Belian Online

Untuk Belian secara online Email order anda ke memoplusgoldmalaysia@gmail.com atau call 03-62752020...

"Like" Page Memo Plus Gold di Facebook!!

Thursday, March 28, 2013

Gagal Apa Puncanya ?



Banyak orang mengalah apabila berhadapan dengan kegagalan. Kadang kala usaha yang di lakukan bertahun lamanya terbuang begitu sahaja kerana sikap berputus asa. Ini semua bergantung kepada tahap keyakinan dan kesabaran di dalam mencapai sesuatu perkara. 

Bersikap positif membantu dalam mengatasi kegagalan dan menaikkan keyakinan kita untuk terus mencuba. 

Amat penting juga kita mencari punca dari kegagalan kita. Sebagai contoh, setiap kali ujian bulanan markah yang di perolehi lebih banyak dari ketika peperiksaan sebenar. Cuba fikir apa sebabnya. Adakah kerana ingatan anda masih segar ketika itu maka soalan yang sama di tanya ketika ujian bulanan dapat di jawab lebih baik berbanding ketika peperiksaan akhir tahun? Jika anda tahu di mana puncanya maka jalan penyelesaian dapat di capai dan anda boleh bergerak ke hadapan.

Tidak berputus asa merupakan sikap yang amat penting untuk terus berjaya. Ramai orang yang berjaya gagal berkali-kali sebelum mereka berjaya mengejar cita-cita mereka. Oleh itu sentiasa memotivasikan diri anda supaya tidak berputus asa kerana kejayaan mungkin berada di depan anda sahaja. 

Setiap perkara yang kita lakukan memerlukan strategi atau perlaksanaan. Sentiasa berfikir ke hadapan dan menetapkan perkara yang boleh anda lakukan dalam mencapai kejayaan. Fikirkan cara yang betul dan laksanakan ia. Dengan ini anda tidak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak perlu.

Ingat setiap perkara ada puncanya..cari di mana kesalahan terbabit dan betulkan supaya kejayaan di dalam genggaman anda. 



Wednesday, March 20, 2013

Anak Muda Perlu Disiplin

Ibubapa kena tegas hingga mereka patuh peraturan!

Jangan sampai perkara sebegini dilakukan oleh anak kita

Ramai ibubapa gagal mendisiplinkan anak, tetapi tidak menyedari akan perkara ini. Malah ada yang lansung tidak menekankan aspek disiplin dan tidak tahu kepentingannya.Ada juga ibubapa yang ragu untuk mendisiplinkan anak kerana tidak mengikut nasihat, arahan dan peraturan yang di tetapkan. 

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu di titikberatkan dalam mendisiplinkan anak :-

1. Pastikan mereka sampai awal ke sekolah

2. Jejaki di mana mereka berada selepas sekolah

3. Pastikan mereka hadir di sekolah, kelas tuisyen dan kelas agama

4. Semak beg dan laci anak

5. Pastikan mereka siapkan semua tugasan dan kerja sekolah

6. Aturkan masa belajar dan masa rehat mereka

7. Latih anak dirikan solat pada awal waktu

Sumber : Dr Tengku Asmadi

Monday, March 18, 2013

Kerana Mulut Badan Binasa

sumber : Sinarharian 

Mendidik anak bukan suatu perkara yang mudah terutama di zaman siber ini. Kadang kala anak kita lebih pandai berkata-kata dan menjawab setiap perkataan yang kita utarkan. Sering kali pertelingkahan menyusul dan kemungkinan perkataan yang tidak baik akan keluar dari mulut ibubapa. 

Keadaan ini menyebabkan perhubungan antara ibubapa dan anak menjadi hambar. Ini juga bakal menyukarkan proses mendidik anak anda kerana kurangnya rasa hormat di dalam diri mereka. Oleh itu ibubapa seharusnya melatih diri dalam menjadi lebih matang dan lebih berilmu. Bukan hanya anak anda perlu belajar cara-cara menghormati anda, malahan anda juga perlu belajar cara menghormati mereka. 

Terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan. Sebagai contoh

1) Pinjamkan telinga anda - daripada asyik anda sahaja yang berkata-kata, apa kata jadikan diri anda sebagai pendengar. Kadangkala anak anda memerlukan tempat untuk meluahkan perasaan. Mereka perlu didengari dan pendapat mereka harus di ambil kira.

2) Jangan asyik menuduh - kepercayaan satu sifat yang amat penting bagi anak anda. Orang pertama yang mereka percaya selepas dilahirkan adalah anda. Jadi, jangan sia-siakan kepercayaan mereka. Jika mereka membuat sebarang kesalahan hukum mereka secara adil dan nyatakan kenapa anda bertindak menghukum mereka. 

3) Gunakan perkataan yang sopan walaupun marah - ibubapa seharusnya bertindak lebih matang berbanding anak anda. Jangan keluarkan kata-kata kesat ketika memarahi mereka dan elakkan dari membandingkan mereka dengan adik-beradik yang lain atau orang luar. Ini mampu membuatkan mereka merasa tidak di perlukan atau di sayangi. 


Ibubapa perlu sentiasa berusaha memahami kehendak anak dan menyediakan perkara yang bersesuaian untuk mereka. Disiplin dan tidak terlalu memanjakan anak anda sedari kecil juga banyak membantu proses didikan anak apabila mereka dewasa. 

Ingatlah "Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa". Jangan kerana mulut anda hubungan antara keluarga tegang dan berantakkan.


Monday, March 11, 2013

Cita - cita Anak Anda - Realiti atau Fantasi

Sumber : Butterflybuddy



Cita-cita merupakan pendorong untuk anak kita mencapai matlamat. Pastikan ianya realistik kerana kanak-kanak penuh dengan imaginasi dan kurang pengetahuan tentang dunia sebenar. Bagi mereka, pengaruh televisyen memainkan peranan dalam memilih kerjaya pilihan. 

Di sinilah peranan yang penting oleh ibubapa bagi membetulkan salah tanggapan mereka terhadap cita-cita mereka itu. Terangkan atau tunjukkan realiti sebenar terhadap cita-cita pilihan si kecil anda sedari awal kerana mereka akan di tanya tentangnya di sekolah nanti.

Seterusnya anda boleh memupuk minat mereka terhadap cita-sita yang telah di pilih secara interaktif agar mereka berusaha untuk mencapai cita-cita itu. Anda juga boleh mempelbagaikan pilihan mereka dengan membawa mereka melawat tempat-tempat berinfomasi semasa cuti sekolah seperti museum, Petrosains, Pusat Sains Negara dan sebagainya.

Pendek kata, pupuklah minat mereka sedari mula selain menunjukkan realiti kepada pilihan mereka. Semoga berjaya dan ingat bahawa " Melentur buluh biarlah dari rebungnya". Jika sedari kecil kita boleh pupuk minat dan memberikan matlamat, In Shaa Allah mereka sudah nampak jalan dan haluan apabila meningkat dewasa kelak. 


Tuesday, March 5, 2013

Memo Plus Gold - Menguasai Hafazan dengan Lebih Mudah


Memo Plus Gold di perbuat dari sejenis herba iaitu Bacopa Monnieri. Herba ini bertindak mengaktifkan sel - sel otak terutamanya di kawasan hipokampus. Kawasan ini di mana terletaknya ingatan manusia. Dengan mengamalkan Memo Plus Gold terbukti meningkatkan INGATAN, TUMPUAN dan KECERGASAN pengamalnya. Oleh itu, penghafazan juga menjadi lebih mudah. 

Untuk mendapatkan Memo Plus Gold boleh hubungi dealer/farmasi berdekatan dengan anda. Sila lihat di senarai yang di sediakan di ruang atas blog. 

Untuk maklumat lanjut hubungi Oze Marketing di 03-6275 2020. 

Friday, March 1, 2013

Bagaimana Untuk Meningkatkan Daya Ingatan

Ingatan merupakan faktor terpenting kepada kejayaan seseorang. Tidak guna pembelajaran yang di lakukan seandainya pelajar mempunyai ingatan yang lemah. Kerja keras yang di lakukan hanya akan terbazir begitu sahaja.



Oleh itu mari kita lihat bagaimanakah cara untuk meningkatkan daya ingatan bagi mencapai kejayaan.

Memberi Perhatian
Untuk mengingati, kita perlu menumpukan perhatian. Ini kerana otak perlu jelas dengan apa yang penting untuk di ingati dan apa yang tidak perlu. Dengan mengambil tahu apa yang perlu di ingati maka peluang ianya tertanam di dalam memori kita lebih besar dan ia akan sukar di lupakan.

Bayangkan dan Kaitkan
Ketika di beri penerangan oleh guru bayangkan masalah/maklumat yang diberikan dan kaitkan dengan kehidupan atau contoh yang senang di ingati. Mungkin juga anda boleh membuat kata kunci untuk mengingati fakta-fakta yang diajarkan oleh guru. Ini kerana otak kita lebih mudah memilih maklumat yang tepat yang telah disimpan di dalam memori kita dengan bantuan kata kunci yang ringkas.

Latihan Menyempurnakan
Dengan setiap latihan atau ulangkaji yang di lakukan kita memberikan ingatan kita satu hentaman untuk mengingat fakta terbabit. Latihan mampu menyegarkan ingatan serta menyimpan maklumat yang kita lupa dengan hanya membaca. Jadi buat banyak latihan supaya ingatan dapat dikekalkan.


Bermain
Berseronok tidak bermakna anda melupakan tanggungjawab untuk belajar. Malahan ia sebenarnya dapat membantu memperkuatkan ingatan anda. Dengan bermain permainan yang mencabar minda ia tidak lansung memaksa otak kita untuk berfikir dan aktif. Mainlah permainan seperti Catur, permainan melengkapkan ayat atau sukan seperti bola sepak yang juga memerlukan minda untuk memikirkan strategi. Pendek kata, bermainlah supaya ingatan akan lebih segar dan aktif.

Tanpa Tekanan
Tekanan mampu membuatkan pemikiran seseorang terbantut. Oleh kerana terlampau risau kemampuan otak untuk berfikir akan hilang. Oleh itu, elakkan dari memberi tekanan kepada diri kerana ianya tidak membantu anda lansung malahan memburukkan lagi keadaan.


Makanan Minda
Seperti badan yang memerlukan minyak untuk beroperasi, otak juga memerlukan perkara yang sama. Untuk kesihatan dan kecergasan otak kita memerlukan makanan dan diet seimbang. 

i) Dapatkan Omega 3 - Ikan seperti Sardin dan Salmon mempunyai kandungan Omega 3 yang tinggi. Atau jika anda tidak sukakan ikan makan sahaja kacang soya, kacang walnut ataupun biji labu. Omega 3 amat bagus untuk kesihatan otak manusia.

ii) Kurangkan kalori dan lemak - Lebihan makanan yang mengandungi kalori dan lemak mampu menyebabkan dimensia serta pengurangan fokus dan ingatan. Kurangkan pengambilan aiskerim, keju dan juga daging merah untuk mengelaknya.

iii) Makan lebih buah dan sayuran

iv) Minum teh hijau - mengandungi polyphenols, anti oksidan yang amat kuat yang menjaga otak dari toksin yang boleh merosakkan sel otak. Ia juga mampu meningkatkan ingatan anda di samping melambatkan proses penuaan otak. 

v) Memo Plus Gold - Produk yang di perbuat dari herba Bacopa Monnieri ini mampu menyegarkan kembali sel-sel otak seterusnya meningkatkan daya ingatan, tumpuan dan kecergasan. Ia telah di temui berjuta tahun yang lampau dan di gunakan secara tradisional sebelum di jadikan produk yang mampu dimiliki semua. Banyak kajian di lakukan sehingga terkeluarnya Memo Plus Gold yang mempunyai keberkesanan yang terbukti. Di Malaysia sendiri 16 tahun telah berlalu semenjak ia di pasarkan dan ramai yang telah berjaya mendapatkan kecemerlangan melaluinya. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...