Puasa secara sihat oleh Hafizah Iszahanid
2010/08/08 - Berita Minggu
Minum banyak air, utamakan makanan berserat tinggi
BEBERAPA hari saja lagi, umat Islam akan memulakan ibadat puasa. Selain memenuhi tuntutan agama, berpuasa juga ada manfaatnya dari segi kesihatan.
Malah, banyak kajian mendapati berpuasa adalah rawatan efektif dan kaedah melegakan masalah berkaitan sistem pencernaan seperti radang pada kolon dan hati selain cara terbaik untuk menangani masalah obesiti, lelah dan tekanan darah tinggi. Bagaimanapun, faedah berpuasa dari sudut kesihatan ini pasti tidak menjadi jika anda menahan diri daripada makan dan minum pada siang hari tetapi mengambil terlalu banyak makanan sewaktu berbuka puasa. Selain bertentangan dengan semangat bulan Ramadan itu sendiri, pengambilan terlalu banyak makanan dan minuman boleh menyebabkan ia ‘beku’ dalam sistem pencernaan anda.
Pegawai perubatan sebuah hospital di Abu Dhabi, Dr Humaira Naser, berkata, apa yang penting, individu perlu meminum sekurang-kurangnya empat liter air atau bersamaan 15 gelas air setiap hari.
“Bagi mereka yang tidak menghidap masalah tekanan darah tinggi boleh mencampurkan sedikit garam ke dalam air. Pada masa sama, elak makan terlalu banyak makanan pedas kerana menyebabkan anda minum terlalu banyak air dan seterusnya berasa amat letih.
“Selain itu, perlu diingatkan, jangan mengelak sahur kerana ia adalah makanan asas diperlukan tubuh bagi meneruskan puasa sepanjang hari,” katanya.
Bagi yang berhadapan masalah berat badan, berpuasa adalah cara terbaik untuk menangani masalah itu. Namun tidak dinafikan ada juga sebilangan orang yang tidak berjaya menurunkan berat badan, walaupun sempurna sebulan berpuasa. Asasnya mudah, pastikan keseimbangan dalam pengambilan dan pembakaran kalori anda.
Menurutnya, ketika iftar, mulakan dengan makanan yang ringan. Kurma, jus atau sup mungkin boleh dijadikan permulaan hidangan makanan berbuka. Meminum air ketika berbuka juga selari keperluan tubuh yang memerlukan glukos sebagai sumber tenaga terutama otak.
“Simpan makanan yang berat selepas solat maghrib atau bagi sesetengah orang selepas solat sunat tarawih," katanya.
INFO
Panduan makan ketika Ramadan:

No comments:
Post a Comment