Belian Online

Untuk Belian secara online Email order anda ke memoplusgoldmalaysia@gmail.com atau call 03-62752020...

"Like" Page Memo Plus Gold di Facebook!!

Thursday, June 4, 2009

Krisis Penyembuhan bagi Yg Mengamalkan Produk Herba Oze Marketing


KRISIS PENYEMBUHAN


Konsep Perubatan Tradisional @ herba adalah ia akan meyembuhkan penyakit dari dalam ke luar. Bermakna penyembuhan adalah berkekalan dan juga tanpa kesan sampingan memudaratkan kepada organ dalaman yang lain. Seorang pesakit perlu dibimbing untuk memenuhi semua syarat penggunaan herba yang betul supaya mendapat hasil optima dan khasiat herba yang diamalkan.

Syarat Penggunaan adalah seperti berikut :-

Keyakinan
Amalan yang berterusan
Munculnya krisis penyembuhan (Healing Crisis)
Dos yang mencukupi dan teratur.

1. KEYAKINAN (CONFIDENCE / BELIEVE)

Pertama kali, pesakit harus faham bahawa setiap penyakit itu pasti ada ubatnya dan ubatan herba yang diberikan kepadanya merupakan ubatan yang berkualiti dan berkesan. Keyakinan ini adalah sangat penting kerana ia merupakan pintu penyembuhan yang perlu dibuka terlebih dahulu. Keyakinan akan membangkitkan tenaga dalaman yang amat penting untuk membantu mengembalikan sistem imuniti. Pengambilan herba dalam keadaan yang tidak yakin akan hanya menjadi usaha yang sia-sia.
2. AMALAN BERTERUSAN (CONTINIOUS PRACTICE / CONSUMPTION)

Ertinya kita harus istiqomah dan sabar menantikan tubuh yang sedang menjalani proses penyembuhan bagi seluruh tubuh secara menyeluruh (total healing).
Penyakit selalu terjadi akibat permakanan kita yang tak sihat. Apabila kita menyedari bahawa sumber penyakit datang dari makanan harian yang mengandungi toksik(zat beracun), maka sudah semestinya pengambilan herba menjadi perkara rutin dalam kehidupan seharian. Penyakit timbul setelah sekian lama gangguan terhadap organ dalaman seperti limpa, hati, buah pinggang dan lain-lain terjadi.
Begitu juga perubatan herba memerlukan tempoh atau waktu untuk memulihkan sel-sel yang telah rosak. Kerana itu bagi pengguna produk Oze Marketing dinasihatkan mengambilnya secara intensif selama 3 bulan manakala bagi Cogent db+ selama 6 bulan.
3. KRISIS PENYEMBUHAN

Krisis penyembuhan (healing crisis) adalah tanda-tanda yang menunjukkan herba sedang bekerja yang dikenali sebagai Direction of Cure (DOC). Beberapa DOC yang muncul akibat penggunaan herba antara lain:-

a)Bertambah keluar penyakit.Seringkali kita menjumpai seseorang yang menggunakan herba mengalami healing crisis, dimana nampak semakin bertambah penyakit yang keluar, seperti Migrain bagi pengguna Memo Plus Gold, gatal-gatal di kulit bagi pengguna Cogent db+ dan sakit di sendi bertambah bagi pengguna Arthrid.
b)Berpindah penyakit dari bahagian tertentu kepada bahagian yang lain.Kita juga sering lihat perubahan beberapa penyakit seperti orang yang menderita asthma setelah mengamalkan Pankaja Kasthuri mengeluarkan kahak yang banyak.
c)Terasa sakit di bahagian pinggang dan telapak kaki.Sistem saraf yang mempengaruhi keadaan ini dimana rasa sakit akan terasa seolah-olah berpindah turun ke bawah terutama di sekitar pinggang dan langsung ke telapak kaki. Telapak kaki dihubungkan ke wilayah refleksi bagi perawatan seluruh tubuh.
d)Mengulangi sejarah kesakitan. Pengulangan simptom yang tidak disedari telah keluar di suatu masa dahulu.
4. DOS YANG MENCUKUPI DAN TERATUR

Penggunaan herba yang tepat haruslah disesuaikan dengan berat badan pesakit. Dalam hal ini perbandingannya adalah 10kg : 1 gm, ertinya setiap berat badan 10kg memerlukan 1 gram herba ubatan yang harus dimakan dan setiap dos yang diberi bermakna cukup untuk sehari bagi seluruh badan anda. Jadi sila lihat indikasi @ cara permakanan dan pastikan anda mengikutnya. Jika tak pasti apa salahnya mendapatkan nasihat dari kami sendiri.

Oleh itu, ketahuilah bahawa sekiranya anda mengamalkan herba kami tetapi tidak berkesan, maka ia berpunca daripada anda sendiri yang tidak mematuhi peraturan-peraturan di atas.
Tambahan: Air suam juga hendaklah diminum dengan banyak semasa mengambil herba iaitu sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari (>8 gelas). Ini kerana herba secara semulajadinya panas dan minum air dengan banyak dapat menyejukkan badan kita juga baik untuk perkhumuhan bagi membuang toksik dalam badan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...