Belian Online

Untuk Belian secara online Email order anda ke memoplusgoldmalaysia@gmail.com atau call 03-62752020...

"Like" Page Memo Plus Gold di Facebook!!

Tuesday, April 13, 2010

Detox / Nyahtoksin dengan Cogent db+


Nyahtoksin atau detoxification dalam bahasa Inggeris merupakan cara membuang toksin berlebihan di dalam badan. Pada masa ini, alam persekitaran kita penuh dengan toksik malahan tidak terkecuali makanan yang dimakan, air yang diminum serta udara yang kita sedut juga dicemari oleh bahan kimia asing. Oleh itu, kebanyakkan orang menjalani penyahtoksinan untuk memastikan kehidupan serta kesihatan tidak terganggu. Walaupun nyahtoksin yang asas bermula dengan pengawalan makanan, program nyahtoksin juga termasuk dalam pembersihan sistem perkhumuhan serta organ lain badan seperti hati, buah pinggang, paru-paru, darah serta usus.


Kenapa organ-organ ini penting dalam nyahtoksin/ detox?


Nyahtoksin untuk badan merujuk kepada pembersihan usus, buah pinggang, paru-paru , hati serta darah kerana organ-organ inilah yang terlibat secara lansung dalam mengeluarkan bahan kimia serta toksin berlebihan di dalam badan. Hati bertindak sebagai penapis bahan asing serta berbahaya yang terdapat di dalam darah. Buah pinggang menapis bahan asing berbahaya di dalam darah tadi dan mengeluarkan dalam bentuk air kencing manakala paru-paru melepaskan gas berbahaya semasa bernafas.

Walaupun tahap bahaya toksik berbeza, ia adalah tanggungjawab hati untuk mengurangkan toksin kepada bahan pembuangan yang boleh dikawal serta kurang berbahaya untuk di keluarkan dari badan melalui buah pinggang ( air kencing) , kulit ( peluh), paru-paru ( pernafasan) dan usus ( pembuangan sisa badan). Untuk sihat, kita perlu memastikan semua organ ini berfungsi dengan baik.


Sesetengah program detox / nyahtoksin hanya tertumpu kepada satu-satu organ seperti untuk usus / colon dan sebagainya. Cogent db+ merupakan gabungan herba terbaik yang dapat membantu menyahtoksin badan anda secara keseluruhan. Contohnya herba seperti Neem / Daun Mambu membantu membersihkan darah dari toksin manakala Buah Cermai India / Indian Gooseberry membantu menyahtoksin hati anda. 3 jenis herba yang di panggil triphala pula iaitu Buah Cermai India ( Phylantus Emblica) , Terminalia Chebula dan Terminalia Bellerica membantu nyahtoksin usus/colon anda. Dengan Cogent db+ buah pinggang juga dapat di jaga dari menjadi rosak akibat proses perkhumuhan yang berlebihan.


Nyahtoksin / detox mungkin menyebabkan anda sakit kepala, pening , letih atau muntah kerana toksin dibebaskan dari badan. Jika ini berlaku, teruskan proses nyahtoksin dengan kadar lebih perlahan kerana nyahtoksin amat penting supaya kesihatan di tahap optimum. Apabila proses nyahtoksin tamat anda akan merasa bebas, segar, nampak muda serta mempunyai kulit yang cantik. Ramai orang tidak tahu bagaimana rasa hidup sihat. Mereka hidup dengan banyak toksin yang terpendam di dalam badan dan kesihatan yang semakin merosot menjelang usia senja.


Pastikan anda sihat dengan mengamalkan program nyahtoksin dengan Cogent db+. Herba lengkap yang membantu kualiti hidup anda di tahap maksimum..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...