Belian Online

Untuk Belian secara online Email order anda ke memoplusgoldmalaysia@gmail.com atau call 03-62752020...

"Like" Page Memo Plus Gold di Facebook!!

Thursday, September 26, 2013

Memo Plus Gold : Tingkatkan IQ Anak Anda

Dewasa ini dunia amat mencabar dan saingan untuk pekerjaan menjadi semakin sengit. Oleh itu dorongan untuk melihat anak-anak berjaya di dalam pelajaran menyebabkan ramai ibu bapa semakin tertekan di dalam mendidik anak. Tekanan ini secara tidak lansung beralih kepada si manja anda juga. 


Oleh itu hendaklah anda mengetahui cara terbaik untuk mendorong mereka di samping memberikan kebebasan kepada mereka untuk menjalani kehidupan normal sebagai kanak-kanak.

1. Masukkan muzik di dalam kehidupan seharian mereka

Muzik memudahkan proses mengingat. Ini adalah teknik belajar yang amat berkesan. Ingatkah anda sewaktu di sekolah cikgu mengajar anda mengingati nombor dengan nyanyian. Ada juga nyanyian untuk doa dan juga nama-nama nabi. Jadi, muzik merupakan ransangan yang mudah dan menyeronokkan untuk anak anda.

2. Permainan meransang kreativiti

Sekali sekala jauhkan anak anda dari televisyen dan internet. Main permainan seperti Congkak atau Monopoly ketika hujan manakala keluar dan berpeluh bersama dengan permainan seperti badminton atau bola sepak ketika hari cerah. Selain menjadikan badan lebih sihat, permainan menggalakkan permikiran anak anda lebih aktif dengan cabaran dan strategi untuk menang. 


3. Permakanan yang sihat

Makanan ringan yang terlampau banyak perisa tiruan mampu menjadikan otak manusia tumpul. Apatah lagi kanak-kanak yang masih dalam proses perkembangan. Jauhkan mereka dari keropok dan makanan segera. Anda boleh membuat banyak perubahan kepada kesihatan otak mereka dengan memberikan khasiat terbaik yang di perlukan oleh badan anak-anak anda.

4. Galakkan perasaan ingin tahu

Jangan di sekat pertanyaan yang muncul dari bibir anak anda ketika kecil. Sebaliknya galakkan perasaan ingin tahu mereka. Pembelajaran secara tidak formal semasa kecil memberi impak yang besar dalam mematangkan fikiran mereka. Dengan memberikan jawapan kepada persoalan mereka, anda membantu permikiran mereka berkembang dengan lebih pantas dan sihat. 

5. Bersarapan setiap pagi

Jangan jadikan kesibukkan kerja sebagai alasan menghantar anak anda ke sekolah dengan keadaan lapar. Sebaliknya ambil masa dan galakkan mereka mengambil sarapan sihat sebagai bekalan tenaga untuk mereka menjalani aktiviti di sekolah. Elakkan pengambilan makanan berat seperti nasi lemak yang akan menyebabkan anak anda mengantuk. 

Dengan langkah-langkah di atas anda secara tidak lansung membantu anak anda cemerlang di dalam pelajaran mereka di samping menyediakan mereka untuk bersaing dengan dunia luar. Ambillah langkah secara bijak ketika mendidik supaya anak anda tidak terasa tertekan, memberontak dan membenci anda. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...