Belian Online

Untuk Belian secara online Email order anda ke memoplusgoldmalaysia@gmail.com atau call 03-62752020...

"Like" Page Memo Plus Gold di Facebook!!

Monday, October 11, 2010

Seminar oleh Prof Dr Kader Ibrahim


Datang lah beramai-ramai memeriahkan majlis.. Seminar ini khas bagi KAUM INDIA..

Tuesday, September 7, 2010

Makanlah Berpada - Pada di Hari Raya

-->Selamat Hari Raya hari mulia..bermaafan antara kita..

Jadi saudara saudari pembaca blog yang di hormati. Puasa pun hamper tamat dan raya pun menjelang tiba. Kalau time puasa kita banyak beribadah, time raya pula kita banyak makan.. Jadi banyak – banyakkan bersabar apabila menghadapi makanan. Janganlah macam setahun tak makan gamaknya..puasanya sebulan saja tapi makan..fulamak mengalahkan orang yang kebuluran..

Sempena nak beraya ni, post saya kali ini membantu saudara saudari berwaspada atas sesetengah makanan yang boleh memudaratkan anda, keluarga anda ataupun saudara mara anda. Dah baca tu share la kan.. kalau mak ayah di kampong sakit siapa jugak yang susah.. mereka dan keluarga mereka lah..

Bagi pesakit Diabetis, umumnya ramai yang tahu bagaimana cara nak mengawal nafsu makan mereka dan tahu juga apa pantang larang yang sepatutnya.. tapi bagi yang kurang berpengetahuan maklumlah yang sakit mak bapak kan bukan anda so masa terluang tu baik pergi bukak Facebook..takde maknanya nak research pasal penyakit ni kan.. so here anda boleh mengetahui apa yang penting tanpa perlu bersusah payah..

Diabetis atau Kencing manis bahayanya terletak kepada komplikasi - komplikasi yang terjadi akibat darah pesakit mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Kenapa jadi tinggi pulak yer ??


Disebabkan pancreas yang gagal atau pun kurang efisien untuk berfungsi. Apabila pankreas tak dapat berfungsi dengan baik maka nya gula yang kita makan tak dapat nak ditukarkan kepada tenaga. Before you know one thing will lead to another. Lihat lakaran yang saya sediakan untuk mendapat idea tentang bagaimana diabetis ni terbentuk dan akibatnya.

Jadi untuk mencegah bagi yang kaum keluarganya ada sejarah kencing manis ambillah Cogent db+. Selain itu , untuk perayaan ini jauhkan dari makan terlampau banyak biskut yang manis – manis. Nasi pun sebenarnya mengeluarkan gula yang tinggi. Kanjinya tu. Selang selikanlah makan nasi dan juga roti. Jika makan hari – hari tu, ambillah dalam kuantiti yang sedikit.

Yang penting jauhkan makanan manis, banyakkan minum air masak ( suam) dan pastikan pesakit bersenam atau beriadah sedikit bagi mengeluarkan toksin dalam badan yang berlebihan.
Selain diabetis, kaki pun sakit juga jalan terlampau banyak. Menziarahi kaum keluarga, sanak saudara. Rasa sendi macam nak tercabut. Dah la hari biasa pun sakit, sekarang raya lagi bertambah sakit.

Ya saudara saudari semua. Jalan, jalan juga. Makan, makan juga. Tapi berpada-padalah. Tapi ramai juga yang tak tau sakit sendi pun banyak pantang juga. Ini kerana makanan yang kita makanlah penyebab utama kesakitan itu bermula.

Arthritis atau sakit sendi terjadi akibat protin berlebihan yang kita makan menjadi asid urik yang mengganggu sendi – sendi badan dari berfungsi dengan baik.
Bagi pesakit yang telah pun menghidap sakid sendi sekian lama, kurangkan pengambilan susu, daging merah, kekacang , makanan dalam tin, makanan yang di simpan di dalam peti sejuk dan sayur- sayuran yang sejuk.

Makanlah Eaziflex bagi menggantikan gel – gel yang haus di sendi anda dan mengurangkan penderitaan anda akibat sakit yang muncul. Eaziflex 100% herba yang bukan saja tiada kesan sampingan dan halal, malahan juga mampu mengembalikan kegembiraan orang yang tersayang.

Tapi ingat apa jua penyakit yang anda hidapi, hiduplah secara sihat dan makanlah secara sihat juga..

DAPATKAN EAZIFLEX DI PASARAN SEKARANG DENGAN HARGA RM99 SAHAJA..

Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri




Kami warga kerja Oze Marketing mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya yang Mulia ini. Semoga anda merayakannya dengan penuh kegembiraan..

Wednesday, August 18, 2010

Amaran Awal bagi Anda Tentang Kesihatan!!!

Kehidupan seharian semakin terancam kerana kita terdedah kpd byk toksin melalui pencemaran dan lain – lain sumber, yang mengakibatkan masalah kesihatan dan penyakit.

Walaupun setiap hari badan kita secara automatic menyahtoksin melalui hati, paru – paru, kulit, buang air kecil dan besar, banyak toksin terdapat di dalam lemak badan, tisu badan dan juga organ kerana cara kita hidup. Kalau anda memulakan program menyahtoksin dengan Cogent db serta terapi air, ia mampu membantu badan anda rasa lebih kuat dan sihat.

Sistem penghadaman adalah organ paling penting dalam proses nyahtoksin selain dr Kolon, hati, paru – paru, kulit dan sebagainya. Bila system penghadaman di bersihkan, badan kita dapat memproses makanan dengan lebih cepat untuk ditukarkan kepada tenaga dan proses pembuangan toksin jadi lebih cepat juga.

Di bawah adalah keadaan yang akan anda alami jika anda banyak toksin di dalam badan.

  • Rasa letih
  • Makanan rasa tak hadam
  • Sembelit yang teruk
  • Berat badan berlebihan
  • Lebih kerap Selsema dan Demam
  • Tidak dapat mengawal Stress
  • Selalu Sakit Kepala
  • Imsonia ( susah tidur ) atau tidur lebih lama dari orang lain
  • Sakit sendi
  • Mood selalu berubah
  • Murung
  • Kurang kepuasan seksual

Di bawah pula menunjukkan masalah kesihatan yang bakal berlaku akibat tak menyahtoksin. Ini merupakan panduan kepada anda bila badan anda perlu di nyahtoksinkan..

a) Sistem Penghadaman – tak lancar, pedih ulu hati, nafas berbau, sembelit, kembung perut, masalah buasir

b) Masalah kulit berlaku seperti ruam, jerawat, gatal – gatal kulit, kulit kering, bawah mata hitam, mata bengkak dan kulit berminyak.

c) Bagi imun system anda, lebih kerap penyakit biasa seperti demam dan selsema menyerang. Anda mungkin akan mendapat alergi, keletihan melampau ataupun kanser.

d) Sakit di sendi – sendi badan, leher dan belakang sakit juga merupakan simptom badan anda terdapat banyak toksin berkumpul.

e) Anda juga mungkin akan merasa sakit atau bengkak pada limpa apabila ia tidak dapat bekerja dengan baik.

f) Untuk masalah endokrin yang bertoksik tinggi, anda akan menghadapi peluh yang tak berhenti, peluh sejuk waktu malam, diabetis, berat badan berlebihan atau kurang berat badan dan keinginan untuk makan yang tinggi.

g) Selain itu, anda akan mudah rasa pening, kencing bewarna gelap, mendapat batu karang , haid tak teratur dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.

h) Jika anda selalu batuk atau bersin, ia juga mungkin menunjukkan and amempunyai masalah pernafasan akibat saluran udara bertoksin.

i) Last sekali, anda akan mempunyai tekanan darah tinggi, kolestrol dan sakit jantung akibat sistem saluran darah anda penuh toksin.

Jadi apabila anda melihat simptom – simptom ini berlaku terhadap anda atau orang di sekeliling anda, makanlah Memo Plus Gold dan Cogent db dengan segera. Persediaan herba ini dapat membantu anda menyahtoksin badan dan kekal sihat serta awet muda. Dan yang paling utama ialah 100% herba semulajadi dan mampu dimiliki.

Tak perlu lagi nak beli Colon Cleanser yang mahal, minum air pegaga yang pahit untuk mencuci darah ataupun makan Viagra untuk prestasi seksual yang unggul.

Hanya makan dan amalkan Memo Plus Gold serta Cogent db sudah mencukupi..

Dan sempena bulan puasa ini amalkan lah terapi air bagi membantu badan anda lebih cergas, segar, awet muda dan cantik.

Testimoni dari pengguna kami Pn Zahara yang menggunakan produk - produk Oze untuk kehidupan seharian beliau sekeluarga..

Friday, August 13, 2010

Free Special Seminar for Indian


Please call 03-6275 2020 to give your name. Thanks

Testimoni Memo Plus Gold



Pn Alina dari Melaka menegaskan kepada anak-anak beliau supaya tidak meninggalkan permakanan Memo Plus Gold setiap hari walaupun mereka berada di asrama dan inilah berkat doa ibu serta ketaatan anak dalam mendengar kata Ibu.

Adik Nur Athirah berjaya memperolehi 5A di dalam UPSR dan berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama yang terkenal Dang Anum manakala abangnya Mohammad Ahmad mendapat 8A di dalam PMR dan melayakkan ke Sekolah Sains berasrama. Bayangkan betapa bangganya Pn Alina atas kejayaan kedua anaknya.

Selain itu, penyakit Migrain dan Tonsil anaknya dapat di rawat tanpa perlu di bedah..




Adik Khairunnisa dari Sekolah Agama Sharifah Rodziah juga mengamalkan Memo Plus Gold dan mendapat keputusan cemerlang 9A di dalam PMR. Jika anda mempunyai anak yang bersekolah Tahfiz atau sekolah Agama tidak perlu ragu untuk memberikan mereka Memo Plus Gold kerana testimoni adik ini dan adin Siti Nur Aminah membuktikan mereka mengamalkannya tanpa keraguan dan mendapat kebaikan dari Memo Plus Gold.





Bagi Puan Haslina beliau memberikan Memo Plus Gold kepada ibunya yang kehilangan ingatan lebih 8 tahun. Hanya selepas 2 bulan, ibunya mula mengingati sedikit demi sedikit..

Lihat sendiri TESTIMONI - TESTIMONI ini di bawah..


Thursday, August 12, 2010

EaziFlex Kini di PAsaran !!!

TAK BOLEH NAK SUJUD LAMA KETIKA SEMBAHYANG ?
TERPAKSA SEMBAHYANG DUDUK KETIKA TARAWIKH ?
IBU @ BAPA ANDA MENGHIDAPI SAKIT SENDI YG TERUK ?


JANGAN TUNGGU LAGI...

AMBILLAH EAZIFLEX UNTUK KELEGAAN DARI SAKIT
SENDI!!!



KINI DI PASARAN!!!

Tuesday, August 10, 2010

Puasa Secara Sihat

Puasa secara sihat oleh Hafizah Iszahanid

2010/08/08 - Berita Minggu

Minum banyak air, utamakan makanan berserat tinggi

BEBERAPA hari saja lagi, umat Islam akan memulakan ibadat puasa. Selain memenuhi tuntutan agama, berpuasa juga ada manfaatnya dari segi kesihatan.

Malah, banyak kajian mendapati berpuasa adalah rawatan efektif dan kaedah melegakan masalah berkaitan sistem pencernaan seperti radang pada kolon dan hati selain cara terbaik untuk menangani masalah obesiti, lelah dan tekanan darah tinggi. Bagaimanapun, faedah berpuasa dari sudut kesihatan ini pasti tidak menjadi jika anda menahan diri daripada makan dan minum pada siang hari tetapi mengambil terlalu banyak makanan sewaktu berbuka puasa. Selain bertentangan dengan semangat bulan Ramadan itu sendiri, pengambilan terlalu banyak makanan dan minuman boleh menyebabkan ia ‘beku’ dalam sistem pencernaan anda.

Pegawai perubatan sebuah hospital di Abu Dhabi, Dr Humaira Naser, berkata, apa yang penting, individu perlu meminum sekurang-kurangnya empat liter air atau bersamaan 15 gelas air setiap hari.

“Bagi mereka yang tidak menghidap masalah tekanan darah tinggi boleh mencampurkan sedikit garam ke dalam air. Pada masa sama, elak makan terlalu banyak makanan pedas kerana menyebabkan anda minum terlalu banyak air dan seterusnya berasa amat letih.

“Selain itu, perlu diingatkan, jangan mengelak sahur kerana ia adalah makanan asas diperlukan tubuh bagi meneruskan puasa sepanjang hari,” katanya.

Bagi yang berhadapan masalah berat badan, berpuasa adalah cara terbaik untuk menangani masalah itu. Namun tidak dinafikan ada juga sebilangan orang yang tidak berjaya menurunkan berat badan, walaupun sempurna sebulan berpuasa. Asasnya mudah, pastikan keseimbangan dalam pengambilan dan pembakaran kalori anda.

Menurutnya, ketika iftar, mulakan dengan makanan yang ringan. Kurma, jus atau sup mungkin boleh dijadikan permulaan hidangan makanan berbuka. Meminum air ketika berbuka juga selari keperluan tubuh yang memerlukan glukos sebagai sumber tenaga terutama otak.

“Simpan makanan yang berat selepas solat maghrib atau bagi sesetengah orang selepas solat sunat tarawih," katanya.

INFO

Panduan makan ketika Ramadan:

  • Berpuasa pada siang hari mengambil masa yang panjang, justeru pilihlah makanan yang lambat dicerna misalnya makanan kaya serat yang boleh bertahan sehingga lapan jam. Umumnya makanan yang mudah dicerna hanya bertahan antara tiga ke empat jam saja. Antara jenis makanan yang lambat dicerna adalah gandum, barli, oat selain nasi. Sementara makanan yang kaya serat tentu saja sayur-sayuran hijau, seperto bayam dan makanan kering seperti prune.

  • Elakkan makanan yang panas, pedas atau masin. Makanan yang terlalu masin akan membuatkan tubuh memerlukan lebih banyak air. Ia kemudiannya menyebabkan anda rasa kembung.

  • Makanan manis atau bergula mudah dibakar tubuh dan hanya bertahan antara tiga ke empat jam. Lebih teruk, makanan jenis ini akan berubah menjadi lemak sekali gus meningkatkan kadar kolesterol anda dan menyebabkan berat badan bertambah.

  • Makanan bergoreng pula umumnya tidak sihat dan harus dihadkan pengambilannya. Ia akan menyebabkan masalah dalam pencernaan, pedih ulu hati selain masalah berat badan.

  • Minum air yang secukupnya ditambah dengan pengambilan makanan dengan serat tinggi bagi mengelakkan sembelit. Pengambilan air yang cukup juga membantu mengelakkan masalah batu karang yang umumnya berlaku apabila anda kurang minum.

  • Elakkan pengambilan terlalu banyak minuman kafein dan minuman soda. Kafein akan menyingkirkan kalsium dari tubuh anda yang menyebabkan anda terasa lapar. Pengambilan minuman kafein dan makanan pedas boleh menyebabkan peningkatan paras asid dalam perut dan mengalami masalah seperti pedih ulu hati.

  • Ada sesetengah orang yang ketagih tembakau dan kafein akan mengalami gejala tarikan pada permulaan Ramadan. Gejala tarikan ini menyebabkan sakit kepala dan biasanya akan menjadi lebih teruk jika anda juga berhadapan dengan masalah tekanan darah rendah. Justeru, kurangkan tabiat pengambilan minuman kafein dan hentikan tabiat merokok perlahan-lahan menjelang Ramadan. Selain itu dapatkan tidur yang cukup.

  • Jangan elak sahur. Sesetengah orang gemar makan pada lewat malam dan tidak akan bangun bersahur. Tindakan ini tidak bijak kerana anda bukan saja hilang pahala bersahur tetapi juga tubuh akan kekurangan tenaga.
  • Friday, June 4, 2010

    Seminar Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan


    Cepat !! Daftarkan nama anak anda sekarang juga untuk membantu mereka memahami teknik-teknik yang betul untuk menjawab soalan peperiksaan.

    Call 03-6275 2020 @ Pn Lina di 019-260 7660 sekarang juga..

    Tuesday, April 20, 2010

    Arthritis



    Rasa sakit yg mencucuk-cucuk di lutut. Rasa panas di pergelangan tangan dan tanpa anda sedari anda salah seorang dari Jutaan penghidap arthritis di dunia ini. Hari ini saya nak menunjukkan kepada anda Apa, bagaimana, kenapa dan macamana tentang arthritis.. Even kakak abang sesiapa yang membaca ni semua sihat walafiat takda penyakit ini ( alhamdullilah) tetapi ilmu ni berguna untuk kita ada pada bila – bila masa..


    Bagi yang berumur awal 40-an masa inilah anda kena berwaspada kerana Arthritis ni mula nak bertindak terutamanya wanita kerana nisbah 3 wanita berbanding seorang lelaki menghidapi Arthritis. Bagi lelaki pula anda akan lebih cenderung untuk kena gout. Kenapa , mengapa, bagaimana jgnlah ditanya kerana saya pun kurang pengetahuannya.. yang mana pengetahuan saya ada di tahap itulah saya akan berkongsi cerita. Arthritis ni boleh terjadi di semua sendi yg terdapat di badan kita dan kerana itulah bahasa pasar dia ni sakit sendi.


    Arthritis boleh melumpuhkan dan mengakibatkan kerosakan yang nampak jelas secara fizikal dan kesakitan dalaman yg terpaksa di deritai pesakit. Kadangkala sampai berjalan pun rasa nak menangis akibat kesakitan yg teramat sangat. Tetapi masalahnya ramai yg tidak di dedahkan awal-awal lagi dengan punca serta pantang larang yg betul dalam menanganinya.


    Osteoarthritis adalah yang paling biasa di hidapi oleh kebanyakkan pesakit arthritis. Selalunya ia akan memberi kesan kepada sendi yang lebih besar seperti lutut, pinggang dan belakang badan. Dan semua ini jika anda perasan merupakan fizikal di bahagian bawah badan kita yang manakesannya didapati akibat makan banyak dan tak bersenam serta hormone selepas kahwin yang banyak menjadikan wanita dah berkahwin jadi gemuk. Kena osteo ni macam kena protest dengan badan kita sendiri la…kaki tak larat nak bawak badan, pinggang tak dapat nak tahan perut dan sebagainya. Osteo ni lebih kepada wear and tear pada tulang rawan kita dimana semakin meningkat usia semakin lemah fungsi tulang kita.


    Rheumatoid Arthritis berlaku apabila terdapat kekacauan @ gangguan dari imun sistem kita yang menyerang tisu badan. Bukan setakat di sendi saja tetapi lain – lain fungsi badan turut berada di dalam bahaya. Ia memberi kesan kepada sendi-sendi kecil macam jari, siku, pergelangan tangan dan lutut dengan menghakis tulang dan menyebabkan struktur fizikal menjadi cacat seperti jari menjadi bengkok. Rheumatoid ini antara arthritis yang paling bahaya dan berdoalah anda tak kena kerana selain kesakitan yang amat sangat ia juga mampu membawa maut.


    Jadi kenapakah arthritis ni menyerang anda ?


    Bersenam tak.. makan main balun je.. apa lagi .. berat badan setiap tahun lepas kahwin bertambah 2 kilo.. 10 tahun kahwin dulu masa single berat 50 kg..sekarang tambah da 20 kg dah jadi 70 kg.. orang tua-tua kata makin bahagia la tu.. dulu makan sorang tak lalu..

    Lagi apa masalahnya ..


    Makanan yg dimakan tu pulak tak sihat dimakan.. berpurin tinggi serta mengandungi bahan kimia. 20 thn lalu memang tak nampak kesan tapi kalau dah hari - hari makan benda yg tak elok, lama-lama terkumpul dalam badan akibatnya sekarang dah dapat sakit lutut, dah dapat diabetis dah lupa sebelum keluar rumah tadi dah tutup kipas ke belum..


    Jadi bila diri kita sendiri sakit, hanya kita saja yang tahu cara merawatnya dan mengurangkan tahap kesakitan yang dialami. Eksperimen dengan diri anda sendiri. Bukan sahaja dengan ubat malahan dengan permakanan anda. Jika anda rasa sakit selepas makan sesuatu anda tahu bahawa benda itu harus di tinggalkan.


    Permakanan



    Pesakit Arthritis perlu mengelak makan daging merah dan mungkin juga produk berasaskan tenusu yang menghasilkan protin yang tinggi. Memang badan kita perlukan protin ni tetapi berlebihan ia akan menyebabkan terjadinya asid urik yang berlebihan. Dalam keadaan normal asid urik ini akan dikeluarkan melalui air kencing @ apabila kita sahut nature calls tetapi lebihan akan berkumpul dan menyebabkan terjadinya arthritis.


    Tahukah anda Susu juga perlu dipilih sebaik mungkin. Sekarang ni memang terdapat pelbagai jenis susu di pasaran. Saya sendiri lebih sukakan susu Full Cream berbanding Low Fat Milk ( susu rendah lemak) dan saya nasihatkan anda elakkan mengambil susu yang tertulis untuk tulang, HL dan sebagainya. Jika nak khasiat ambil Full Cream kerana ia lebih kurang sama dengan susu yang segar. Anda perlu bijak dan juga berfikir secara rasional. Tak semua lemak adalah tak baik dan pernah tak anda lihat orang jadi gemuk sebab minum susu. Fikirlah sendiri..


    Elakkan makanan yang diproses. Jangan salah faham ye. Bila kita katakan makanan yang diproses bukan setakat yang dalam tin tu saja malahan bahan runcit harian seperti gula, tepung, roti, garam dan sebagainya. Barang seperti gula dan tepung ni telah diproses dan menjadikannya tidak sihat untuk jangka masa panjang. Buat pengetahuan anda gula perang lebih berkhasiat dan tepung sepatutnya bewarna kekuningan sebelum ianya di bleach menjadi putih. Jadi bukan setakat makanan yang diproses tetapi sayur-sayuran juga perlu di makan berhati – hati. Kadangkala saya sendiri rasa lebih baik tak makan dari makan. Buat apa nak menambahkan toksik dalam badan kan.


    Kekacang seperti kacang buncis, soya dan sebagainya. Tapi ada pesakit yang boleh makan tanpa sebarang kesakitan. Jadi eksperimenkan diri anda.


    Makanan bercengkerang ni memang no-no. Ketam dan udang terutamanya. Ia akan meningkatklan asid urik di dalam badan serta menambahkan kesakitan yang sedang anda alami.


    Elakkan juga sayuran yang sejuk seperti tomato, kentang, terung dan sebagainya.


    Penjagaan


    Dapatkan Vitamin D untuk pembentukan tulang yang sihat dengan berjemur pada waktu pagi antara terbit matahari sehingga pukul 10pagi sahaja. Lebih dari itu anda merisikokan diri anda untuk kanser. Jadi menyelamlah sambil minum air. Bersenam di waktu pagi akan menambahkan kesihatan anda secara fizikal dan mental.

    Selain itu anda boleh kembali ke alam semulajadi dengan mengambil EaziFlex @ formerly known as Arthrid untuk membantu merawat sendi anda.


    Kegunaan arthrid ini adalah bagi menghalang serta merawat anak bini kroni arthritis dari menghancurkan kehidupan anda. Dia akan merawat gout bagi kebanyakkan lelaki , Osteoarthritis, Rheumatoid Arthritis serta lain-lain ahli keluarganya yg terdekat.


    Dengan herba Boswellia Serrata yang telah digunakan oleh sistem Ayurveda selama beribu tahun untuk mereka mendapat sendi yg sihat dan kuat. Fungsi utama dia selain merawat tadi, dia juga menggalakkan peredaran darah ke sendi-sendi. Jadi bengkak dapat dikurangkan dan tulang rawan dapat dipulihkan sedikit demi sedikit. Piper longum membantu Boswellia tadi supaya dapat diserap dengan lebih cepat oleh badan. Jadi bila dah mengamalkan Eaziflex pantangkan permakanan seperti yang saya sebutkan di atas. Eksperimenkan apa yang boleh di makan serta apa yang tidak.


    Jadi bertindak secara bijak , makan secara bijak. Ambillah EaziFlex untuk melegakan kesakitan anda..




    Tuesday, April 13, 2010

    Detox / Nyahtoksin dengan Cogent db+


    Nyahtoksin atau detoxification dalam bahasa Inggeris merupakan cara membuang toksin berlebihan di dalam badan. Pada masa ini, alam persekitaran kita penuh dengan toksik malahan tidak terkecuali makanan yang dimakan, air yang diminum serta udara yang kita sedut juga dicemari oleh bahan kimia asing. Oleh itu, kebanyakkan orang menjalani penyahtoksinan untuk memastikan kehidupan serta kesihatan tidak terganggu. Walaupun nyahtoksin yang asas bermula dengan pengawalan makanan, program nyahtoksin juga termasuk dalam pembersihan sistem perkhumuhan serta organ lain badan seperti hati, buah pinggang, paru-paru, darah serta usus.


    Kenapa organ-organ ini penting dalam nyahtoksin/ detox?


    Nyahtoksin untuk badan merujuk kepada pembersihan usus, buah pinggang, paru-paru , hati serta darah kerana organ-organ inilah yang terlibat secara lansung dalam mengeluarkan bahan kimia serta toksin berlebihan di dalam badan. Hati bertindak sebagai penapis bahan asing serta berbahaya yang terdapat di dalam darah. Buah pinggang menapis bahan asing berbahaya di dalam darah tadi dan mengeluarkan dalam bentuk air kencing manakala paru-paru melepaskan gas berbahaya semasa bernafas.

    Walaupun tahap bahaya toksik berbeza, ia adalah tanggungjawab hati untuk mengurangkan toksin kepada bahan pembuangan yang boleh dikawal serta kurang berbahaya untuk di keluarkan dari badan melalui buah pinggang ( air kencing) , kulit ( peluh), paru-paru ( pernafasan) dan usus ( pembuangan sisa badan). Untuk sihat, kita perlu memastikan semua organ ini berfungsi dengan baik.


    Sesetengah program detox / nyahtoksin hanya tertumpu kepada satu-satu organ seperti untuk usus / colon dan sebagainya. Cogent db+ merupakan gabungan herba terbaik yang dapat membantu menyahtoksin badan anda secara keseluruhan. Contohnya herba seperti Neem / Daun Mambu membantu membersihkan darah dari toksin manakala Buah Cermai India / Indian Gooseberry membantu menyahtoksin hati anda. 3 jenis herba yang di panggil triphala pula iaitu Buah Cermai India ( Phylantus Emblica) , Terminalia Chebula dan Terminalia Bellerica membantu nyahtoksin usus/colon anda. Dengan Cogent db+ buah pinggang juga dapat di jaga dari menjadi rosak akibat proses perkhumuhan yang berlebihan.


    Nyahtoksin / detox mungkin menyebabkan anda sakit kepala, pening , letih atau muntah kerana toksin dibebaskan dari badan. Jika ini berlaku, teruskan proses nyahtoksin dengan kadar lebih perlahan kerana nyahtoksin amat penting supaya kesihatan di tahap optimum. Apabila proses nyahtoksin tamat anda akan merasa bebas, segar, nampak muda serta mempunyai kulit yang cantik. Ramai orang tidak tahu bagaimana rasa hidup sihat. Mereka hidup dengan banyak toksin yang terpendam di dalam badan dan kesihatan yang semakin merosot menjelang usia senja.


    Pastikan anda sihat dengan mengamalkan program nyahtoksin dengan Cogent db+. Herba lengkap yang membantu kualiti hidup anda di tahap maksimum..


    Friday, April 2, 2010

    Testimoni Memo Plus Gold Pn Bakhipah


    Nama : Pn.Bakhipah Bt Abd Ghani

    Tempat : Felda Lepar Hilir Satu, Gambang, Kuantan


    Puan Bakhipah adalah seorang guru Agama berusia 57 tahun dan menghidap penyakit stress yang kronik. Beliau mengalami simptom kemurungan, kelesuan dan kecelaruan fikiran dan terpaksa bercuti sakit selama lebih 6 bulan. Rawatan doktor pakar menunjukkan beliau mengalami sindrom kematian sel-sel dalam tubuh. Selepas hanya sebulan mengamalkan Memo Plus Gold, kesihatan Puan Bakhipah telah pulih hampir sepenuhnya dan beliau kini kembali bertugas.


    "Saya rasa sangat cergas dan tidak boleh berhenti melakukan kerja. Saya sudah boleh melakukan aktiviti menjahit pakaian berjam-jam tanpa henti. Saya rasa sangat gembira dengan perubahan diri setelah pengambilan Memo Plus Gold. Terima kasih Oze Marketing yang memperkenalkannya kepada saya”, kata beliau.


    Nota : Testimoni ini di ambil ketika Seminar Kesihatah di Hotel Sri Malaysia, Kuantan, Pahang.

    Testimoni Memo Plus Gold Adik Noraini



    Nama : Noraini Bt Ismail
    Tempat : Kuantan, Pahang

    Adik Noraini mula mengamalkan Memo Plus Gold pada tahun 2008. Pada tahun 2009, beliau telah menduduki peperiksaan PMR dan telah berjaya mencatat keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan tersebut. Menurut beliau, prestasi pembelajarannya telah meningkat semenjak pengambilan Memo Plus Gold. Proses hafalan menjadi lebih mudah dan daya ingatannya juga bertambah kuat dan berkekalan.


    “ Saya rasa sangat mudah untuk menghafal ayat-ayat Quran untuk subjek Tilawah saya”, ujar beliau.

    Nota :Testimoni ini telah di rekodkan semasa Seminar Kesihatan yang dianjurkan di Hotel Sri Malaysia, Kuantan, Pahang.

    Monday, February 22, 2010

    Gingko tidak melambatkan kelemahan fungsi otak

    Di petik dari akhbar The Star, 31 Disember 2009, dan sumber dari Reuters.

    Gingko Biloba telah digunakan secara meluas untuk melambatkan proses kelemahan fungsi otak seperti dimentia ataupun nyanyuk. Ia juga dipercayai dapat meningkatkan ingatan dan membantu pembelajaran. Tetapi satu kajian telah di jalankan yang menyangkal pernyataan terbabit.

    Walaupun penjualan herba ini antara yang terlaris bagi meningkatkan ingatan dan melambatkan proses kelemahan otak mengikut usia, pengkaji telah menulis dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika bahawa ia tidak memberi kesan terhadap orang yang normal ataupun orang yang menghadapi sedikit masalah di otak. Kajian di lakukan terhadap 3069 orang berumur 72 tahun keatas selama 6 tahun.

    Ikuti sedutan berita dari laman Memo Plus Gold kami.

    Wednesday, February 17, 2010

    Doktor Menggalakkan Penggunaan Perubatan Tradisional Ayurveda

    Allopathy docs prescribe ayurveda route for relief | Deccan Chronicle

    Rencana yang dikeluarkan di India ini di suratkhabar bernama Deccan Chronicle merevolusikan pemikiran para pengguna apabila doktor sendiri mengakui bahawa bahan semulajadi yang terdapat di sekeliling kita berfungsi sebagai ubat yang terbaik.

    Bayangkan anda menggunakan ubat yang murah dan tanpa kesan sampingan. Bahan semulajadi seperti Madu dikatakan sebagai antibiotic paling selamat untuk digunakan manakala Indian Gooseberry( buah cermai India) yang terdapat di dalam Cogent db+ dikatakan sebagai booster imun sistem yang terbaik. Daun Mambu/Neem ( juga ada dalam Cogent db+ ) pula dikatakan mampu mengalahkan mana-mana antiseptik kimia dalam menolong menyembuhkan luka. Dan kesemua ini merupakan cadangan dari pengamal perubatan moden yang senior ataupun sudah lama bergelumang dengan ubat moden @ allopatik.

    Mengikut Dr Ravindra D.Bapat ; pakar pembedahan gastrik dan juga Naib Pengerusi Mahatma Gandhi Mission University of Health Science di Mumbai ;"Perubatan moden mempunyai terlalu banyak lubang kecil contohnya, ia merawat pesakit tanpa mengambil kira bahawa setiap individu itu berbeza. Ia hanya berfungsi secara tangkap muat dimana sejenis ubat digunakan untuk semua tanpa mengira jenis tubuh."

    Menurutnya lagi, " Allopatik @ perubatan moden semakin berbahaya kerana kesan sampingan yang sentiasa muncul. Juga terlalu banyak bergantung kepada teknologi yang mahal untuk diagnos pesakit dan penyakit yang mana virus @ penyakit ini telah menjadi imun kepada antibiotik kimia yang diberikan menyebabkan kadar kematian lebih tinggi lagi.

    Manakala menurut pendapat Dr B.M Hedge cardiologist veteren, " Cuba anda fikir kenapa peningkatan ketara sebanyak 57% orang Britain menolak perubatan moden/ allopatik dan bertukar kepada perubatan alternatif/tradisional walaupun diberi perkhidmatan kesihatan percuma oleh Kerajaan Britain sendiri".

    Tuesday, January 26, 2010

    Bagaimana Memo Plus Gold Membantu pesakit Strok @ Kemalangan


    Januari 2010

    En Azrin B. Mohd ( Tel : 016-287 6400)

    Adik beliau terlibat dengan kemalangan motosikal dengan lori pada tahun 2006 di Taman Sentosa, Klang dan mengalami kecederaan pada otak sebelah kiri. Badan sebelah kanan tidak boleh bergerak dan hilang ingatan.

    Terlantar di Hospital Klang selama 2 tahun. Puas berubat dan pergi berurut tetapi masih tidak dapat berjalan sendiri. Adik beliau perlu memegang dinding dan jika cuba berjalan sendiri akan jatuh semula selepas 3 @ 4 langkah.

    Setelah pengambilan Memo Plus Gold selama 3 bulan keadaannya mula berubah. Adik beliau sudah boleh berjalan dari hadapan hingga ke belakang tanpa sebarang bantuan walaupun masih dalam keadaan cacat. Tahap ingatan adik beliau juga semakin pulih. Paling mengejutkan ibu beliau pula adalah apabila adik beliau ingat bagaimana menaiki motosikal walaupun terjatuh di simpang akibat tidak dapat mengawal berat badannya lagi. Sehingga kini keluarganya masih memberi adik beliau makan Memo Plus Gold dan berharap keadaan adik beliau akan kembali normal.

    Surat dari En Ali bin Baba, Pengedar Kawasan Pandamaran Klang ( T: 016 - 289 1969)

    Kesimpulannya..




    Tentu anda tertanya- tanya adakah ianya mustahil bagi pesakit yang mengalami kemalangan ataupun pesakit strok untuk kembali pulih seperti biasa.. Tiada apa yang mustahil di dunia ini pembaca sekalian andainya cara dan perubatan yang betul dikenalpasti dan diamalkan.
    Malahan alam semulajadi memastikan kita hidup dengan lebih baik.

    Apabila pesakit yang mengalami masalah pada otak(strok atau hilang ingatan akibat kemalangan) mereka, kemungkinan besar neuron-neuron telah menjadi lemah, tidak aktif atau mati. Apabila ia berlaku fungsi otak sekaligus fungsi fizikal tubuh akan menurun. Terutamanya dalam kejadian kemalangan atau strok apabila sebilangan besar neuron mati dalam masa yang sama dan menyebabkan tubuh berhenti berfungsi secara normal.

    Setiap neuron adalah proses penyampaian maklumat kepada otak kita untuk melakukan sesuatu. Bayangkan apabila maklumat itu hilang atau rosak, otak kita tidak akan melaksanakan perkara tersebut kerana maklumat tak diterima.

    Contohnya, neuron kita sepatutnya menyampaikan maklumat kepada otak kita untuk menggerakkan kaki tetapi maklumat itu hilang. Jadi, kaki tak akan dapat digerakkan.
    Jadi, neuron yang aktif amat penting bagi mendapat badan yang sihat dan otak yang cergas.
    Apabila pesakit atau pengguna mengamalkan Memo Plus Gold ( BESEB - Bacopa Monniera dr CDRI) , selepas 3 bulan mereka akan dapat melihat kesan yang ketara dalam kecergasan serta kesihatan mereka. Sebagai tonik terbaik untuk otak, Memo Plus Gold memastikan neuron-neuron berada dalam keadaan aktif dan berupaya menyampaikan maklumat kepada otak. Apabila semua neuron bekerja maka, setiap fungsi otak dapat dimaksimumkan seperti ingatan, tumpuan, kecergasan fizikal dan kemampuan untuk bertindak lebih baik dari orang yang tidak mengamalkan Memo Plus Gold.

    Proses penyembuhan memang memakan masa tetapi bayangkan hasilnya kepada kegembiraan anda sekeluarga. Bukan sahaja berkesan dalam menangani strok, hilang ingatan akibat kemalangan, darah tinggi, haid tak teratur, ADHD, AAMI malahan ia berguna bagi pelajar-pelajar dalam membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
    Bayangkan apa yang mampu dilakukan kepada pelajar-pelajar setelah membaca testimoni tentang pesakit kemalangan yang hilang ingatan itu tadi.

    Dengan hanya Rm50 sebulan sekotak dan jaminan tanpa kesan sampingan kerana ianya 100% semulajadi, apa yang masih anda tunggu..Jadikan kecemerlangan dan kesihatan anda satu dorongan bagi penggunaan Memo Plus Gold yang diiktiraf antarabangsa ini..
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...