Belian Online

Untuk Belian secara online Email order anda ke memoplusgoldmalaysia@gmail.com atau call 03-62752020...

"Like" Page Memo Plus Gold di Facebook!!

Friday, September 13, 2013

Impian Terlaksana dengan 5 Teknik

Tahukah kamu dengan menetapkan matlamat yang ingin di capai barulah kita boleh mencapai impian kita ? Tahukah kamu setiap orang yang berjaya menggunakan matlamat yang mereka ingin capai untuk memperolehi kekayaan dan juga pengetahuan ? Mereka merancang kejayaan mereka berdasarkan matlamat yang jelas dari awal lagi. Dengan itu mereka mampu merancang setiap langkah dalam mencapainya.

Jom lihat 5 teknik yang kamu boleh cuba untuk mencapai matlamat dan impian kamu.

Teknik pertama – mulakan dengan matlamat jangka pendek 
Kadangkala kita akan mulakan dengan matlamat jangka pendek tanpa di sedari. Kenapa ? Mungkin kerana kamu menganggap ini matlamat kamu ketika itu, tetapi apabila matlamat itu berjaya di capai kamu merasakan kamu mahu lebih lagi. Dengan menyedari matlamat jangka pendek tidak mampu memuaskan hati kamu, maka matlamat jangka panjang akan terbentuk pula. 
 



Teknik kedua – pastikan matlamat itu yang kamu mahu. 
Tanya pada diri kamu adakah matlamat itu yang kamu mahu. Sesetengah orang melihat kembali masa silam ketika membuat matlamat. Contohnya, hidup yang susah, jadi matlamatnya ingin ke university menimba ilmu dan seterusnya mendapatkan kerja yang menjamin kehidupan. Ataupun mungkin mempunyai ibubapa yang berada jadi matlamatnya ingin menjadi lebih kaya atas usaha sendiri. Apabila kamu menyedari matlamat itu yang kamu mahu, kamu pasti akan berusaha untuk menjayakannya.

Teknik ketiga - kongsi matlamat kamu 
Jangan simpan matlamat kamu untuk diri sendiri sebaliknya kongsi dengan rakan-rakan serta ahli keluarga. Dengan itu kamu akan mendapat sokongan dari mereka. Ramai yang malu untuk berkongsi impian serta matlamat mereka tetapi kadangkala kamu memerlukan bantuan orang lain untuk merealisasikan impian itu. Atau mungkin sekadar sokongan.

Teknik keempat – tuliskan matlamat kamu 
Bagi yang mempunyai banyak matlamat adalah di nasihatkan untuk menulisnya. Tuliskan secara lengkap bagaimana kamu ingin mencapainya. Selepas itu pastikan kamu melihatnya setiap hari supaya kamu akan lebih bermotivasi untuk mencapainya. Lebih lagi kamu juga akan lebih bersemangat untuk terus berusaha kea rah matlamat kamu itu.

Teknik kelima - jangan berputus asa  
Sentiasa melihat kembali perancangan yang telah kamu buat supaya tidak tersasar dari matlamat yang kamu ingini. Kadangkala sikap kamu yang terlampau yakin untuk berjaya boleh membuatkan kamu tertekan apabila berhadapan dengan jalan buntu. Jadi jangan berputus asa dan teruskan perancangan yang telah kamu buat pada awalnya.

Kesemua teknik ini mampu mendekatkan lagi kamu dalam mencapai apa sahaja IMPIAN yang telah kamu bina di minda. Pastikan kamu letakkan MATLAMAT dalam mencapai IMPIAN tersebut di atas kertas supaya kamu boleh selalu melihatnya. Dengan itu kamu akan lebih bersemangat untuk mencapainya. Selamat berjaya!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...