Belian Online

Untuk Belian secara online Email order anda ke memoplusgoldmalaysia@gmail.com atau call 03-62752020...

"Like" Page Memo Plus Gold di Facebook!!

Monday, August 26, 2013

11 Sebab untuk Sentiasa Tersenyum

Hanya dengan senyuman kamu boleh memperolehi pelbagai manfaat tetapi tidak ramai yang mengambil peluang ini yang hanya memerlukan satu senyuman.

11 sebab senyuman memberikan kejayaan.

Pertama : Senyuman menunjukkan kamu mudah di dekati.

Jika seseorang mendekati kamu sambil memandang mata kamu dan tersenyum maka kamu tahu dia hanya ingin berkawan dan tidak berfikiran jahat. Sebaliknya jika seseorang itu tidak tersenyum dan kelihatan serius pastinya kamu pastinya merasa tidak selesa dan kurang mempercayainya.

Kedua : Senyuman menceriakan suasana

Senyuman merupakan komunikasi tanpa percakapan yang sempurna kerana ianya boleh di lakukan sebanyak yang mungkin ketika kamu berada di dalam sesuatu keramaian atau bersama sekumpulan orang. Walaupun kamu tidak mengenali orang di sekeliling kamu mereka pastinya akan membalas senyuman yang kamu berikan dengan ikhlas.

Kadangkala senyuman kamu mungkin merupakan aura positif yang mampu membuatkan mereka tersenyum sepanjang hari.

Ketiga : Senyuman berjangkit

Adalah mustahil untuk tidak tersenyum apabila kamu berada di kalangan orang yang sentiasa tersenyum. Tanpa kamu sedari perasaan kamu akan berubah menjadi lebih gembira dan kamu mula tersenyum juga.

Keempat : Senyuman menjadikan kamu disukai ramai


Tentu sekali kamu lebih gemar bersama orang yang sentiasa tersenyum berbanding seseorang yang tidak menunjukkan emosi. Ini kerana mereka mengeluarkan aura positif yang menunjukkan mereka menikmati hidup mereka. Dan tentunya kamu juga ingin rasa begitu.


Kelima : Senyuman membantu kamu mengenali lebih ramai orang

Mustahil kamu ingin berkawan dengan seseorang yang sentiasa bersedih dan bermasalah. Biasanya kita lebih selesa mencari kawan yang positif, gembira dan ramah.

Keenam : Senyuman akan dibalas

Bila seseorang senyum dengan kamu, ia mampu membuatkan hati kamu rasa gembira.Kamu juga baru sahaja melakukan komunikasi kecil di mana ia merupakan 1 langkah di dalam mendapat kawan baru atau mengenali seseorang yang kamu suka.

Ketujuh : Senyuman menjadikan kamu positif dan gembira

Bila kamu senyum mustahil untuk merasakan perasaan lain selain dari gembira dan bersemangat. Selain itu kerap tersenyum juga akan menjadikan ia satu tabiat yang baik untuk diri kamu.

Kelapan : Senyuman membuatkan kamu nampak lebih menarik

Pernahkah kamu nampak bintang-bintang popular yang hanya memasamkan muka mereka ? Jika mereka bertindak sedemikian pastinya peminat-peminat akan mulai menjauhi mereka dan begitu jugalah dengan orang di sekeliling kamu.

Kesembilan : Senyuman membuatkan kamu mudah di ingati

Sedarkah kamu seseorang yang sering tersenyum lebih mudah di ingati berbanding seseorang yang tidak? Ia merupakan satu fakta di mana kita lebih mudah mengingati seseorang yang sentiasa senyum berbanding seseorang yang mempunyai memek muka selamba atau yang tidak di senangi.

Kesepuluh : Senyuman bagus untuk kesihatan

Ketika kamu tersenyum segala kerja akan berjalan lebih lancar . Ia juga melepaskan segala tekanan dan kebimbangan yang terkumpul sepanjang hari. Untuk jangka masa panjang, senyuman adalah langkah bijak dalam menangani setiap aspek di dalam kehidupan kamu dengan nada positif.

Kesebelas : Senyuman boleh menenangkan kamu untuk jangka masa yang lama

Walau apapun cabaran dan kesukaran di dalam hidup kamu, senyuman mampu melegakan hati kamu untuk seketika. Untuk seketika juga kamu mampu bertenang dan memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah yang sedia ada dan bergerak ke hadapan.

Terakhir : Senyuman adalah PERCUMA!

Kamu tidak akan kehabisan bekalan senyuman. Senyuman kamu cukup untuk semua orang untuk setiap masa. Jika di fikirkan kebaikkan yang akan di perolehi hanya dengan tersenyum maka bodohlah kamu jika tidak mengambil kesempatan ini untuk sentiasa mengukir ia di muka kamu.

Senyumlah dan kongsikan ia dengan semua orang di sekeliling kamu untuk hari yang positif dan hati yang gembira.

Monday, August 12, 2013

Rahsia Ingatan Pasti Meletup

Terdapat banyak produk untuk minda di pasaran di kala ini tetapi ada perbezaan yang jelas nyata antara Memo Plus Gold dan produk lain. 






Di rumus dari ekstrak herba Bacopa Monnieri, Memo Plus Gold telah menjalani kajian klinikal terperinci di pusat penyelidikan terkemuka dunia. Malahan sehingga kini sebuah Universiti di Australia masih lagi membuat kajian ke atas faedah lain yang boleh di dapati daripada mengamalkan Memo Plus Gold secara berterusan.

Hanya dengan Rm59.90 (semenanjung) dan Rm65.90 (Sabah/Sarawak).. Dapatkan INGATAN yang kuat untuk membantu anda memperolehi kejayaan dengan mudah!

Thursday, August 1, 2013

Mata Sihat dengan Cogent db+

Mata merupakan anugerah Tuhan yang amat beharga. Tanpa sepasang mata banyak kekurangan yang berlaku pada pergerakan dan hidup seseorang. Seperti otak yang akan di pengaruhi oleh persekitaran dan permakanan, mata juga organ yang sensitif terhadap perubahan diet permakanan kita. Seeloknya kita cuba mencegah ia daripada kerosakkan dengan menjaganya sebaik mungkin. 


Penjagaan mata lebih tertumpu kepada diet makanan yang mengandungi sayur-sayuran serta buah-buahan untuk melindungi mata dari kerosakkan. Masukkan sayuran atau buah-buahan ini ke dalam diet permakanan seharian kita supaya perlindungan diberikan secara berterusan. Kebiasaannya, sumber semulajadi perlu di ambil secara konsisten dan mengambil masa yang lama untuk nampak kesannya. Tetapi ianya akan jadi amat berbaloi apabila anda tidak perlu mengunjungi hospital kerana sakit. 

Selain itu anda juga boleh mengambil Cogent db+ yang mengandungi 9 jenis herba untuk kesihatan mata anda. Hanya 2 tablet setiap hari untuk penjagaan berkesan. Tidak perlu bersusah payah untuk mencari buah yang sesuai atau memasak sayuran kerana kadangkala masa yang menyebabkan kita tidak sempat melakukan penjagaan ini. Amalkan Cogent db+ setiap hari bagi mata yang sihat dan menawan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...