Belian Online

Untuk Belian secara online Email order anda ke memoplusgoldmalaysia@gmail.com atau call 03-62752020...

"Like" Page Memo Plus Gold di Facebook!!

Thursday, April 11, 2013

Buli : Masalah Pelajar atau Ibubapa

Banyak sangat kes buli yang di ketengahkan di mata umum sejak akhir-akhir ini. Apatah lagi dengan wujudnya telefon berkamera kita boleh menyaksikan sendiri kekejaman yang di lakukan ke atas pelajar yang lemah. Lebih buruk lagi apabila kes buli biasanya di lakukan secara berkumpulan.

Di manakah salahnya? Mengapakah perkara ini terjadi ? 


Adakah anda setuju dengan pernyataan di atas. " Jika saya bercakap seperti mana anak-anak sekarang bercakap dengan ibubapa mereka, saya pasti tidak ada di sini sekarang untuk berkongsikan status ini. Sesetengah anak-anak perlu belajar apa itu HORMAT"

Pernyataan ini amat tepat sekali. Tanpa hormat seorang anak boleh bertukar menjadi pembuli, perompak atau perosak di masa akan datang. Tiadanya hormat terhadap ibubapa bermakna tiadanya hormat terhadap orang lain, kawan-kawan, guru dan juga harta benda. 

Bagaimana Ibubapa dapat mengatasi masalah ini ?

1. Jarakkan diri anda dari anak anda sedikit. Ibubapa bukan KAWAN dan mereka perlu sedar akan hakikat itu seperti mana juga anda sendiri. Terlampau rapat akan membuatkan anda tidak nampak akan kesalahan anak anda dan seterusnya menggalakkan mereka terus membuat kesalahan kerana ada " back up" dari ibubapa.

2. Didikan dan disiplin perlu di terapkan sejak dari kecil. Terangkan setiap peraturan yang anda buat untuk mereka dengan jelas dan beritahu juga kenapa peraturan itu di buat. Jelaskan juga denda yang akan di kenakan seandainya mereka melakukan kesalahan terbabit. Dalam mendidik anda perlu adil, jelas dan memberi contoh yang baik. 

3. Memupuk sifat hormat dan empatik di dalam diri anak anda. Terdapat banyak badan amal atau anak yatim yang memerlukan bantuan atau sukarelawan. Tiada salahnya jika anda gunakan hujung minggu anda dengan membawa seisi keluarga melawat orang yang kurang bernasib baik. Ini secara tidak lansung akan melahirkan rasa insaf dan bersyukur di dalam diri mereka. 

4. Ibubapa tidak boleh lepas tangan. Walaupun anda bekerja dan tiada masa, anak anda adalah aset terpenting yang anda ada. Anak yang di biarkan bebas pastinya merasa di pinggirkan dan mereka akan cenderung mencari kawan-kawan yang tidak baik. Kadangkala inilah puncanya gejala sosial yang berlaku sekarang. Remaja yang mencari arah tujuan tetapi terjebak dengan kumpulan yang tidak baik. 

Banyak lagi faktor dan cara untuk mengatasi masalah BULI. Jangan sampai anda menyesal di kemudian hari. Ambillah langkah bijak hari ini juga. Ketahui di mana anak anda berada, siapa kawan-kawannya dan ambil berat tentang perasaan dan kebajikkan mereka. Semoga kejadian buli ini tidak terjadi kepada orang di sekeliling kita.. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...