengaruhi dunia ilmuan Barat sehinggalah muncul zaman Renaissance.

- Telah berjaya membetulkan hasil Batlimous dalam bukunya “ Al Zaiju al Sabik”. Bukunya terdiri dari muqaddimah dan 57 bahagian tentang cara-cara pengiraan, sifat buruj, kadar miring, bintang dan permasalahan nya, berjenis-jenis taqwim, ukuran masa dan tempoh tahunan, alat-alat astronomi dan cara membuatnya. Buku tersebut diterjemah ke dalam Bahasa Latin oleh Aplaton Al Tipoli pada kurun 18 Masihi dan terjemahan ini telah berjaya memberi kesan terhadap perkembangan astronomi di Eropah dan sebagai contoh yang nyata ialah tentang kajian Copernicus terhadap penghasilan beliau.

....akan disambung next post....

Tuesday, February 5, 2013

PMR 9A dan Johan Tadarus dengan Memo Plus Gold


Adik Ahmad Hasbullah bukan sahaja telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan PMR 9A tetapi pencapaian di dalam bidang ko-kurikulum juga amat membanggakan dengan mewakili sekolah dalam pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran dan Majlis Ihtifal. Beliau berjaya menjadi Johan peringkat Hulu Langat dan Naib Johan peringkat Negeri Selangor. 

Katanya,

 " Semasa berada di dalam kelas, saya berasa lebih cergas, fokus dan tidak berasa lesu seperti yang saya selalu alami sebelum mengambil Memo Plus Gold. Saya juga berasa bersemangat untuk pergi ke sekolah memandangkan saya tidak lagi dimarahi oleh guru" 

Memo Plus Gold boleh di beli dengan harga Rm59.90 ( semenanjung) dan Rm65.90 ( S/S).. hubungi Oze Marketing di hotline 03-6275 2020 atau lihat senarai pengedar/farmasi di bahagian atas..

Monday, February 4, 2013

Ubah Sikap Melalui Motivasi

" Semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda, esok impian yang nyata dan hari ini penentu siapa kita "
                                                                                                                                     Dr Tengku Asmadi 



Motivasi adalah salah satu penentu kejayaan. Di sekolah, Universiti dan pusat pengajian sentiasa mengadakan sesi motivasi bersama penceramah- penceramah berwibawa bagi menekankan aspek cita-cita dan juga nilai murni kehidupan. 

Bagi ibu bapa, kadang kala mempunyai anak yang nakal atau hiperaktif memberi tekanan kepada anda. Jadi penuhkan ilmu di dada dalam menangani krisis anak anda melalui motivasi. Jangan berputus asa dalam membimbing anak yang nakal dan menunjukkan kepada mereka jalan yang betul. Ibubapa yang membiarkan anak mereka terus hanyut hanya akan menyesal kemudian hari apabila anak-anak itu melakukan kesalahan berat atau menjadi sampah masyarakat.

Kesimpulannya.. motivasikan diri anda supaya anda boleh memotivasikan anak-anak anda juga..

Cara-cara berkesan dalam memotivasikan diri anda atau anak anda adalah seperti berikut..pilih mana-mana sahaja yang sesuai dengan diri anda. Dengan motivasi dapatlah dijauhkan sikap berputus asa, lemah dan negatif yang ada pada anda..Selamat mencuba!

  1. Membaca buku motivasi terutamanya biografi orang-orang yang berjaya.
  2. Menulis artikel motivasi.
  3. Mendirikan sembahyang / solat khusus untuk mendapat taufik, keampunan dan petunjuk dari Allah S.W.T.

  4. Berdoa dan memohon kekuatan dan hidayah daripada Allah.

  5. Mencipta satu ritual – misalnya “Jika orang lain boleh, saya pun boleh.”

  6. Mendengar lagu-lagu yang dapat memberi semangat dan inspirasi kepada anda.

  7. Bermain musik kegemaran anda sekiranya anda pandai bermain alat musik - mana tahu dapat pula mencipta suatu musik atau lagu yang hebat!

  8. Menatap gambar-gambar yang dapat memberi inspirasi dan semangat baru kepada anda.
  9. Meditasi.
  10. Tidur sehingga anda benar-benar sihat dan segar semula. Kurang tidur boleh menyebabkan kelesuan dan kebosanan.
  11. Bersenam atau melakukan aktiviti-akitiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu supaya badan dan minda sentiasa sihat cergas dan cerdas.

  12. Bertekad untuk menyiapkan semua kerja anda yang tertunggak / menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan penuh kesungguhan sehingga selesai!

  13. Membuat atau kaji semula perancangan kerja atau hidup anda.

  14. Menyusunatur pejabat / rumah / fail, kemas rumah dsb.

  15. Berjumpa dengan kaunselor untuk mendapat khidmat nasihat.

  16. Berjumpa dengan kawan-kawan yang positif untuk mendapat pandangan atau nasihat.

  17. Keluar makan dengan keluarga atau dengan kawan-kawan rapat.
  18. Beriadah - bersiar-siar bersama ahli keluarga -  tempat yang baik untuk melakukan ini ialah bersiar-siar di Mall yang besar dengan berjalan agak laju sedikit.

  19. Menghadiri seminar motivasi.

  20. Mengadakan kenduri doa selamat
Sumber / Credit : Taidin Suhaimin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...