Belian Online

Untuk Belian secara online Email order anda ke memoplusgoldmalaysia@gmail.com atau call 03-62752020...

"Like" Page Memo Plus Gold di Facebook!!

Monday, March 18, 2013

Kerana Mulut Badan Binasa

sumber : Sinarharian 

Mendidik anak bukan suatu perkara yang mudah terutama di zaman siber ini. Kadang kala anak kita lebih pandai berkata-kata dan menjawab setiap perkataan yang kita utarkan. Sering kali pertelingkahan menyusul dan kemungkinan perkataan yang tidak baik akan keluar dari mulut ibubapa. 

Keadaan ini menyebabkan perhubungan antara ibubapa dan anak menjadi hambar. Ini juga bakal menyukarkan proses mendidik anak anda kerana kurangnya rasa hormat di dalam diri mereka. Oleh itu ibubapa seharusnya melatih diri dalam menjadi lebih matang dan lebih berilmu. Bukan hanya anak anda perlu belajar cara-cara menghormati anda, malahan anda juga perlu belajar cara menghormati mereka. 

Terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan. Sebagai contoh

1) Pinjamkan telinga anda - daripada asyik anda sahaja yang berkata-kata, apa kata jadikan diri anda sebagai pendengar. Kadangkala anak anda memerlukan tempat untuk meluahkan perasaan. Mereka perlu didengari dan pendapat mereka harus di ambil kira.

2) Jangan asyik menuduh - kepercayaan satu sifat yang amat penting bagi anak anda. Orang pertama yang mereka percaya selepas dilahirkan adalah anda. Jadi, jangan sia-siakan kepercayaan mereka. Jika mereka membuat sebarang kesalahan hukum mereka secara adil dan nyatakan kenapa anda bertindak menghukum mereka. 

3) Gunakan perkataan yang sopan walaupun marah - ibubapa seharusnya bertindak lebih matang berbanding anak anda. Jangan keluarkan kata-kata kesat ketika memarahi mereka dan elakkan dari membandingkan mereka dengan adik-beradik yang lain atau orang luar. Ini mampu membuatkan mereka merasa tidak di perlukan atau di sayangi. 


Ibubapa perlu sentiasa berusaha memahami kehendak anak dan menyediakan perkara yang bersesuaian untuk mereka. Disiplin dan tidak terlalu memanjakan anak anda sedari kecil juga banyak membantu proses didikan anak apabila mereka dewasa. 

Ingatlah "Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa". Jangan kerana mulut anda hubungan antara keluarga tegang dan berantakkan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...