Belian Online

Untuk Belian secara online Email order anda ke memoplusgoldmalaysia@gmail.com atau call 03-62752020...

"Like" Page Memo Plus Gold di Facebook!!

Monday, December 16, 2013

Diskaun Hebat : Promosi Kembali ke Sekolah

Promosi Kembali ke sekolah bermula lagi. Dapatkan Memo Plus Gold dengan potongan hebat dengan pembelian di website kami.


Layari www.oze.my sekarang juga!

Tuesday, December 3, 2013

Memo Plus Gold : Peluang Mendapatkan RM600

Kami di Memo Plus Gold sentiasa menghargai para pengguna. Setiap tahun kami akan memberikan saguhati kepada pengguna setia yang bertahun-tahun menggunakan Memo Plus Gold untuk anak dan keluarga mereka. Setiap testimoni yang anda kongsikan bersama anda akan menerima wang saguhati dari kami.

Bukankah ini salah satu cara bagi kita berkongsi kegembiraan bersama ibubapa di luar sana. Selain itu dapat membantu ibubapa yang juga mempunyai anak yang bermasaalah di dalam pelajaran.


Oleh itu kami menggalakkan ibubapa yang mempunyai testimoni untuk menghubungi kami atau menghantar testimoni anda ke e-mail kami.

Hantarkan ke : - 

Oze Marketing Sdn Bhd
No 7 Jln Margosa SD 10/4B,
Bandar Sri Damansara, 52200, 
Kuala Lumpur.

Tel : 03-6275 2020

atau emailkan ke ozemktg@gmail.com

Monday, November 11, 2013

Memo Plus Gold : Hadapi Peperiksaan dengan Yakin

Sekarang masih berlansungnya peperiksaan SPM bagi semua pelajar tingkatan 5 di seluruh Malaysia. Di kala ini pastinya terserlah di raut muka anak-anak betapa tekanan yang di letakkan di bahu mereka untuk mendapatkan keputusan cemerlang.

Mungkin di ketika ini ramai yang dahulunya yakin akan kecundang akibat kecuaian, kepenatan atau mungkin kesihatan. Almaklumlah musim hujan sekarang. 

Memo Plus Gold merupakan persedian herba yang membantu para pelajar membuat persedian awal dalam menghadapi peperiksaan besar mereka. Dengan ingatan yang kuat dan sistem imusisasi yang meningkat sepanjang mengamalkan Memo Plus Gold, pelajar pastinya bersedia apabila peperiksaan menjelang.

Telah terbukti berkesan dengan pelbagai testimoni dari pengguna kami!



Tuesday, October 29, 2013

Kenaikkan Harga Gula

Minggu lepas secara rasminya naik harga gula ataupun lebih tepat pengurangan subsidi oleh kerajaan. Kerajaan berpendapat, jumlah penghidap kencing manis yang ramai perlu di kurangkan dan dengan pengurangan ini rakyat akan lebih berhemah dalam penggunaan mereka.

Sehubungan itu kami juga menyokong usaha mengurangkan kadar pesakit kencing manis dengan jualan akhir tahun kami untuk produk Cogent db+. Produk ini berfungsi membantu mengurangkan komplikasi kencing manis yang di hidapi oleh pesakit. 

Tunggu apa lagi. Dapatkan sekarang!

Harga asal = Rm139.60 satu set untuk sebulan

DISCOUNT 20% beserta FREE POS

Hanya RM112 sahaja!



Monday, October 21, 2013

PENGUMUMAN : Jualan Penghabisan Stok

Sempena akhir tahun ini kami ingin mengadakan jualan penghabisan stok untuk produk Cogent db+. Produk ini diperbuat dari 9 jenis herba yang membantu menangani komplikasi kencing manis seperti haus, luka lambat sembuh, mudah letih tak bermaya dan sebagainya.





Harga asal = Rm139.60 satu set untuk sebulan

DISCOUNT 20% beserta FREE POS

Hanya RM112 sahaja!

Monday, October 7, 2013

Eaziflex : Selamat Tinggal Sakit Sendi dan Gout

Di formulasi dari tumbuhan Boswellia Serrata dan Piper Longum, Eaziflex membaik pulih sakit pada sendi dan gout anda.


Thursday, September 26, 2013

Memo Plus Gold : Tingkatkan IQ Anak Anda

Dewasa ini dunia amat mencabar dan saingan untuk pekerjaan menjadi semakin sengit. Oleh itu dorongan untuk melihat anak-anak berjaya di dalam pelajaran menyebabkan ramai ibu bapa semakin tertekan di dalam mendidik anak. Tekanan ini secara tidak lansung beralih kepada si manja anda juga. 


Oleh itu hendaklah anda mengetahui cara terbaik untuk mendorong mereka di samping memberikan kebebasan kepada mereka untuk menjalani kehidupan normal sebagai kanak-kanak.

1. Masukkan muzik di dalam kehidupan seharian mereka

Muzik memudahkan proses mengingat. Ini adalah teknik belajar yang amat berkesan. Ingatkah anda sewaktu di sekolah cikgu mengajar anda mengingati nombor dengan nyanyian. Ada juga nyanyian untuk doa dan juga nama-nama nabi. Jadi, muzik merupakan ransangan yang mudah dan menyeronokkan untuk anak anda.

2. Permainan meransang kreativiti

Sekali sekala jauhkan anak anda dari televisyen dan internet. Main permainan seperti Congkak atau Monopoly ketika hujan manakala keluar dan berpeluh bersama dengan permainan seperti badminton atau bola sepak ketika hari cerah. Selain menjadikan badan lebih sihat, permainan menggalakkan permikiran anak anda lebih aktif dengan cabaran dan strategi untuk menang. 


3. Permakanan yang sihat

Makanan ringan yang terlampau banyak perisa tiruan mampu menjadikan otak manusia tumpul. Apatah lagi kanak-kanak yang masih dalam proses perkembangan. Jauhkan mereka dari keropok dan makanan segera. Anda boleh membuat banyak perubahan kepada kesihatan otak mereka dengan memberikan khasiat terbaik yang di perlukan oleh badan anak-anak anda.

4. Galakkan perasaan ingin tahu

Jangan di sekat pertanyaan yang muncul dari bibir anak anda ketika kecil. Sebaliknya galakkan perasaan ingin tahu mereka. Pembelajaran secara tidak formal semasa kecil memberi impak yang besar dalam mematangkan fikiran mereka. Dengan memberikan jawapan kepada persoalan mereka, anda membantu permikiran mereka berkembang dengan lebih pantas dan sihat. 

5. Bersarapan setiap pagi

Jangan jadikan kesibukkan kerja sebagai alasan menghantar anak anda ke sekolah dengan keadaan lapar. Sebaliknya ambil masa dan galakkan mereka mengambil sarapan sihat sebagai bekalan tenaga untuk mereka menjalani aktiviti di sekolah. Elakkan pengambilan makanan berat seperti nasi lemak yang akan menyebabkan anak anda mengantuk. 

Dengan langkah-langkah di atas anda secara tidak lansung membantu anak anda cemerlang di dalam pelajaran mereka di samping menyediakan mereka untuk bersaing dengan dunia luar. Ambillah langkah secara bijak ketika mendidik supaya anak anda tidak terasa tertekan, memberontak dan membenci anda. 

Monday, September 23, 2013

Vocabulary : Kuasai Teknik Mudah



Pelajari teknik mudah dalam menguasai Vocabulary anda dengan video ini.

Friday, September 13, 2013

Impian Terlaksana dengan 5 Teknik

Tahukah kamu dengan menetapkan matlamat yang ingin di capai barulah kita boleh mencapai impian kita ? Tahukah kamu setiap orang yang berjaya menggunakan matlamat yang mereka ingin capai untuk memperolehi kekayaan dan juga pengetahuan ? Mereka merancang kejayaan mereka berdasarkan matlamat yang jelas dari awal lagi. Dengan itu mereka mampu merancang setiap langkah dalam mencapainya.

Jom lihat 5 teknik yang kamu boleh cuba untuk mencapai matlamat dan impian kamu.

Teknik pertama – mulakan dengan matlamat jangka pendek 
Kadangkala kita akan mulakan dengan matlamat jangka pendek tanpa di sedari. Kenapa ? Mungkin kerana kamu menganggap ini matlamat kamu ketika itu, tetapi apabila matlamat itu berjaya di capai kamu merasakan kamu mahu lebih lagi. Dengan menyedari matlamat jangka pendek tidak mampu memuaskan hati kamu, maka matlamat jangka panjang akan terbentuk pula. 
 



Teknik kedua – pastikan matlamat itu yang kamu mahu. 
Tanya pada diri kamu adakah matlamat itu yang kamu mahu. Sesetengah orang melihat kembali masa silam ketika membuat matlamat. Contohnya, hidup yang susah, jadi matlamatnya ingin ke university menimba ilmu dan seterusnya mendapatkan kerja yang menjamin kehidupan. Ataupun mungkin mempunyai ibubapa yang berada jadi matlamatnya ingin menjadi lebih kaya atas usaha sendiri. Apabila kamu menyedari matlamat itu yang kamu mahu, kamu pasti akan berusaha untuk menjayakannya.

Teknik ketiga - kongsi matlamat kamu 
Jangan simpan matlamat kamu untuk diri sendiri sebaliknya kongsi dengan rakan-rakan serta ahli keluarga. Dengan itu kamu akan mendapat sokongan dari mereka. Ramai yang malu untuk berkongsi impian serta matlamat mereka tetapi kadangkala kamu memerlukan bantuan orang lain untuk merealisasikan impian itu. Atau mungkin sekadar sokongan.

Teknik keempat – tuliskan matlamat kamu 
Bagi yang mempunyai banyak matlamat adalah di nasihatkan untuk menulisnya. Tuliskan secara lengkap bagaimana kamu ingin mencapainya. Selepas itu pastikan kamu melihatnya setiap hari supaya kamu akan lebih bermotivasi untuk mencapainya. Lebih lagi kamu juga akan lebih bersemangat untuk terus berusaha kea rah matlamat kamu itu.

Teknik kelima - jangan berputus asa  
Sentiasa melihat kembali perancangan yang telah kamu buat supaya tidak tersasar dari matlamat yang kamu ingini. Kadangkala sikap kamu yang terlampau yakin untuk berjaya boleh membuatkan kamu tertekan apabila berhadapan dengan jalan buntu. Jadi jangan berputus asa dan teruskan perancangan yang telah kamu buat pada awalnya.

Kesemua teknik ini mampu mendekatkan lagi kamu dalam mencapai apa sahaja IMPIAN yang telah kamu bina di minda. Pastikan kamu letakkan MATLAMAT dalam mencapai IMPIAN tersebut di atas kertas supaya kamu boleh selalu melihatnya. Dengan itu kamu akan lebih bersemangat untuk mencapainya. Selamat berjaya!

Tuesday, September 10, 2013

Peperiksaan Utama Malaysia - Kemahiran Mengingati

Selamat menjawab soalan-soalan peperiksaan bagi murid-murid darjah 6. Masih tak terlambat lagi untuk anda mempelajari cara-cara untuk mengeja dan mengingati ini ya..Jom lihat video ini




Monday, September 9, 2013

Kertas Percubaan Peperiksaan

Semakin hampir adik-adik semua untuk menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM. Di kala ini ada baiknya adik-adik menumpukan kepada latih tubi berbanding ulangkaji kerana dengan membuat latihan kita akan lebih mengingati fakta-fakta serta formula.

Di internet terdapat banyak soalan-soalan dari negeri di seluruh Malaysia yang boleh kita download dan buat. Selain itu gunakan rangkaian sosial seperti FACEBOOK untuk membuat kumpulan belajar anda. Di rumah pun masih boleh berinteraksi dan bertanyakan soalan-soalan yang adik-adik tidak faham.

Saat inilah patut kita gunakan teknologi dengan sebaiknya..Jom lihat antara link-link untuk mendapatkan soalan-soalan peperiksaan untuk di cuba ya ^^






Monday, September 2, 2013

5 Perubahan Sikap untuk Menjadi Kaya


1. Katakan “YA” untuk HIDUP
“Be not afraid of life. Believe that life is worth living, and your belief will help create the fact.” -Henry James

Dengan mengatakan YA kepada kehidupan kamu membuka peluang kepada kejayaan dan hidup yang lebih bermutu. Kamu akan lebih bercita-cita untuk mengekalkan gaya hidup yang ideal, hubungan yang sihat dan mengambil risiko untuk berjaya.

Kamu juga akan mempedulikan sikap negatif orang di sekeliling kamu dan mula membina keyakinan untuk menikmati kejayaan dan hasil penat lelah kamu.

2. Sayangi diri kamu dan orang lain tanpa syarat.

Sedarkah kamu dengan sikap tidak ambil peduli akan menyebabkan orang lain menjauhi kamu. Sayangi anak, keluarga atau kawan-kawan kamu ketika susah dan senang dan mereka akan menghargai kamu. Berikan mereka ruang untuk membuat kesalahan dan sama-sama membantu mereka kembali ke jalan yang benar .

3. Ambil risiko
“There came a time when the risk to remain tight in the bud was more painful than the risk it took to blossom.” - Anais Nin

Semua perkara di dalam kehidupan ini mempunyai risiko. Adakah kamu mahu rasa takut di tolak atau kegagalan menghantui setiap keputusan kamu ? Ketakutan menghalang kejayaan. Ambil risiko dan bebaskan diri kamu dari belenggu rasa was-was itu. Cuba perkara baru dan nantikan habuan daripada tindakan berani kamu itu.

4. Jadikan yang mustahil itu sesuatu yang mudah di capai
“The pessimist sees difficulty in every opportunity. The optimist sees the opportunity in every difficulty.”- Winston Churchill

Jika kamu fikir ia takkan berlaku, maka ia pastinya akan tidak berlaku. Perkara yang buruk akan berlalu di dalam hidup kita. Ambil iktibar dari kegagalan dan mula berusaha untuk mencapai matlamat kamu. Senyapkan kata-kata di dalam kepala kamu yang mengatakan kamu tidak boleh. Hentikan anggapan bahawa kamu akan gagal dan mulakan langkah untuk Berjaya.

5. Pastikan setiap hari adalah produktif
“How we spend our days is, of course, how we spend our lives.” - Annie Dillard

Fikir apa yang kamu mahu tinggalkan untuk anak cucu kamu. Bagaimana kamu mahu di ingati. Cara hidup kamu meletakkan kamu di dalam kategori yang kamu mahu. Jangan memandang remeh setiap kata-kata serta perbuatan kamu kerana setiap perbuatan ada kesannya. Setiap dari kita hidup di dunia ini untuk membuat perubahan waima sekecil manapun. Pastikan pendapat kamu di dengari dan kelilingi hidup anda dengan orang-orang yang positif. Hentikan hidup di dalam dunia kamu yang kecil itu dan mulakan langkah besar kamu di dunia yang luas.

Mulai hari ini sertakan matlamat yang jelas untuk hidup kamu dan harungi dunia ini dengan kekuatan yang baru untuk hidup yang lebih baik.

Monday, August 26, 2013

11 Sebab untuk Sentiasa Tersenyum

Hanya dengan senyuman kamu boleh memperolehi pelbagai manfaat tetapi tidak ramai yang mengambil peluang ini yang hanya memerlukan satu senyuman.

11 sebab senyuman memberikan kejayaan.

Pertama : Senyuman menunjukkan kamu mudah di dekati.

Jika seseorang mendekati kamu sambil memandang mata kamu dan tersenyum maka kamu tahu dia hanya ingin berkawan dan tidak berfikiran jahat. Sebaliknya jika seseorang itu tidak tersenyum dan kelihatan serius pastinya kamu pastinya merasa tidak selesa dan kurang mempercayainya.

Kedua : Senyuman menceriakan suasana

Senyuman merupakan komunikasi tanpa percakapan yang sempurna kerana ianya boleh di lakukan sebanyak yang mungkin ketika kamu berada di dalam sesuatu keramaian atau bersama sekumpulan orang. Walaupun kamu tidak mengenali orang di sekeliling kamu mereka pastinya akan membalas senyuman yang kamu berikan dengan ikhlas.

Kadangkala senyuman kamu mungkin merupakan aura positif yang mampu membuatkan mereka tersenyum sepanjang hari.

Ketiga : Senyuman berjangkit

Adalah mustahil untuk tidak tersenyum apabila kamu berada di kalangan orang yang sentiasa tersenyum. Tanpa kamu sedari perasaan kamu akan berubah menjadi lebih gembira dan kamu mula tersenyum juga.

Keempat : Senyuman menjadikan kamu disukai ramai


Tentu sekali kamu lebih gemar bersama orang yang sentiasa tersenyum berbanding seseorang yang tidak menunjukkan emosi. Ini kerana mereka mengeluarkan aura positif yang menunjukkan mereka menikmati hidup mereka. Dan tentunya kamu juga ingin rasa begitu.


Kelima : Senyuman membantu kamu mengenali lebih ramai orang

Mustahil kamu ingin berkawan dengan seseorang yang sentiasa bersedih dan bermasalah. Biasanya kita lebih selesa mencari kawan yang positif, gembira dan ramah.

Keenam : Senyuman akan dibalas

Bila seseorang senyum dengan kamu, ia mampu membuatkan hati kamu rasa gembira.Kamu juga baru sahaja melakukan komunikasi kecil di mana ia merupakan 1 langkah di dalam mendapat kawan baru atau mengenali seseorang yang kamu suka.

Ketujuh : Senyuman menjadikan kamu positif dan gembira

Bila kamu senyum mustahil untuk merasakan perasaan lain selain dari gembira dan bersemangat. Selain itu kerap tersenyum juga akan menjadikan ia satu tabiat yang baik untuk diri kamu.

Kelapan : Senyuman membuatkan kamu nampak lebih menarik

Pernahkah kamu nampak bintang-bintang popular yang hanya memasamkan muka mereka ? Jika mereka bertindak sedemikian pastinya peminat-peminat akan mulai menjauhi mereka dan begitu jugalah dengan orang di sekeliling kamu.

Kesembilan : Senyuman membuatkan kamu mudah di ingati

Sedarkah kamu seseorang yang sering tersenyum lebih mudah di ingati berbanding seseorang yang tidak? Ia merupakan satu fakta di mana kita lebih mudah mengingati seseorang yang sentiasa senyum berbanding seseorang yang mempunyai memek muka selamba atau yang tidak di senangi.

Kesepuluh : Senyuman bagus untuk kesihatan

Ketika kamu tersenyum segala kerja akan berjalan lebih lancar . Ia juga melepaskan segala tekanan dan kebimbangan yang terkumpul sepanjang hari. Untuk jangka masa panjang, senyuman adalah langkah bijak dalam menangani setiap aspek di dalam kehidupan kamu dengan nada positif.

Kesebelas : Senyuman boleh menenangkan kamu untuk jangka masa yang lama

Walau apapun cabaran dan kesukaran di dalam hidup kamu, senyuman mampu melegakan hati kamu untuk seketika. Untuk seketika juga kamu mampu bertenang dan memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah yang sedia ada dan bergerak ke hadapan.

Terakhir : Senyuman adalah PERCUMA!

Kamu tidak akan kehabisan bekalan senyuman. Senyuman kamu cukup untuk semua orang untuk setiap masa. Jika di fikirkan kebaikkan yang akan di perolehi hanya dengan tersenyum maka bodohlah kamu jika tidak mengambil kesempatan ini untuk sentiasa mengukir ia di muka kamu.

Senyumlah dan kongsikan ia dengan semua orang di sekeliling kamu untuk hari yang positif dan hati yang gembira.

Monday, August 12, 2013

Rahsia Ingatan Pasti Meletup

Terdapat banyak produk untuk minda di pasaran di kala ini tetapi ada perbezaan yang jelas nyata antara Memo Plus Gold dan produk lain. 






Di rumus dari ekstrak herba Bacopa Monnieri, Memo Plus Gold telah menjalani kajian klinikal terperinci di pusat penyelidikan terkemuka dunia. Malahan sehingga kini sebuah Universiti di Australia masih lagi membuat kajian ke atas faedah lain yang boleh di dapati daripada mengamalkan Memo Plus Gold secara berterusan.

Hanya dengan Rm59.90 (semenanjung) dan Rm65.90 (Sabah/Sarawak).. Dapatkan INGATAN yang kuat untuk membantu anda memperolehi kejayaan dengan mudah!

Thursday, August 1, 2013

Mata Sihat dengan Cogent db+

Mata merupakan anugerah Tuhan yang amat beharga. Tanpa sepasang mata banyak kekurangan yang berlaku pada pergerakan dan hidup seseorang. Seperti otak yang akan di pengaruhi oleh persekitaran dan permakanan, mata juga organ yang sensitif terhadap perubahan diet permakanan kita. Seeloknya kita cuba mencegah ia daripada kerosakkan dengan menjaganya sebaik mungkin. 


Penjagaan mata lebih tertumpu kepada diet makanan yang mengandungi sayur-sayuran serta buah-buahan untuk melindungi mata dari kerosakkan. Masukkan sayuran atau buah-buahan ini ke dalam diet permakanan seharian kita supaya perlindungan diberikan secara berterusan. Kebiasaannya, sumber semulajadi perlu di ambil secara konsisten dan mengambil masa yang lama untuk nampak kesannya. Tetapi ianya akan jadi amat berbaloi apabila anda tidak perlu mengunjungi hospital kerana sakit. 

Selain itu anda juga boleh mengambil Cogent db+ yang mengandungi 9 jenis herba untuk kesihatan mata anda. Hanya 2 tablet setiap hari untuk penjagaan berkesan. Tidak perlu bersusah payah untuk mencari buah yang sesuai atau memasak sayuran kerana kadangkala masa yang menyebabkan kita tidak sempat melakukan penjagaan ini. Amalkan Cogent db+ setiap hari bagi mata yang sihat dan menawan..

Wednesday, July 24, 2013

Cogent db+ di Bulan Puasa

Bulan puasa bulan kita menahan lapar dan dahaga. Di waktu siangnya usus kita di berikan rehat setelah setahun menjalankan tugasannya mencerna dan mengeluarkan sisa makanan berbahaya di dalam badan kita. Dan inilah masanya bagi kita untuk menggunakan peluang dalam menyingkirkan toksin di dalam badan kita juga. 

Oleh itu, Cogent db+ merupakan herba terbaik dalam memastikan toksin berbahaya ini di keluarkan dari badan kita. Dengan 9 jenis herba terpilih, Cogent mampu memastikan kesihatan kita di tahap optimum. 

Jangan berlengah lagi.

Ambil langkah ini untuk tubuh anda..kesihatan anda!


Friday, July 19, 2013

Khasiat Kurma di Bulan Ramadhan

Kurma selalunya mudah di dapati ketika bulan Ramadhan. Malahan sesetengah kita tak perlu membelinya pun. Hanya hadir di masjid atau makan di luar ketika berbuka dan anda akan di berikan beberapa biji Kurma.

Kebaikkan buah Kurma tidak terbatas sebenarnya. Tak heranlah ia merupakan sumber makanan yang amat penting ketika zaman Rasulullah S.A.W. Jom kita lihat antara kebaikkan buah ini....


sumber : Kevin Zahri FB

Friday, July 12, 2013

Selamat Berpuasa

sumber ismamesir.com

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dari kami warga kerja Oze Marketing Sdn Bhd. 
Semoga ibadah kita di terima olehnya. 

Thursday, July 11, 2013

Makanan Penyebab Lupa


Makanan memainkan peranan penting dalam kesihatan minda dan fizikal kita. Di bulan puasa ini mungkin kita tertarik untuk makan pelbagai juadah dan kuih muih sehingga terlalu kenyang.  Jadi berwaspadalah sentiasa terutama bagi pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan besar tak lama lagi.

Memo Plus Gold merupakan makanan tambahan yang dapat membantu mengatasi sifat lupa anda dan sempena bulan ramadhan ini ambil selepas sahur bagi membantu anda kekal cergas sepanjang hari.

Jenis-Jenis Makanan Yang Boleh Menyebabkan Kita Menjadi Pelupa.

1. Banyak makan epal yang sudah masam.

2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan.

3. Banyak makan bawang besar.

4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.

5. Memakan kepala ikan.

6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.

7. Makan sehingga terlalu kenyang.

8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.

9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.

10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.

11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

Tuesday, July 9, 2013

Penyelesaian kepada Tekanan atau Stress Anda


Anda STRESS ?

Selalu marah-marah ?

Mengeluarkan kata-kata kesat apabila tersekat di dalam kesesakan lalu lintas ?

Jangan biarkan masalah anda berlarutan kerana STRESS/TEKANAN mampu membunuh. Terdapat banyak kes atau berita yang kita baca tentang kematian secara mengejut akibat strok atau sakit jantung. Ini berlaku kerana organ kita tidak mampu lagi menanggung bebanan yang diberikan oleh emosi kita. 

Oleh itu jangan biarkan hidup anda di landa ketakutan dan tekanan. 

Pengambilan Memo Plus Gold secara berterusan meningkatkan paras "Serotonin", sejenis rembesan kimia di dalam otak yang mendorong kesan rehat dan meningkatkan pengaliran darah. Herba ini berupaya untuk menguatkan fungsi otak dan mengurangkan kegelisahan untuk meredakan tekanan.

Memo Plus Gold juga menolong mengurangkan tekanan akibat aktiviti protin dan peningkatan tahap lipid peroksida di dalam hipokampus dan bahagian kortek otak. Ia juga melancarkan peredaran darah di seluruh badan.

Jadi amalkan Memo Plus Gold sekarang juga dan jangan biarkan kematian anda menjadi KEJUTAN kepada keluarga tercinta..


Sunday, June 23, 2013

Jerebu : Langkah berjaga-jaga


Pelbagai penyakit  boleh melanda keluarga anda dengan keadaan cuaca yang tidak sihat ketika ini. Amalkan langkah berjaga-jaga dan jangan lupa Memo Plus Gold!

Tuesday, June 18, 2013

Memo Plus Gold - Herba Tradisional Moden


Herba adalah salah satu kurnian tuhan kepada manusia. Tumbuhan merupakan sumber semulajadi yang mampu memberikan kesegaran dan penyembuhan kepada tubuh serta organ manusia. Melalui teknologi terkini, perubatan tradisional telah melangkaui sempadan dan semakin mendapat tempat di hati pengguna. 

Memo Plus Gold merupakan herba yang turut menjadikan teknologi moden sebagai pengukur kepada ketulinan dan keberkesanannya terhadap penggunanya. Dengan jaminan 100% herba, ia telah menjalani kajian secara moden di institut penyelidikan terkemuka dunia di India dan juga Australia.

Bagi mendapatkan INGATAN yang kuat, TUMPUAN yang jitu dan KECERGASAN sepanjang hari, Memo Plus Gold merupakan pilihan tepat para ibubapa..

Dengan hanya RM59.90 (semenanjung) / RM65.90 (Sabah/Sarawak), Memo Plus Gold adalah pilihan tepat untuk kecemerlangan pelajar.

Wednesday, May 29, 2013

Selamat Bercuti - Memo Plus Gold buat Pelajar


Selamat bercuti buat adik-adik . Walaupun hanya 2 minggu cukup untuk merehatkan minda selepas peperiksaan pertengahan tahun. Tetapi makanan minda Memo Plus Gold jangan di tinggalkan. 

Tahukah anda ketika cuti sekolah otak pelajar lebih segar dan lebih aktif. Ini kerana di waktu inilah adik-adik kita akan melakukan aktiviti yang mereka sukai seperti bermain permainan video atau bersukan. Ada juga yang melancong bersama keluarga. Suasana yang bebas dan gembira ini meransang otak untuk lebih aktif dan produktif.

Oleh itu apa kata peruntukkan masa cuti ini untuk bersedia menyambung kembali pelajaran ketika pembukaan sekolah. Penuhkan masa adik-adik dengan aktiviti yang menyeronokkan dan mencabar minda. Bersukanlah atau cabar minda anda dengan permainan yang memerlukan kemahiran berfikir. 

Selain itu jangan lupakan Memo Plus Gold setiap pagi. Pengamalan secara berterusan akan memastikan adik-adik sentiasa cergas sepanjang hari di samping otak yang sentiasa tajam berfikir. 

Selamat bercuti dan merehatkan diri anda!

Friday, April 26, 2013

Kebaikkan Herba Bacopa Monnieri di dalam Memo Plus Gold

Sama ada anda mencari bantuan untuk anak anda yang hiperaktif ( ADHD), meningkatkan daya ingatan atau sekadar mendapatkan bantuan dari alam semulajadi untuk pembelajaran; herba Bacopa Monnieri adalah jawapannya. 

Herba ini di tanam secara meluas di India dan di gunakan di dalam perubatan dahulu kala mereka kerana di percayai dapat membantu otak berfungsi dengan lebih baik. Kepercayaan ini di kukuhkan lagi dengan kajian klinikal yang di jalankan oleh pakar penyelidikan dari Pusat Kajian Ubat India dan juga Universiti di Australia. 

Kajian itu telah di siarkan di Perpustakaan Perubatan Amerika iaitu PubMed di mana penyelidik menggunakan kajian ini sebagai rujukan mereka. Sila lihat kajian yang di jalankan di  University of Wollongong, Woolongong, Australia tentang kesan herba ini terhadap ingatan kita di bawah. 




Terdapat banyak lagi kajian yang telah di jalankan ke atas herba ini dan ianya positif dalam membantu otak manusia mengingati, memberi tumpuan dan melawan beberapa penyakit berkaitan dengan sistem kognitif (Cognitive) otak. 

Tidak semua herba Bacopa Monnieri itu sama kesannya. Memo Plus Gold di lahirkan di institut penyelidikan di India yang bertaraf dunia dan mutunya amat pasti. Setiap kajian yang di jalankan terhadap herba ini, bahan mentahnya di perolehi dari sumber yang sama iaitu CDRI ( Central Drug Research, India) dan dari keputusan itulah ekstrak standard di perolehi bagi mendapatkan kesan yang optimum bagi pengguna.

Jadi, anda tidak mungkin mendapat kesan yang serupa apabila menggunakan produk lain yang berasaskan Bacopa Monnieri yang sumbernya bukan dari CDRI. 

Di Malaysia hanya Memo Plus Gold sahaja yang menggunakan ekstrak dari pusat penyelidikan itu dan setiap proses pembuatannya di kawal selia dengan rapi supaya setiap kotak memberikan keputusan yang sama bagi setiap individu. 

Gunakan peluang ini untuk mendapatkan produk Memo Plus Gold yang bertaraf antarabangsa ini. Bukan sahaja keberkesanan di perakui oleh organisasi antarabangsa malahan di kaji selidik oleh saintis ternama di Australia. 

Hanya dengan RM59.90 ( semenanjung) , RM65.90 ( Sabah/ Sarawak). Tiada alasan lagi untuk anda meragui kebaikkan Memo Plus Gold yang telah membantu jutaan orang di seluruh dunia. Bertindak sekarang untuk masa depan anda.  

Friday, April 19, 2013

Memo Plus Gold Penyegar Minda


Telah berada di pasaran Malaysia selama lebih kurang 16 tahun Memo Plus Gold terus unggul sebagai peneraju makanan minda yang tiada tandingan. Kelebihan yang di miliki bukan sahaja kerana ianya di perbuat dari herba tetapi kerana keberkesanannya terbukti melalui kajian klinikal yang di jalankan.

Bukan sahaja ia sesuai di amalkan oleh pelajar tetapi untuk semua peringkat usia yang memerlukan kekuatan ingatan untuk meneruskan kehidupan.

Dengan hanya RM59.90 ( semenanjung) dan RM65.90 (Sabah/Sarawak) anda bakal merasai minda yang aktif dan kecergasan sepanjang hari.

Tunggu apa lagi!! 

Dapatkan segera. Untuk pertanyaan hubungi HOTLINE 03-6275 2020 atau beli di farmasi/pengedar berdekatan anda.

Thursday, April 11, 2013

Buli : Masalah Pelajar atau Ibubapa

Banyak sangat kes buli yang di ketengahkan di mata umum sejak akhir-akhir ini. Apatah lagi dengan wujudnya telefon berkamera kita boleh menyaksikan sendiri kekejaman yang di lakukan ke atas pelajar yang lemah. Lebih buruk lagi apabila kes buli biasanya di lakukan secara berkumpulan.

Di manakah salahnya? Mengapakah perkara ini terjadi ? 


Adakah anda setuju dengan pernyataan di atas. " Jika saya bercakap seperti mana anak-anak sekarang bercakap dengan ibubapa mereka, saya pasti tidak ada di sini sekarang untuk berkongsikan status ini. Sesetengah anak-anak perlu belajar apa itu HORMAT"

Pernyataan ini amat tepat sekali. Tanpa hormat seorang anak boleh bertukar menjadi pembuli, perompak atau perosak di masa akan datang. Tiadanya hormat terhadap ibubapa bermakna tiadanya hormat terhadap orang lain, kawan-kawan, guru dan juga harta benda. 

Bagaimana Ibubapa dapat mengatasi masalah ini ?

1. Jarakkan diri anda dari anak anda sedikit. Ibubapa bukan KAWAN dan mereka perlu sedar akan hakikat itu seperti mana juga anda sendiri. Terlampau rapat akan membuatkan anda tidak nampak akan kesalahan anak anda dan seterusnya menggalakkan mereka terus membuat kesalahan kerana ada " back up" dari ibubapa.

2. Didikan dan disiplin perlu di terapkan sejak dari kecil. Terangkan setiap peraturan yang anda buat untuk mereka dengan jelas dan beritahu juga kenapa peraturan itu di buat. Jelaskan juga denda yang akan di kenakan seandainya mereka melakukan kesalahan terbabit. Dalam mendidik anda perlu adil, jelas dan memberi contoh yang baik. 

3. Memupuk sifat hormat dan empatik di dalam diri anak anda. Terdapat banyak badan amal atau anak yatim yang memerlukan bantuan atau sukarelawan. Tiada salahnya jika anda gunakan hujung minggu anda dengan membawa seisi keluarga melawat orang yang kurang bernasib baik. Ini secara tidak lansung akan melahirkan rasa insaf dan bersyukur di dalam diri mereka. 

4. Ibubapa tidak boleh lepas tangan. Walaupun anda bekerja dan tiada masa, anak anda adalah aset terpenting yang anda ada. Anak yang di biarkan bebas pastinya merasa di pinggirkan dan mereka akan cenderung mencari kawan-kawan yang tidak baik. Kadangkala inilah puncanya gejala sosial yang berlaku sekarang. Remaja yang mencari arah tujuan tetapi terjebak dengan kumpulan yang tidak baik. 

Banyak lagi faktor dan cara untuk mengatasi masalah BULI. Jangan sampai anda menyesal di kemudian hari. Ambillah langkah bijak hari ini juga. Ketahui di mana anak anda berada, siapa kawan-kawannya dan ambil berat tentang perasaan dan kebajikkan mereka. Semoga kejadian buli ini tidak terjadi kepada orang di sekeliling kita.. 

Monday, April 8, 2013

Memo Plus Gold Pembentuk Pelajar Cemerlang

Terdapat pelbagai halangan dan cabaran untuk membesarkan anak sebagai pelajar cemerlang. Dengan keadaan teknologi yang semakin canggih, anak-anak lebih cenderung menghabiskan masa dengan bersosial di laman Facebook atau menonton televisyen di rangkaian Astro. 

Kadangkala masa yang mereka peruntukkan untuk belajar hanyalah ketika di dalam kelas atau ketika ibubapa ada di rumah membuat pemerhatian. Oleh itu bagi ibubapa yang bekerja dan sibuk tiada apa yang dapat di lakukan kecuali dengan membantu mereka meningkatkan daya ingatan serta fokus. Dengan itu ia dapat membantu anak-anak ini tadi memanfaatkan masa pembelajaran mereka di dalam kelas. 

Memo Plus Gold membantu pelajar menajamkan INGATAN dan meningkatkan FOKUS di dalam kelas. Dengan itu, walaupun hanya belajar ketika di sekolah anak-anak anda dapat menjadi salah seorang pelajar yang cemerlang.

Semenanjung : RM59.90 , Sabah/Sarawak : RM65.90
60 kapsul 


Hubungi 03-6275 2020 atau lihat senarai pengedar/farmasi untuk mendapatkan produk ini sekarang juga!

Thursday, March 28, 2013

Gagal Apa Puncanya ?



Banyak orang mengalah apabila berhadapan dengan kegagalan. Kadang kala usaha yang di lakukan bertahun lamanya terbuang begitu sahaja kerana sikap berputus asa. Ini semua bergantung kepada tahap keyakinan dan kesabaran di dalam mencapai sesuatu perkara. 

Bersikap positif membantu dalam mengatasi kegagalan dan menaikkan keyakinan kita untuk terus mencuba. 

Amat penting juga kita mencari punca dari kegagalan kita. Sebagai contoh, setiap kali ujian bulanan markah yang di perolehi lebih banyak dari ketika peperiksaan sebenar. Cuba fikir apa sebabnya. Adakah kerana ingatan anda masih segar ketika itu maka soalan yang sama di tanya ketika ujian bulanan dapat di jawab lebih baik berbanding ketika peperiksaan akhir tahun? Jika anda tahu di mana puncanya maka jalan penyelesaian dapat di capai dan anda boleh bergerak ke hadapan.

Tidak berputus asa merupakan sikap yang amat penting untuk terus berjaya. Ramai orang yang berjaya gagal berkali-kali sebelum mereka berjaya mengejar cita-cita mereka. Oleh itu sentiasa memotivasikan diri anda supaya tidak berputus asa kerana kejayaan mungkin berada di depan anda sahaja. 

Setiap perkara yang kita lakukan memerlukan strategi atau perlaksanaan. Sentiasa berfikir ke hadapan dan menetapkan perkara yang boleh anda lakukan dalam mencapai kejayaan. Fikirkan cara yang betul dan laksanakan ia. Dengan ini anda tidak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak perlu.

Ingat setiap perkara ada puncanya..cari di mana kesalahan terbabit dan betulkan supaya kejayaan di dalam genggaman anda. 



Wednesday, March 20, 2013

Anak Muda Perlu Disiplin

Ibubapa kena tegas hingga mereka patuh peraturan!

Jangan sampai perkara sebegini dilakukan oleh anak kita

Ramai ibubapa gagal mendisiplinkan anak, tetapi tidak menyedari akan perkara ini. Malah ada yang lansung tidak menekankan aspek disiplin dan tidak tahu kepentingannya.Ada juga ibubapa yang ragu untuk mendisiplinkan anak kerana tidak mengikut nasihat, arahan dan peraturan yang di tetapkan. 

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu di titikberatkan dalam mendisiplinkan anak :-

1. Pastikan mereka sampai awal ke sekolah

2. Jejaki di mana mereka berada selepas sekolah

3. Pastikan mereka hadir di sekolah, kelas tuisyen dan kelas agama

4. Semak beg dan laci anak

5. Pastikan mereka siapkan semua tugasan dan kerja sekolah

6. Aturkan masa belajar dan masa rehat mereka

7. Latih anak dirikan solat pada awal waktu

Sumber : Dr Tengku Asmadi

Monday, March 18, 2013

Kerana Mulut Badan Binasa

sumber : Sinarharian 

Mendidik anak bukan suatu perkara yang mudah terutama di zaman siber ini. Kadang kala anak kita lebih pandai berkata-kata dan menjawab setiap perkataan yang kita utarkan. Sering kali pertelingkahan menyusul dan kemungkinan perkataan yang tidak baik akan keluar dari mulut ibubapa. 

Keadaan ini menyebabkan perhubungan antara ibubapa dan anak menjadi hambar. Ini juga bakal menyukarkan proses mendidik anak anda kerana kurangnya rasa hormat di dalam diri mereka. Oleh itu ibubapa seharusnya melatih diri dalam menjadi lebih matang dan lebih berilmu. Bukan hanya anak anda perlu belajar cara-cara menghormati anda, malahan anda juga perlu belajar cara menghormati mereka. 

Terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan. Sebagai contoh

1) Pinjamkan telinga anda - daripada asyik anda sahaja yang berkata-kata, apa kata jadikan diri anda sebagai pendengar. Kadangkala anak anda memerlukan tempat untuk meluahkan perasaan. Mereka perlu didengari dan pendapat mereka harus di ambil kira.

2) Jangan asyik menuduh - kepercayaan satu sifat yang amat penting bagi anak anda. Orang pertama yang mereka percaya selepas dilahirkan adalah anda. Jadi, jangan sia-siakan kepercayaan mereka. Jika mereka membuat sebarang kesalahan hukum mereka secara adil dan nyatakan kenapa anda bertindak menghukum mereka. 

3) Gunakan perkataan yang sopan walaupun marah - ibubapa seharusnya bertindak lebih matang berbanding anak anda. Jangan keluarkan kata-kata kesat ketika memarahi mereka dan elakkan dari membandingkan mereka dengan adik-beradik yang lain atau orang luar. Ini mampu membuatkan mereka merasa tidak di perlukan atau di sayangi. 


Ibubapa perlu sentiasa berusaha memahami kehendak anak dan menyediakan perkara yang bersesuaian untuk mereka. Disiplin dan tidak terlalu memanjakan anak anda sedari kecil juga banyak membantu proses didikan anak apabila mereka dewasa. 

Ingatlah "Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa". Jangan kerana mulut anda hubungan antara keluarga tegang dan berantakkan.


Monday, March 11, 2013

Cita - cita Anak Anda - Realiti atau Fantasi

Sumber : Butterflybuddy



Cita-cita merupakan pendorong untuk anak kita mencapai matlamat. Pastikan ianya realistik kerana kanak-kanak penuh dengan imaginasi dan kurang pengetahuan tentang dunia sebenar. Bagi mereka, pengaruh televisyen memainkan peranan dalam memilih kerjaya pilihan. 

Di sinilah peranan yang penting oleh ibubapa bagi membetulkan salah tanggapan mereka terhadap cita-cita mereka itu. Terangkan atau tunjukkan realiti sebenar terhadap cita-cita pilihan si kecil anda sedari awal kerana mereka akan di tanya tentangnya di sekolah nanti.

Seterusnya anda boleh memupuk minat mereka terhadap cita-sita yang telah di pilih secara interaktif agar mereka berusaha untuk mencapai cita-cita itu. Anda juga boleh mempelbagaikan pilihan mereka dengan membawa mereka melawat tempat-tempat berinfomasi semasa cuti sekolah seperti museum, Petrosains, Pusat Sains Negara dan sebagainya.

Pendek kata, pupuklah minat mereka sedari mula selain menunjukkan realiti kepada pilihan mereka. Semoga berjaya dan ingat bahawa " Melentur buluh biarlah dari rebungnya". Jika sedari kecil kita boleh pupuk minat dan memberikan matlamat, In Shaa Allah mereka sudah nampak jalan dan haluan apabila meningkat dewasa kelak. 


Tuesday, March 5, 2013

Memo Plus Gold - Menguasai Hafazan dengan Lebih Mudah


Memo Plus Gold di perbuat dari sejenis herba iaitu Bacopa Monnieri. Herba ini bertindak mengaktifkan sel - sel otak terutamanya di kawasan hipokampus. Kawasan ini di mana terletaknya ingatan manusia. Dengan mengamalkan Memo Plus Gold terbukti meningkatkan INGATAN, TUMPUAN dan KECERGASAN pengamalnya. Oleh itu, penghafazan juga menjadi lebih mudah. 

Untuk mendapatkan Memo Plus Gold boleh hubungi dealer/farmasi berdekatan dengan anda. Sila lihat di senarai yang di sediakan di ruang atas blog. 

Untuk maklumat lanjut hubungi Oze Marketing di 03-6275 2020. 

Friday, March 1, 2013

Bagaimana Untuk Meningkatkan Daya Ingatan

Ingatan merupakan faktor terpenting kepada kejayaan seseorang. Tidak guna pembelajaran yang di lakukan seandainya pelajar mempunyai ingatan yang lemah. Kerja keras yang di lakukan hanya akan terbazir begitu sahaja.



Oleh itu mari kita lihat bagaimanakah cara untuk meningkatkan daya ingatan bagi mencapai kejayaan.

Memberi Perhatian
Untuk mengingati, kita perlu menumpukan perhatian. Ini kerana otak perlu jelas dengan apa yang penting untuk di ingati dan apa yang tidak perlu. Dengan mengambil tahu apa yang perlu di ingati maka peluang ianya tertanam di dalam memori kita lebih besar dan ia akan sukar di lupakan.

Bayangkan dan Kaitkan
Ketika di beri penerangan oleh guru bayangkan masalah/maklumat yang diberikan dan kaitkan dengan kehidupan atau contoh yang senang di ingati. Mungkin juga anda boleh membuat kata kunci untuk mengingati fakta-fakta yang diajarkan oleh guru. Ini kerana otak kita lebih mudah memilih maklumat yang tepat yang telah disimpan di dalam memori kita dengan bantuan kata kunci yang ringkas.

Latihan Menyempurnakan
Dengan setiap latihan atau ulangkaji yang di lakukan kita memberikan ingatan kita satu hentaman untuk mengingat fakta terbabit. Latihan mampu menyegarkan ingatan serta menyimpan maklumat yang kita lupa dengan hanya membaca. Jadi buat banyak latihan supaya ingatan dapat dikekalkan.


Bermain
Berseronok tidak bermakna anda melupakan tanggungjawab untuk belajar. Malahan ia sebenarnya dapat membantu memperkuatkan ingatan anda. Dengan bermain permainan yang mencabar minda ia tidak lansung memaksa otak kita untuk berfikir dan aktif. Mainlah permainan seperti Catur, permainan melengkapkan ayat atau sukan seperti bola sepak yang juga memerlukan minda untuk memikirkan strategi. Pendek kata, bermainlah supaya ingatan akan lebih segar dan aktif.

Tanpa Tekanan
Tekanan mampu membuatkan pemikiran seseorang terbantut. Oleh kerana terlampau risau kemampuan otak untuk berfikir akan hilang. Oleh itu, elakkan dari memberi tekanan kepada diri kerana ianya tidak membantu anda lansung malahan memburukkan lagi keadaan.


Makanan Minda
Seperti badan yang memerlukan minyak untuk beroperasi, otak juga memerlukan perkara yang sama. Untuk kesihatan dan kecergasan otak kita memerlukan makanan dan diet seimbang. 

i) Dapatkan Omega 3 - Ikan seperti Sardin dan Salmon mempunyai kandungan Omega 3 yang tinggi. Atau jika anda tidak sukakan ikan makan sahaja kacang soya, kacang walnut ataupun biji labu. Omega 3 amat bagus untuk kesihatan otak manusia.

ii) Kurangkan kalori dan lemak - Lebihan makanan yang mengandungi kalori dan lemak mampu menyebabkan dimensia serta pengurangan fokus dan ingatan. Kurangkan pengambilan aiskerim, keju dan juga daging merah untuk mengelaknya.

iii) Makan lebih buah dan sayuran

iv) Minum teh hijau - mengandungi polyphenols, anti oksidan yang amat kuat yang menjaga otak dari toksin yang boleh merosakkan sel otak. Ia juga mampu meningkatkan ingatan anda di samping melambatkan proses penuaan otak. 

v) Memo Plus Gold - Produk yang di perbuat dari herba Bacopa Monnieri ini mampu menyegarkan kembali sel-sel otak seterusnya meningkatkan daya ingatan, tumpuan dan kecergasan. Ia telah di temui berjuta tahun yang lampau dan di gunakan secara tradisional sebelum di jadikan produk yang mampu dimiliki semua. Banyak kajian di lakukan sehingga terkeluarnya Memo Plus Gold yang mempunyai keberkesanan yang terbukti. Di Malaysia sendiri 16 tahun telah berlalu semenjak ia di pasarkan dan ramai yang telah berjaya mendapatkan kecemerlangan melaluinya. 



Wednesday, February 27, 2013

Pesakit Autism Pertama Ke Uitm - Memo Plus Gold Pemangkin Kejayaan


Selepas pengambilan secara berterusan selama 3 bulan, Aiman dapat merasakan kelainan pada dirinya. Dia dapat menumpukan perhatian ke atas pembelajarannya, lebih bersemangat dan kurang merasa keletihan. Kesan pengambilan secara berterusan, Aiman yang menghidapi Autism telah berjaya mencapai PGNK 3.05 berbanding PGNK 2.37 sebelumnya. 

Maklumat lanjut boleh hubungi bapa Aiman, En Hashim di 013-983 9352 
atau Oze Marketing di 03-6275 2020. 

Monday, February 25, 2013

Memo Plus Gold : Murah dan Berkesan

Ada apa pada harga? Ada apa pada kualiti?

 Antara kualiti dan harga yang mana akan kita pilih?




Sesetengah orang akan lebih memandang kualiti berbanding harga tetapi apabila anda mempunya 5 orang anak adakah anda mampu memberikan kesemua mereka vitamin yang harganya mahal. Apatah lagi tiada jaminan 100% yang di terima apabila mengamalkan produk terbabit. 

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan perbelanjaan yang semakin meningkat, ibubapa perlu mengambil tindakan bijak dalam mengawal perbelanjaan di samping memberikan yang terbaik untuk anak anda. 

Memo Plus Gold telah menjalani kajian klinikal yang terperinci di Pusat Penyelidikan Ubat di Lucknow, India. Setiap satu kapsul yang di keluarkan telah diuji kualitinya bagi memenuhi piawaian keberkesanan yang telah di tetapkan. Oleh yang demikian kualiti produk ini memang terjamin.

Oleh kerana Memo Plus Gold diperbuat daripada herba, ia mengambil masa untuk bertindak ke atak otak pengguna. Tetapi kesan awal penggunaan dapat dilihat mengikut kesesuaian pengguna itu sendiri. Ada yang dapat melihat hasilnya selepas 3 hari manakala ada juga selepas 2 minggu. Perubahan awal yang dapat di lihat merupakan kecergasan yang semakin meningkat. Tak mudah merasa letih dan mudah untuk bangun dari tidur pada waktu pagi.

Harga Memo Plus Gold tidak melampau atau susah dimiliki. Keluarga yang berpendapatan sederhana juga mampu memiliki produk ini untuk anak-anak mereka. Dengan hanya RM59.90 ( semenanjung) dan RM65.90 ( Sabah/Sarawak) untuk 60 kapsul. Sekotak Memo Plus Gold boleh digunakan selama sebulan.

Untuk maklumat lanjut hubungi Oze Marketing di 03-6275 2020 atau email ozemktg@gmail.com 

Thursday, February 21, 2013

Sakit Sendi @ Arthritis


Sakit dan bengkak pada sendi biasanya berlaku kepada warga emas tetapi oleh kerana faktor permakanan ramai antara yang berusia di dalam lingkungan 30-an atau 40-an mengalami masalah yang sama. Terdapat pelbagai jenis sakit sendi dan setiap satunya mengundang kesakitan serta ketidakselesaan kepada penghidapnya. 

Sakit sendi boleh melumpuhkan pergerakan dan paling menakutkan kesakitan berpanjangan. Biasanya sakit sendi lebih kerap dihidapi oleh kaum wanita kerana daya tahanan badan yang bercelaru di mana tubuh badan sendiri menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri. Ia juga menyebabkan kekejangan pada waktu pagi dan mengambil masa yang lama untuk reda. 

Pesakit sendi/arthritis haruslah peka terhadap penyakit yang mereka hidapi demi mengelakkan dari menjadikan kesakitan mereka bertambah teruk. Permakanan, berat badan dan perlindungan ke atas sendi harus diambil kira supaya penyakit tidak melarat atau semakin teruk.

Antara perkara yang penting seperti

Makan makanan yang seimbang
Amat penting untuk mempunyai berat badan yang unggul dan mempunyai cukup zat. Elakkan dari makan makanan yang kaya dengan purin contohnya makanan laut, daging jika anda mengidap gout. Jauhi dari sayur-sayuran bersifat sejuk dan elakkan jeruk, kekacang dan makanan yang diproses atau bermalam.

Kurangkan berat badan
Berat yang semakin meningkat akan menyebabkan tekanan kepada sendi yang sedia sakit. Oleh itu kawal berat dan lakukan senaman ringan setiap hari bagi menggerakkan sendi badan.Pastikan postur anda juga betul bagi mengurangkan tekanan pada lutut. Ambil berat jika terasa kesakitan ketika berjalan dan rehat seketika bagi mengurangkan bebanan.

Kerap bersenam
Sakit bukan alasan untuk tidak menggerakkan sendi terbabit. Sebaliknya lakukan senaman ringan bagi membantu melancarkan pengaliran darah, memastikan tulang dan otot kita kuat. Ia juga membantu pergerakan sendi. Seimbangkan rehat dan senaman dan elakkan dari menggagahkan diri untuk bersenam jika anda megalami kesakitan. 

Sakit sendi mampu dirawat dan Eaziflex merupakan salah satu alternatif yang bersifat herba. Tidak perlu khuatir akan kesan sampingan kerana produk ini 100% herba dan dijamin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dua jenis herba yang terkandung mampu melegakan bengkak dan membaik pulih sendi yang haus akibat kehilangan gel. Hanya beharga RM 99 ( 120 kapsul) untuk sebulan, ia mampu diamalkan oleh setiap pesakit di Malaysia. 

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 03-6275 2020

Monday, February 18, 2013

Tabiat Pembelajaran Yang Efektif


Dewasa ini terdapat pelbagai teknologi yang di gunakan oleh kita dan keluarga. Ramai pelajar yang kini mempunyai "smart phone" untuk melayari internet dan menggunakan aplikasi permainan maya. Oleh itu perhatian mereka semakin terbahagi di antara perkara yang menyeronokkan ini atau melakukan kerja rumah yang membosankan. 

Seringkali oleh kerana terpaksa akibat kerja yang perlu di hantar mereka memilih untuk melakukan kedua-duanya pada masa yang sama. 

Sebagai contoh, mendengar musik dan juga membuat kerja matematik. 

Oleh yang demikian mutu kerja atau ulangkaji yang dilakukan tidak dapat di masukkan sepenuhnya ke dalam otak mereka mengakibatkan kegagalan di hari ujian atau peperiksaan. Oleh itu pemantauan harus di lakukan terhadap anak anda ketika mereka mengulangkaji atau membuat kerja rumah. 

1. Sediakan ruang belajar 
Jika anda mampu sediakan 1 ruang di mana anak anda boleh belajar tanpa gangguan. Pastikan tiada televisyen atau alatan yang mampu mengganggu kuasa tumpuan mereka terhadap kerja-kerja yang ingin di laksanakan.

2. Berikan had masa 
Lakukan jadual masa untuk mereka setiap hari untuk belajar, mengulangkaji dan membuat kerja sekolah. Pastikan mereka mematuhi had masa terbabit tanpa gangguan.

3. Berikan sokongan
Apa kata jika anda tutup semua televisyen dan menemani anak anda ketika mereka belajar. Ini menunjukkan sokongan anda dan juga memberi semangat kepada mereka untuk lebih berusaha. Ia juga secara tidak lansung memastikan tumpuan mereka 100% terhadap kerja sekolah.

Pendek kata kecemerlangan seorang pelajar banyak bergantung kepada anasir luaran juga dan sebagai ibubapa banyak yang boleh anda lakukan bagi memastikan mereka mempunyai keselesaan untuk belajar dan  juga mewujudkan peluang kepada mereka untuk maju. Jangan biarkan anak anda berjuang sendirian dalam menggapai impian mereka. Bantu dan sentiasa memberi sokongan moral dan fizikal supaya kejayaan yang di kecapi lebih manis buat anda sekeluarga. 

Dan jangan lupa berikan Memo Plus Gold untuk meningkatkan lagi prestasi ingatan, tumpuan serta kecergasan mereka di sekolah dan juga di rumah.

Thursday, February 14, 2013

Valentine's Day

Sambutan Hari Valentine atau  Hari Memperingati Kekasih, ialah satu sambutan tahunan yang diadakan pada 14 Februari untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih. Ia bersempena seorang Santo (Saint) yang bernama Valentine yang terkorban demi agama Kristian. 

Oleh itu agama seperti Islam melarang umatnya menyambut hari ini dan mengagungkan pengorbanan seorang paderi terhadap agama yang dianutinya. 


Tetapi sebagai umat Islam kita tidak di larang untuk sentiasa menunjukkan kasih sayang dan belas ihsan kepada setiap insan yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama. Tidak perlu tunggu hari-hari tertentu  dan yang paling penting memastikan batas pergaulan sentiasa terjaga. 

Selamat bercinta dan mencintai ikhlas dari Oze Marketing

Wednesday, February 13, 2013

Pendidikan Sebagai Senjata


"Pendidikan adalah satu senjata yang amat berkuasa yang boleh digunakan untuk mengubah dunia. "
                                
Nelson   Mandela

Kepentingan pendidikan tidak dapat di pertikaikan lagi. Bukan sahaja ia penting untuk kemajuan sesebuah negara malahan ianya penting bagi menentukan hala tuju hidup seseorang. Di Malaysia golongan graduan yang mempunyai ijazah semakin ramai tetapi mutu mereka diragui dan peluang pekerjaan semakin kecil. Hanya sebilangan kecil berjaya di serapkan di bidang pekerjaan yang bertepatan dengan Ijazah yang di miliki manakala selebihnya terpaksa berpuas hati dengan pekerjaan yang tidak setanding dengan kelulusan.

Oleh kerana persaingan semakin sengit, ibubapa selalu menggalakkan anak-anak mereka memilih bidang yang memerlukan kepakaran dan mempunyai peluang pekerjaan yang banyak di samping gaji yang lumayan. Contoh pekerjaan yang menjadi idaman ibubapa untuk anak mereka adalah seperti doktor, peguam, jurutera dan guru. 

Tekanan dari ibubapa juga sedikit sebanyak menjejaskan prestasi anak-anak yang tidak tahan dengan bebanan kerja yang bertambah dengan masa yang sedikit. Aktiviti di sekolah, tuisyen di luar dan sekolah agama mengambil keseluruhan masa siang mereka menyebabkan waktu malam seringkali tidak dapat mengulangkaji kerana keletihan. Lebih malang keesokkan harinya terasa lesu apabila hendak ke sekolah.

Kesemua masalah ini kadang kala hanya di pandang ringan oleh sesetengah ibubapa tetapi ia sebenarnya masalah yang amat serius jika di biarkan berpanjangan. Oleh itu inisiatif haruslah di buat di pihak ibubapa dalam membantu anak mereka supaya masalah ini dapat di elakkan. 

Memo Plus Gold membantu menangani keletihan, lemah ingatan dan masalah kurang tumpuan di kalangan pelajar. Dengan tambahan ulangkaji yang mereka lalui serta pembelajaran di dalam kelas, Memo Plus Gold memastikan tenaga berlebihan di nikmati oleh pelajar untuk memudahkan lagi proses pembelajaran mereka seterusnya mencapai impian ibu bapa dan cita-cita pelajar itu sendiri. 

Ia merupakan bantuan dari segi makanan tambahan dan bukannya ubat ajaib yang memastikan tempat pertama di dalam peperiksaan. Anak anda masih perlu belajar, masih perlu mengulangkaji dan masih perlu ke sekolah. Bezanya - ingatan mereka di tingkatkan, tumpuan semakin tinggi dan kecergasan yang jauh lebih baik dari sebelumnya. Perbezaan inilah yang menentukan kejayaan bagi pelajar-pelajar yang sebelumnya lemah. 

Jadi berikan bantuan kepada anak anda di dalam bentuk Memo Plus Gold..

Hubungi kami di 03-6275 2020 sekarang juga!


Friday, February 8, 2013

Cendekiawan Islam Tersohor - Part 2


Ibn Rushd – Ahli Falsafah & Ilmu Fiqh

Nama sebenar Averrose ialah Abu Walid Muhammad bin Rusyd. Beliau lebih dikenali dengan Ibnu Rusyd yang lahir di Kordoba (Spanyol) pada tahun 520 Hijriah (1128 Masehi). Ayah dan datuk Ibnu Rusyd adalah hakim-hakim terkenal pada masa itu.

Ibnu Rusyd adalah seorang genius yang berasal dari Andalusia dengan pengetahuan ensiklopedik. Masa hidupnya sebahagian besarnya diberikan untuk mengabdikan diri sebagai “Kadi” (hakim) dan fisikawan.

Di dunia barat, Ibnu Rusyd dikenali sebagai Averroes dan komentator yang terbesar dalam bidang filsafat Aristoteles yang mempengaruhi filsafat Kristen di abad pertengahan, termasuk pemikir seperti St. Thomas Aquinas. Ramai yang berjumpa Ibnu Rusyd untuk mengkonsultasikan masalah kedoktoran dan masalah hukum.

Karya-karya Ibnu Rusyd meliputi bidang filsafat, kedoktoran dan fikih dalam bentuk karangan, ulasan, essai dan resume. Hampir semua karya-karya Ibnu Rusyd diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan Ibrani (Yahudi) sehingga kemungkinan besar karya-karya aslinya sudah tidak ada.

Al-Jazari – Ahli Mekanik & Robotik


Abū al-’Iz Ibn Ismā’īl ibn al-Razāz al-Jazarī (1136-1206) (bahasa Arab: أَبُو اَلْعِزِ بْنُ إسْماعِيلِ بْنُ الرِّزاز الجزري‎) adalah orang Arab penting dalam ilmu robotik Islam. Al-Jazari dilahirkan di Al-Jazira, Mesopotamia semasa Zaman Kegemilangan Islam. Dia adalah penulis Kitáb fí ma’rifat al-hiyal al-handasiyya (Buku Pengetahuan Ilmu Mekanik) pada tahun 1206, di mana dia menerangkan 50 alat mekanik di samping dengan arahan bagaimana membinanya.

Da Vinci baru merancang pembuatan robot pada 1478, itu pun baru berbentuk design di atas kertas. Sedangkan Al-Jazari, sudah berhasil merancang dan menciptakan aneka bentuk robot pada awal abad ke-13 M. Atas dasar itulah, masyarakat sains modern menggelarnya sebagai ”Bapak Robot”. Peradaban Islam lebih maju tiga abad dalam teknologi robot dibanding Barat.

Mesin robot yang diciptakan Al-Jazari berbentuk sebuah perahu yang terapung di sebuah danau yang ditumpangi empat robot pemain musik. Robot yang terdiri atas dua penabuh drum, seorang peniup harpa, dan pemain suling logam itu diciptakan untuk menghibur para tamu kerajaan dalam acara jamuan minum. Al-Jazari mengembangkan prinsip hidrolik untuk menggerakkan mesin yang di kemudian hari dikenal sebagai mesin robot.

Ibn Khaldun – Ahli Sejarah Kebudayaan & Sosiologi Moden

Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Ibn Khaldun turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah (“Pengenalan”). Ibn Khaldun juga menulis sejarah Muslim di Afrika Utara yang terulung.

Karya teragungnya bermula sebagai penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik, dan ekonomi. Ibn Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah boleh dibuktikan secara empirikal.
Ibn Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan.
- Ibn Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologiastronomi, numerologi, kimia, dan sejarah. Secara berseorangan, Ibn Khaldun telah meletakkan titik mula bagi tradisi intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan bertanggung jawab, pasaran efficent, penyiasatan sains empirikal, pengkajian sosialogi, dan penyelidikan sejarah.

Tokoh - tokoh lain...

Jabir Ibnu Hayyan – Pakar Kimia



sumber : fadlyahmad 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...