Belian Online

Untuk Belian secara online Email order anda ke memoplusgoldmalaysia@gmail.com atau call 03-62752020...

"Like" Page Memo Plus Gold di Facebook!!

Thursday, September 26, 2013

Memo Plus Gold : Tingkatkan IQ Anak Anda

Dewasa ini dunia amat mencabar dan saingan untuk pekerjaan menjadi semakin sengit. Oleh itu dorongan untuk melihat anak-anak berjaya di dalam pelajaran menyebabkan ramai ibu bapa semakin tertekan di dalam mendidik anak. Tekanan ini secara tidak lansung beralih kepada si manja anda juga. 


Oleh itu hendaklah anda mengetahui cara terbaik untuk mendorong mereka di samping memberikan kebebasan kepada mereka untuk menjalani kehidupan normal sebagai kanak-kanak.

1. Masukkan muzik di dalam kehidupan seharian mereka

Muzik memudahkan proses mengingat. Ini adalah teknik belajar yang amat berkesan. Ingatkah anda sewaktu di sekolah cikgu mengajar anda mengingati nombor dengan nyanyian. Ada juga nyanyian untuk doa dan juga nama-nama nabi. Jadi, muzik merupakan ransangan yang mudah dan menyeronokkan untuk anak anda.

2. Permainan meransang kreativiti

Sekali sekala jauhkan anak anda dari televisyen dan internet. Main permainan seperti Congkak atau Monopoly ketika hujan manakala keluar dan berpeluh bersama dengan permainan seperti badminton atau bola sepak ketika hari cerah. Selain menjadikan badan lebih sihat, permainan menggalakkan permikiran anak anda lebih aktif dengan cabaran dan strategi untuk menang. 


3. Permakanan yang sihat

Makanan ringan yang terlampau banyak perisa tiruan mampu menjadikan otak manusia tumpul. Apatah lagi kanak-kanak yang masih dalam proses perkembangan. Jauhkan mereka dari keropok dan makanan segera. Anda boleh membuat banyak perubahan kepada kesihatan otak mereka dengan memberikan khasiat terbaik yang di perlukan oleh badan anak-anak anda.

4. Galakkan perasaan ingin tahu

Jangan di sekat pertanyaan yang muncul dari bibir anak anda ketika kecil. Sebaliknya galakkan perasaan ingin tahu mereka. Pembelajaran secara tidak formal semasa kecil memberi impak yang besar dalam mematangkan fikiran mereka. Dengan memberikan jawapan kepada persoalan mereka, anda membantu permikiran mereka berkembang dengan lebih pantas dan sihat. 

5. Bersarapan setiap pagi

Jangan jadikan kesibukkan kerja sebagai alasan menghantar anak anda ke sekolah dengan keadaan lapar. Sebaliknya ambil masa dan galakkan mereka mengambil sarapan sihat sebagai bekalan tenaga untuk mereka menjalani aktiviti di sekolah. Elakkan pengambilan makanan berat seperti nasi lemak yang akan menyebabkan anak anda mengantuk. 

Dengan langkah-langkah di atas anda secara tidak lansung membantu anak anda cemerlang di dalam pelajaran mereka di samping menyediakan mereka untuk bersaing dengan dunia luar. Ambillah langkah secara bijak ketika mendidik supaya anak anda tidak terasa tertekan, memberontak dan membenci anda. 

Monday, September 23, 2013

Vocabulary : Kuasai Teknik Mudah



Pelajari teknik mudah dalam menguasai Vocabulary anda dengan video ini.

Friday, September 13, 2013

Impian Terlaksana dengan 5 Teknik

Tahukah kamu dengan menetapkan matlamat yang ingin di capai barulah kita boleh mencapai impian kita ? Tahukah kamu setiap orang yang berjaya menggunakan matlamat yang mereka ingin capai untuk memperolehi kekayaan dan juga pengetahuan ? Mereka merancang kejayaan mereka berdasarkan matlamat yang jelas dari awal lagi. Dengan itu mereka mampu merancang setiap langkah dalam mencapainya.

Jom lihat 5 teknik yang kamu boleh cuba untuk mencapai matlamat dan impian kamu.

Teknik pertama – mulakan dengan matlamat jangka pendek 
Kadangkala kita akan mulakan dengan matlamat jangka pendek tanpa di sedari. Kenapa ? Mungkin kerana kamu menganggap ini matlamat kamu ketika itu, tetapi apabila matlamat itu berjaya di capai kamu merasakan kamu mahu lebih lagi. Dengan menyedari matlamat jangka pendek tidak mampu memuaskan hati kamu, maka matlamat jangka panjang akan terbentuk pula. 
 



Teknik kedua – pastikan matlamat itu yang kamu mahu. 
Tanya pada diri kamu adakah matlamat itu yang kamu mahu. Sesetengah orang melihat kembali masa silam ketika membuat matlamat. Contohnya, hidup yang susah, jadi matlamatnya ingin ke university menimba ilmu dan seterusnya mendapatkan kerja yang menjamin kehidupan. Ataupun mungkin mempunyai ibubapa yang berada jadi matlamatnya ingin menjadi lebih kaya atas usaha sendiri. Apabila kamu menyedari matlamat itu yang kamu mahu, kamu pasti akan berusaha untuk menjayakannya.

Teknik ketiga - kongsi matlamat kamu 
Jangan simpan matlamat kamu untuk diri sendiri sebaliknya kongsi dengan rakan-rakan serta ahli keluarga. Dengan itu kamu akan mendapat sokongan dari mereka. Ramai yang malu untuk berkongsi impian serta matlamat mereka tetapi kadangkala kamu memerlukan bantuan orang lain untuk merealisasikan impian itu. Atau mungkin sekadar sokongan.

Teknik keempat – tuliskan matlamat kamu 
Bagi yang mempunyai banyak matlamat adalah di nasihatkan untuk menulisnya. Tuliskan secara lengkap bagaimana kamu ingin mencapainya. Selepas itu pastikan kamu melihatnya setiap hari supaya kamu akan lebih bermotivasi untuk mencapainya. Lebih lagi kamu juga akan lebih bersemangat untuk terus berusaha kea rah matlamat kamu itu.

Teknik kelima - jangan berputus asa  
Sentiasa melihat kembali perancangan yang telah kamu buat supaya tidak tersasar dari matlamat yang kamu ingini. Kadangkala sikap kamu yang terlampau yakin untuk berjaya boleh membuatkan kamu tertekan apabila berhadapan dengan jalan buntu. Jadi jangan berputus asa dan teruskan perancangan yang telah kamu buat pada awalnya.

Kesemua teknik ini mampu mendekatkan lagi kamu dalam mencapai apa sahaja IMPIAN yang telah kamu bina di minda. Pastikan kamu letakkan MATLAMAT dalam mencapai IMPIAN tersebut di atas kertas supaya kamu boleh selalu melihatnya. Dengan itu kamu akan lebih bersemangat untuk mencapainya. Selamat berjaya!

Tuesday, September 10, 2013

Peperiksaan Utama Malaysia - Kemahiran Mengingati

Selamat menjawab soalan-soalan peperiksaan bagi murid-murid darjah 6. Masih tak terlambat lagi untuk anda mempelajari cara-cara untuk mengeja dan mengingati ini ya..Jom lihat video ini




Monday, September 9, 2013

Kertas Percubaan Peperiksaan

Semakin hampir adik-adik semua untuk menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM. Di kala ini ada baiknya adik-adik menumpukan kepada latih tubi berbanding ulangkaji kerana dengan membuat latihan kita akan lebih mengingati fakta-fakta serta formula.

Di internet terdapat banyak soalan-soalan dari negeri di seluruh Malaysia yang boleh kita download dan buat. Selain itu gunakan rangkaian sosial seperti FACEBOOK untuk membuat kumpulan belajar anda. Di rumah pun masih boleh berinteraksi dan bertanyakan soalan-soalan yang adik-adik tidak faham.

Saat inilah patut kita gunakan teknologi dengan sebaiknya..Jom lihat antara link-link untuk mendapatkan soalan-soalan peperiksaan untuk di cuba ya ^^






Monday, September 2, 2013

5 Perubahan Sikap untuk Menjadi Kaya


1. Katakan “YA” untuk HIDUP
“Be not afraid of life. Believe that life is worth living, and your belief will help create the fact.” -Henry James

Dengan mengatakan YA kepada kehidupan kamu membuka peluang kepada kejayaan dan hidup yang lebih bermutu. Kamu akan lebih bercita-cita untuk mengekalkan gaya hidup yang ideal, hubungan yang sihat dan mengambil risiko untuk berjaya.

Kamu juga akan mempedulikan sikap negatif orang di sekeliling kamu dan mula membina keyakinan untuk menikmati kejayaan dan hasil penat lelah kamu.

2. Sayangi diri kamu dan orang lain tanpa syarat.

Sedarkah kamu dengan sikap tidak ambil peduli akan menyebabkan orang lain menjauhi kamu. Sayangi anak, keluarga atau kawan-kawan kamu ketika susah dan senang dan mereka akan menghargai kamu. Berikan mereka ruang untuk membuat kesalahan dan sama-sama membantu mereka kembali ke jalan yang benar .

3. Ambil risiko
“There came a time when the risk to remain tight in the bud was more painful than the risk it took to blossom.” - Anais Nin

Semua perkara di dalam kehidupan ini mempunyai risiko. Adakah kamu mahu rasa takut di tolak atau kegagalan menghantui setiap keputusan kamu ? Ketakutan menghalang kejayaan. Ambil risiko dan bebaskan diri kamu dari belenggu rasa was-was itu. Cuba perkara baru dan nantikan habuan daripada tindakan berani kamu itu.

4. Jadikan yang mustahil itu sesuatu yang mudah di capai
“The pessimist sees difficulty in every opportunity. The optimist sees the opportunity in every difficulty.”- Winston Churchill

Jika kamu fikir ia takkan berlaku, maka ia pastinya akan tidak berlaku. Perkara yang buruk akan berlalu di dalam hidup kita. Ambil iktibar dari kegagalan dan mula berusaha untuk mencapai matlamat kamu. Senyapkan kata-kata di dalam kepala kamu yang mengatakan kamu tidak boleh. Hentikan anggapan bahawa kamu akan gagal dan mulakan langkah untuk Berjaya.

5. Pastikan setiap hari adalah produktif
“How we spend our days is, of course, how we spend our lives.” - Annie Dillard

Fikir apa yang kamu mahu tinggalkan untuk anak cucu kamu. Bagaimana kamu mahu di ingati. Cara hidup kamu meletakkan kamu di dalam kategori yang kamu mahu. Jangan memandang remeh setiap kata-kata serta perbuatan kamu kerana setiap perbuatan ada kesannya. Setiap dari kita hidup di dunia ini untuk membuat perubahan waima sekecil manapun. Pastikan pendapat kamu di dengari dan kelilingi hidup anda dengan orang-orang yang positif. Hentikan hidup di dalam dunia kamu yang kecil itu dan mulakan langkah besar kamu di dunia yang luas.

Mulai hari ini sertakan matlamat yang jelas untuk hidup kamu dan harungi dunia ini dengan kekuatan yang baru untuk hidup yang lebih baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...