Belian Online

Untuk Belian secara online Email order anda ke memoplusgoldmalaysia@gmail.com atau call 03-62752020...

"Like" Page Memo Plus Gold di Facebook!!

Tuesday, April 20, 2010

Arthritis



Rasa sakit yg mencucuk-cucuk di lutut. Rasa panas di pergelangan tangan dan tanpa anda sedari anda salah seorang dari Jutaan penghidap arthritis di dunia ini. Hari ini saya nak menunjukkan kepada anda Apa, bagaimana, kenapa dan macamana tentang arthritis.. Even kakak abang sesiapa yang membaca ni semua sihat walafiat takda penyakit ini ( alhamdullilah) tetapi ilmu ni berguna untuk kita ada pada bila – bila masa..


Bagi yang berumur awal 40-an masa inilah anda kena berwaspada kerana Arthritis ni mula nak bertindak terutamanya wanita kerana nisbah 3 wanita berbanding seorang lelaki menghidapi Arthritis. Bagi lelaki pula anda akan lebih cenderung untuk kena gout. Kenapa , mengapa, bagaimana jgnlah ditanya kerana saya pun kurang pengetahuannya.. yang mana pengetahuan saya ada di tahap itulah saya akan berkongsi cerita. Arthritis ni boleh terjadi di semua sendi yg terdapat di badan kita dan kerana itulah bahasa pasar dia ni sakit sendi.


Arthritis boleh melumpuhkan dan mengakibatkan kerosakan yang nampak jelas secara fizikal dan kesakitan dalaman yg terpaksa di deritai pesakit. Kadangkala sampai berjalan pun rasa nak menangis akibat kesakitan yg teramat sangat. Tetapi masalahnya ramai yg tidak di dedahkan awal-awal lagi dengan punca serta pantang larang yg betul dalam menanganinya.


Osteoarthritis adalah yang paling biasa di hidapi oleh kebanyakkan pesakit arthritis. Selalunya ia akan memberi kesan kepada sendi yang lebih besar seperti lutut, pinggang dan belakang badan. Dan semua ini jika anda perasan merupakan fizikal di bahagian bawah badan kita yang manakesannya didapati akibat makan banyak dan tak bersenam serta hormone selepas kahwin yang banyak menjadikan wanita dah berkahwin jadi gemuk. Kena osteo ni macam kena protest dengan badan kita sendiri la…kaki tak larat nak bawak badan, pinggang tak dapat nak tahan perut dan sebagainya. Osteo ni lebih kepada wear and tear pada tulang rawan kita dimana semakin meningkat usia semakin lemah fungsi tulang kita.


Rheumatoid Arthritis berlaku apabila terdapat kekacauan @ gangguan dari imun sistem kita yang menyerang tisu badan. Bukan setakat di sendi saja tetapi lain – lain fungsi badan turut berada di dalam bahaya. Ia memberi kesan kepada sendi-sendi kecil macam jari, siku, pergelangan tangan dan lutut dengan menghakis tulang dan menyebabkan struktur fizikal menjadi cacat seperti jari menjadi bengkok. Rheumatoid ini antara arthritis yang paling bahaya dan berdoalah anda tak kena kerana selain kesakitan yang amat sangat ia juga mampu membawa maut.


Jadi kenapakah arthritis ni menyerang anda ?


Bersenam tak.. makan main balun je.. apa lagi .. berat badan setiap tahun lepas kahwin bertambah 2 kilo.. 10 tahun kahwin dulu masa single berat 50 kg..sekarang tambah da 20 kg dah jadi 70 kg.. orang tua-tua kata makin bahagia la tu.. dulu makan sorang tak lalu..

Lagi apa masalahnya ..


Makanan yg dimakan tu pulak tak sihat dimakan.. berpurin tinggi serta mengandungi bahan kimia. 20 thn lalu memang tak nampak kesan tapi kalau dah hari - hari makan benda yg tak elok, lama-lama terkumpul dalam badan akibatnya sekarang dah dapat sakit lutut, dah dapat diabetis dah lupa sebelum keluar rumah tadi dah tutup kipas ke belum..


Jadi bila diri kita sendiri sakit, hanya kita saja yang tahu cara merawatnya dan mengurangkan tahap kesakitan yang dialami. Eksperimen dengan diri anda sendiri. Bukan sahaja dengan ubat malahan dengan permakanan anda. Jika anda rasa sakit selepas makan sesuatu anda tahu bahawa benda itu harus di tinggalkan.


Permakanan



Pesakit Arthritis perlu mengelak makan daging merah dan mungkin juga produk berasaskan tenusu yang menghasilkan protin yang tinggi. Memang badan kita perlukan protin ni tetapi berlebihan ia akan menyebabkan terjadinya asid urik yang berlebihan. Dalam keadaan normal asid urik ini akan dikeluarkan melalui air kencing @ apabila kita sahut nature calls tetapi lebihan akan berkumpul dan menyebabkan terjadinya arthritis.


Tahukah anda Susu juga perlu dipilih sebaik mungkin. Sekarang ni memang terdapat pelbagai jenis susu di pasaran. Saya sendiri lebih sukakan susu Full Cream berbanding Low Fat Milk ( susu rendah lemak) dan saya nasihatkan anda elakkan mengambil susu yang tertulis untuk tulang, HL dan sebagainya. Jika nak khasiat ambil Full Cream kerana ia lebih kurang sama dengan susu yang segar. Anda perlu bijak dan juga berfikir secara rasional. Tak semua lemak adalah tak baik dan pernah tak anda lihat orang jadi gemuk sebab minum susu. Fikirlah sendiri..


Elakkan makanan yang diproses. Jangan salah faham ye. Bila kita katakan makanan yang diproses bukan setakat yang dalam tin tu saja malahan bahan runcit harian seperti gula, tepung, roti, garam dan sebagainya. Barang seperti gula dan tepung ni telah diproses dan menjadikannya tidak sihat untuk jangka masa panjang. Buat pengetahuan anda gula perang lebih berkhasiat dan tepung sepatutnya bewarna kekuningan sebelum ianya di bleach menjadi putih. Jadi bukan setakat makanan yang diproses tetapi sayur-sayuran juga perlu di makan berhati – hati. Kadangkala saya sendiri rasa lebih baik tak makan dari makan. Buat apa nak menambahkan toksik dalam badan kan.


Kekacang seperti kacang buncis, soya dan sebagainya. Tapi ada pesakit yang boleh makan tanpa sebarang kesakitan. Jadi eksperimenkan diri anda.


Makanan bercengkerang ni memang no-no. Ketam dan udang terutamanya. Ia akan meningkatklan asid urik di dalam badan serta menambahkan kesakitan yang sedang anda alami.


Elakkan juga sayuran yang sejuk seperti tomato, kentang, terung dan sebagainya.


Penjagaan


Dapatkan Vitamin D untuk pembentukan tulang yang sihat dengan berjemur pada waktu pagi antara terbit matahari sehingga pukul 10pagi sahaja. Lebih dari itu anda merisikokan diri anda untuk kanser. Jadi menyelamlah sambil minum air. Bersenam di waktu pagi akan menambahkan kesihatan anda secara fizikal dan mental.

Selain itu anda boleh kembali ke alam semulajadi dengan mengambil EaziFlex @ formerly known as Arthrid untuk membantu merawat sendi anda.


Kegunaan arthrid ini adalah bagi menghalang serta merawat anak bini kroni arthritis dari menghancurkan kehidupan anda. Dia akan merawat gout bagi kebanyakkan lelaki , Osteoarthritis, Rheumatoid Arthritis serta lain-lain ahli keluarganya yg terdekat.


Dengan herba Boswellia Serrata yang telah digunakan oleh sistem Ayurveda selama beribu tahun untuk mereka mendapat sendi yg sihat dan kuat. Fungsi utama dia selain merawat tadi, dia juga menggalakkan peredaran darah ke sendi-sendi. Jadi bengkak dapat dikurangkan dan tulang rawan dapat dipulihkan sedikit demi sedikit. Piper longum membantu Boswellia tadi supaya dapat diserap dengan lebih cepat oleh badan. Jadi bila dah mengamalkan Eaziflex pantangkan permakanan seperti yang saya sebutkan di atas. Eksperimenkan apa yang boleh di makan serta apa yang tidak.


Jadi bertindak secara bijak , makan secara bijak. Ambillah EaziFlex untuk melegakan kesakitan anda..




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...