Belian Online
"Like" Page Memo Plus Gold di Facebook!!
Monday, October 11, 2010
Tuesday, September 7, 2010
Makanlah Berpada - Pada di Hari Raya
Monday, September 6, 2010
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Kami warga kerja Oze Marketing mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya yang Mulia ini. Semoga anda merayakannya dengan penuh kegembiraan..
Wednesday, August 18, 2010
Amaran Awal bagi Anda Tentang Kesihatan!!!
Kehidupan seharian semakin terancam kerana kita terdedah kpd byk toksin melalui pencemaran dan lain – lain sumber, yang mengakibatkan masalah kesihatan dan penyakit.
Walaupun setiap hari badan kita secara automatic menyahtoksin melalui hati, paru – paru, kulit, buang air kecil dan besar, banyak toksin terdapat di dalam lemak badan, tisu badan dan juga organ kerana cara kita hidup. Kalau anda memulakan program menyahtoksin dengan Cogent db serta terapi air, ia mampu membantu badan anda rasa lebih kuat dan sihat.
Sistem penghadaman adalah organ paling penting dalam proses nyahtoksin selain dr Kolon, hati, paru – paru, kulit dan sebagainya. Bila system penghadaman di bersihkan, badan kita dapat memproses makanan dengan lebih cepat untuk ditukarkan kepada tenaga dan proses pembuangan toksin jadi lebih cepat juga.
Di bawah adalah keadaan yang akan anda alami jika anda banyak toksin di dalam badan.
- Rasa letih
- Makanan rasa tak hadam
- Sembelit yang teruk
- Berat badan berlebihan
- Lebih kerap Selsema dan Demam
- Tidak dapat mengawal Stress
- Selalu Sakit Kepala
- Imsonia ( susah tidur ) atau tidur lebih lama dari orang lain
- Sakit sendi
- Mood selalu berubah
- Murung
- Kurang kepuasan seksual
Di bawah pula menunjukkan masalah kesihatan yang bakal berlaku akibat tak menyahtoksin. Ini merupakan panduan kepada anda bila badan anda perlu di nyahtoksinkan..
a) Sistem Penghadaman – tak lancar, pedih ulu hati, nafas berbau, sembelit, kembung perut, masalah buasir
b) Masalah kulit berlaku seperti ruam, jerawat, gatal – gatal kulit, kulit kering, bawah mata hitam, mata bengkak dan kulit berminyak.
c) Bagi imun system anda, lebih kerap penyakit biasa seperti demam dan selsema menyerang. Anda mungkin akan mendapat alergi, keletihan melampau ataupun kanser.
d) Sakit di sendi – sendi badan, leher dan belakang sakit juga merupakan simptom badan anda terdapat banyak toksin berkumpul.
e) Anda juga mungkin akan merasa sakit atau bengkak pada limpa apabila ia tidak dapat bekerja dengan baik.
f) Untuk masalah endokrin yang bertoksik tinggi, anda akan menghadapi peluh yang tak berhenti, peluh sejuk waktu malam, diabetis, berat badan berlebihan atau kurang berat badan dan keinginan untuk makan yang tinggi.
g) Selain itu, anda akan mudah rasa pening, kencing bewarna gelap, mendapat batu karang , haid tak teratur dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.
h) Jika anda selalu batuk atau bersin, ia juga mungkin menunjukkan and amempunyai masalah pernafasan akibat saluran udara bertoksin.
i) Last sekali, anda akan mempunyai tekanan darah tinggi, kolestrol dan sakit jantung akibat sistem saluran darah anda penuh toksin.
Jadi apabila anda melihat simptom – simptom ini berlaku terhadap anda atau orang di sekeliling anda, makanlah Memo Plus Gold dan Cogent db dengan segera. Persediaan herba ini dapat membantu anda menyahtoksin badan dan kekal sihat serta awet muda. Dan yang paling utama ialah 100% herba semulajadi dan mampu dimiliki.
Tak perlu lagi nak beli Colon Cleanser yang mahal, minum air pegaga yang pahit untuk mencuci darah ataupun makan Viagra untuk prestasi seksual yang unggul.
Hanya makan dan amalkan Memo Plus Gold serta Cogent db sudah mencukupi..
Dan sempena bulan puasa ini amalkan lah terapi air bagi membantu badan anda lebih cergas, segar, awet muda dan cantik.
Testimoni dari pengguna kami Pn Zahara yang menggunakan produk - produk Oze untuk kehidupan seharian beliau sekeluarga..
Friday, August 13, 2010
Testimoni Memo Plus Gold
Adik Nur Athirah berjaya memperolehi 5A di dalam UPSR dan berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama yang terkenal Dang Anum manakala abangnya Mohammad Ahmad mendapat 8A di dalam PMR dan melayakkan ke Sekolah Sains berasrama. Bayangkan betapa bangganya Pn Alina atas kejayaan kedua anaknya.
Selain itu, penyakit Migrain dan Tonsil anaknya dapat di rawat tanpa perlu di bedah..


Lihat sendiri TESTIMONI - TESTIMONI ini di bawah..
Thursday, August 12, 2010
EaziFlex Kini di PAsaran !!!
TERPAKSA SEMBAHYANG DUDUK KETIKA TARAWIKH ?
IBU @ BAPA ANDA MENGHIDAPI SAKIT SENDI YG TERUK ?
SENDI!!!
Tuesday, August 10, 2010
Puasa Secara Sihat
Puasa secara sihat oleh Hafizah Iszahanid
2010/08/08 - Berita Minggu
BEBERAPA hari saja lagi, umat Islam akan memulakan ibadat puasa. Selain memenuhi tuntutan agama, berpuasa juga ada manfaatnya dari segi kesihatan.
Malah, banyak kajian mendapati berpuasa adalah rawatan efektif dan kaedah melegakan masalah berkaitan sistem pencernaan seperti radang pada kolon dan hati selain cara terbaik untuk menangani masalah obesiti, lelah dan tekanan darah tinggi. Bagaimanapun, faedah berpuasa dari sudut kesihatan ini pasti tidak menjadi jika anda menahan diri daripada makan dan minum pada siang hari tetapi mengambil terlalu banyak makanan sewaktu berbuka puasa. Selain bertentangan dengan semangat bulan Ramadan itu sendiri, pengambilan terlalu banyak makanan dan minuman boleh menyebabkan ia ‘beku’ dalam sistem pencernaan anda.
Pegawai perubatan sebuah hospital di Abu Dhabi, Dr Humaira Naser, berkata, apa yang penting, individu perlu meminum sekurang-kurangnya empat liter air atau bersamaan 15 gelas air setiap hari.
“Bagi mereka yang tidak menghidap masalah tekanan darah tinggi boleh mencampurkan sedikit garam ke dalam air. Pada masa sama, elak makan terlalu banyak makanan pedas kerana menyebabkan anda minum terlalu banyak air dan seterusnya berasa amat letih.
“Selain itu, perlu diingatkan, jangan mengelak sahur kerana ia adalah makanan asas diperlukan tubuh bagi meneruskan puasa sepanjang hari,” katanya.
Bagi yang berhadapan masalah berat badan, berpuasa adalah cara terbaik untuk menangani masalah itu. Namun tidak dinafikan ada juga sebilangan orang yang tidak berjaya menurunkan berat badan, walaupun sempurna sebulan berpuasa. Asasnya mudah, pastikan keseimbangan dalam pengambilan dan pembakaran kalori anda.
Menurutnya, ketika iftar, mulakan dengan makanan yang ringan. Kurma, jus atau sup mungkin boleh dijadikan permulaan hidangan makanan berbuka. Meminum air ketika berbuka juga selari keperluan tubuh yang memerlukan glukos sebagai sumber tenaga terutama otak.
“Simpan makanan yang berat selepas solat maghrib atau bagi sesetengah orang selepas solat sunat tarawih," katanya.
INFO
Panduan makan ketika Ramadan:
Friday, July 30, 2010
Friday, June 4, 2010
Seminar Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan

Call 03-6275 2020 @ Pn Lina di 019-260 7660 sekarang juga..
Tuesday, April 20, 2010
Arthritis

Bagi yang berumur awal 40-an masa inilah anda kena berwaspada kerana Arthritis ni mula nak bertindak terutamanya wanita kerana nisbah 3 wanita berbanding seorang lelaki menghidapi Arthritis. Bagi lelaki pula anda akan lebih cenderung untuk kena gout. Kenapa , mengapa, bagaimana jgnlah ditanya kerana saya pun kurang pengetahuannya.. yang mana pengetahuan saya ada di tahap itulah saya akan berkongsi cerita. Arthritis ni boleh terjadi di semua sendi yg terdapat di badan kita dan kerana itulah bahasa pasar dia ni sakit sendi.
Arthritis boleh melumpuhkan dan mengakibatkan kerosakan yang nampak jelas secara fizikal dan kesakitan dalaman yg terpaksa di deritai pesakit. Kadangkala sampai berjalan pun rasa nak menangis akibat kesakitan yg teramat sangat. Tetapi masalahnya ramai yg tidak di dedahkan awal-awal lagi dengan punca serta pantang larang yg betul dalam menanganinya.
Osteoarthritis adalah yang paling biasa di hidapi oleh kebanyakkan pesakit arthritis. Selalunya ia akan memberi kesan kepada sendi yang lebih besar seperti lutut, pinggang dan belakang badan. Dan semua ini jika anda perasan merupakan fizikal di bahagian bawah badan kita yang manakesannya didapati akibat makan banyak dan tak bersenam serta hormone selepas kahwin yang banyak menjadikan wanita dah berkahwin jadi gemuk. Kena osteo ni macam kena protest dengan badan kita sendiri la…kaki tak larat nak bawak badan, pinggang tak dapat nak tahan perut dan sebagainya. Osteo ni lebih kepada wear and tear pada tulang rawan kita dimana semakin meningkat usia semakin lemah fungsi tulang kita.
Rheumatoid Arthritis berlaku apabila terdapat kekacauan @ gangguan dari imun sistem kita yang menyerang tisu badan. Bukan setakat di sendi saja tetapi lain – lain fungsi badan turut berada di dalam bahaya. Ia memberi kesan kepada sendi-sendi kecil macam jari, siku, pergelangan tangan dan lutut dengan menghakis tulang dan menyebabkan struktur fizikal menjadi cacat seperti jari menjadi bengkok. Rheumatoid ini antara arthritis yang paling bahaya dan berdoalah anda tak kena kerana selain kesakitan yang amat sangat ia juga mampu membawa maut.
Jadi kenapakah arthritis ni menyerang anda ?
Bersenam tak.. makan main balun je.. apa lagi .. berat badan setiap tahun lepas kahwin bertambah 2 kilo.. 10 tahun kahwin dulu masa single berat 50 kg..sekarang tambah da 20 kg dah jadi 70 kg.. orang tua-tua kata makin bahagia la tu.. dulu makan sorang tak lalu..
Lagi apa masalahnya ..
Makanan yg dimakan tu pulak tak sihat dimakan.. berpurin tinggi serta mengandungi bahan kimia. 20 thn lalu memang tak nampak kesan tapi kalau dah hari - hari makan benda yg tak elok, lama-lama terkumpul dalam badan akibatnya sekarang dah dapat sakit lutut, dah dapat diabetis dah lupa sebelum keluar rumah tadi dah tutup kipas ke belum..
Jadi bila diri kita sendiri sakit, hanya kita saja yang tahu cara merawatnya dan mengurangkan tahap kesakitan yang dialami. Eksperimen dengan diri anda sendiri. Bukan sahaja dengan ubat malahan dengan permakanan anda. Jika anda rasa sakit selepas makan sesuatu anda tahu bahawa benda itu harus di tinggalkan.
Permakanan
Pesakit Arthritis perlu mengelak makan daging merah dan mungkin juga produk berasaskan tenusu yang menghasilkan protin yang tinggi. Memang badan kita perlukan protin ni tetapi berlebihan ia akan menyebabkan terjadinya asid urik yang berlebihan. Dalam keadaan normal asid urik ini akan dikeluarkan melalui air kencing @ apabila kita sahut nature calls tetapi lebihan akan berkumpul dan menyebabkan terjadinya arthritis.
Tahukah anda Susu juga perlu dipilih sebaik mungkin. Sekarang ni memang terdapat pelbagai jenis susu di pasaran. Saya sendiri lebih sukakan susu Full Cream berbanding Low Fat Milk ( susu rendah lemak) dan saya nasihatkan anda elakkan mengambil susu yang tertulis untuk tulang, HL dan sebagainya. Jika nak khasiat ambil Full Cream kerana ia lebih kurang sama dengan susu yang segar. Anda perlu bijak dan juga berfikir secara rasional. Tak semua lemak adalah tak baik dan pernah tak anda lihat orang jadi gemuk sebab minum susu. Fikirlah sendiri..
Elakkan makanan yang diproses. Jangan salah faham ye. Bila kita katakan makanan yang diproses bukan setakat yang dalam tin tu saja malahan bahan runcit harian seperti gula, tepung, roti, garam dan sebagainya. Barang seperti gula dan tepung ni telah diproses dan menjadikannya tidak sihat untuk jangka masa panjang. Buat pengetahuan anda gula perang lebih berkhasiat dan tepung sepatutnya bewarna kekuningan sebelum ianya di bleach menjadi putih. Jadi bukan setakat makanan yang diproses tetapi sayur-sayuran juga perlu di makan berhati – hati. Kadangkala saya sendiri rasa lebih baik tak makan dari makan. Buat apa nak menambahkan toksik dalam badan
Kekacang seperti kacang buncis, soya dan sebagainya. Tapi ada pesakit yang boleh makan tanpa sebarang kesakitan. Jadi eksperimenkan diri anda.
Makanan bercengkerang ni memang no-no. Ketam dan udang terutamanya. Ia akan meningkatklan asid urik di dalam badan serta menambahkan kesakitan yang sedang anda alami.
Elakkan juga sayuran yang sejuk seperti tomato, kentang, terung dan sebagainya.
Penjagaan
Dapatkan Vitamin D untuk pembentukan tulang yang sihat dengan berjemur pada waktu pagi antara terbit matahari sehingga pukul 10pagi sahaja. Lebih dari itu anda merisikokan diri anda untuk kanser. Jadi menyelamlah sambil minum air. Bersenam di waktu pagi akan menambahkan kesihatan anda secara fizikal dan mental.
Selain itu anda boleh kembali ke alam semulajadi dengan mengambil EaziFlex @ formerly known as Arthrid untuk membantu merawat sendi anda.
Kegunaan arthrid ini adalah bagi menghalang serta merawat anak bini kroni arthritis dari menghancurkan kehidupan anda. Dia akan merawat gout bagi kebanyakkan lelaki , Osteoarthritis, Rheumatoid Arthritis serta lain-lain ahli keluarganya yg terdekat.
Dengan herba Boswellia Serrata yang telah digunakan oleh sistem Ayurveda selama beribu tahun untuk mereka mendapat sendi yg sihat dan kuat. Fungsi utama dia selain merawat tadi, dia juga menggalakkan peredaran darah ke sendi-sendi. Jadi bengkak dapat dikurangkan dan tulang rawan dapat dipulihkan sedikit demi sedikit. Piper longum membantu Boswellia tadi supaya dapat diserap dengan lebih cepat oleh badan. Jadi bila dah mengamalkan Eaziflex pantangkan permakanan seperti yang saya sebutkan di atas. Eksperimenkan apa yang boleh di makan serta apa yang tidak.
Jadi bertindak secara bijak , makan secara bijak. Ambillah EaziFlex untuk melegakan kesakitan anda..
Tuesday, April 13, 2010
Detox / Nyahtoksin dengan Cogent db+
Nyahtoksin atau detoxification dalam bahasa Inggeris merupakan cara membuang toksin berlebihan di dalam badan. Pada masa ini, alam persekitaran kita penuh dengan toksik malahan tidak terkecuali makanan yang dimakan, air yang diminum serta udara yang kita sedut juga dicemari oleh bahan kimia asing. Oleh itu, kebanyakkan orang menjalani penyahtoksinan untuk memastikan kehidupan serta kesihatan tidak terganggu. Walaupun nyahtoksin yang asas bermula dengan pengawalan makanan, program nyahtoksin juga termasuk dalam pembersihan sistem perkhumuhan serta organ lain badan seperti hati, buah pinggang, paru-paru, darah serta usus.
Kenapa organ-organ ini penting dalam nyahtoksin/ detox?
Nyahtoksin untuk badan merujuk kepada pembersihan usus, buah pinggang, paru-paru , hati serta darah kerana organ-organ inilah yang terlibat secara lansung dalam mengeluarkan bahan kimia serta toksin berlebihan di dalam badan. Hati bertindak sebagai penapis bahan asing serta berbahaya yang terdapat di dalam darah. Buah pinggang menapis bahan asing berbahaya di dalam darah tadi dan mengeluarkan dalam bentuk air kencing manakala paru-paru melepaskan gas berbahaya semasa bernafas.
Walaupun tahap bahaya toksik berbeza, ia adalah tanggungjawab hati untuk mengurangkan toksin kepada bahan pembuangan yang boleh dikawal serta kurang berbahaya untuk di keluarkan dari badan melalui buah pinggang ( air kencing) , kulit ( peluh), paru-paru ( pernafasan) dan usus ( pembuangan sisa badan). Untuk sihat, kita perlu memastikan semua organ ini berfungsi dengan baik.
Sesetengah program detox / nyahtoksin hanya tertumpu kepada satu-satu organ seperti untuk usus / colon dan sebagainya. Cogent db+ merupakan gabungan herba terbaik yang dapat membantu menyahtoksin badan anda secara keseluruhan. Contohnya herba seperti Neem / Daun Mambu membantu membersihkan darah dari toksin manakala Buah Cermai
Nyahtoksin / detox mungkin menyebabkan anda sakit kepala, pening , letih atau muntah kerana toksin dibebaskan dari badan. Jika ini berlaku, teruskan proses nyahtoksin dengan kadar lebih perlahan kerana nyahtoksin amat penting supaya kesihatan di tahap optimum. Apabila proses nyahtoksin tamat anda akan merasa bebas, segar, nampak muda serta mempunyai kulit yang cantik. Ramai orang tidak tahu bagaimana rasa hidup sihat. Mereka hidup dengan banyak toksin yang terpendam di dalam badan dan kesihatan yang semakin merosot menjelang usia senja.
Pastikan anda sihat dengan mengamalkan program nyahtoksin dengan Cogent db+. Herba lengkap yang membantu kualiti hidup anda di tahap maksimum..
Friday, April 2, 2010
Testimoni Memo Plus Gold Pn Bakhipah

Nama : Pn.Bakhipah Bt Abd Ghani
Tempat : Felda Lepar Hilir Satu, Gambang, Kuantan
Puan Bakhipah adalah seorang guru Agama berusia 57 tahun dan menghidap penyakit stress yang kronik. Beliau mengalami simptom kemurungan, kelesuan dan kecelaruan fikiran dan terpaksa bercuti sakit selama lebih 6 bulan. Rawatan doktor pakar menunjukkan beliau mengalami sindrom kematian sel-sel dalam tubuh. Selepas hanya sebulan mengamalkan Memo Plus Gold, kesihatan Puan Bakhipah telah pulih hampir sepenuhnya dan beliau kini kembali bertugas.
"Saya rasa sangat cergas dan tidak boleh berhenti melakukan kerja. Saya sudah boleh melakukan aktiviti menjahit pakaian berjam-jam tanpa henti. Saya rasa sangat gembira dengan perubahan diri setelah pengambilan Memo Plus Gold. Terima kasih Oze Marketing yang memperkenalkannya kepada saya”, kata beliau.
Nota : Testimoni ini di ambil ketika Seminar Kesihatah di Hotel Sri Malaysia, Kuantan, Pahang.
Testimoni Memo Plus Gold Adik Noraini

Nama : Noraini Bt Ismail
Monday, February 22, 2010
Gingko tidak melambatkan kelemahan fungsi otak
Walaupun penjualan herba ini antara yang terlaris bagi meningkatkan ingatan dan melambatkan proses kelemahan otak mengikut usia, pengkaji telah menulis dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika bahawa ia tidak memberi kesan terhadap orang yang normal ataupun orang yang menghadapi sedikit masalah di otak. Kajian di lakukan terhadap 3069 orang berumur 72 tahun keatas selama 6 tahun.
Ikuti sedutan berita dari laman Memo Plus Gold kami.
Wednesday, February 17, 2010
Doktor Menggalakkan Penggunaan Perubatan Tradisional Ayurveda
Rencana yang dikeluarkan di India ini di suratkhabar bernama Deccan Chronicle merevolusikan pemikiran para pengguna apabila doktor sendiri mengakui bahawa bahan semulajadi yang terdapat di sekeliling kita berfungsi sebagai ubat yang terbaik.
Bayangkan anda menggunakan ubat yang murah dan tanpa kesan sampingan. Bahan semulajadi seperti Madu dikatakan sebagai antibiotic paling selamat untuk digunakan manakala Indian Gooseberry( buah cermai India) yang terdapat di dalam Cogent db+ dikatakan sebagai booster imun sistem yang terbaik. Daun Mambu/Neem ( juga ada dalam Cogent db+ ) pula dikatakan mampu mengalahkan mana-mana antiseptik kimia dalam menolong menyembuhkan luka. Dan kesemua ini merupakan cadangan dari pengamal perubatan moden yang senior ataupun sudah lama bergelumang dengan ubat moden @ allopatik.
Mengikut Dr Ravindra D.Bapat ; pakar pembedahan gastrik dan juga Naib Pengerusi Mahatma Gandhi Mission University of Health Science di Mumbai ;"Perubatan moden mempunyai terlalu banyak lubang kecil contohnya, ia merawat pesakit tanpa mengambil kira bahawa setiap individu itu berbeza. Ia hanya berfungsi secara tangkap muat dimana sejenis ubat digunakan untuk semua tanpa mengira jenis tubuh."
Menurutnya lagi, " Allopatik @ perubatan moden semakin berbahaya kerana kesan sampingan yang sentiasa muncul. Juga terlalu banyak bergantung kepada teknologi yang mahal untuk diagnos pesakit dan penyakit yang mana virus @ penyakit ini telah menjadi imun kepada antibiotik kimia yang diberikan menyebabkan kadar kematian lebih tinggi lagi.
Manakala menurut pendapat Dr B.M Hedge cardiologist veteren, " Cuba anda fikir kenapa peningkatan ketara sebanyak 57% orang Britain menolak perubatan moden/ allopatik dan bertukar kepada perubatan alternatif/tradisional walaupun diberi perkhidmatan kesihatan percuma oleh Kerajaan Britain sendiri".
Tuesday, January 26, 2010
Bagaimana Memo Plus Gold Membantu pesakit Strok @ Kemalangan

Adik beliau terlibat dengan kemalangan motosikal dengan lori pada tahun 2006 di Taman Sentosa, Klang dan mengalami kecederaan pada otak sebelah kiri. Badan sebelah kanan tidak boleh bergerak dan hilang ingatan.
Terlantar di Hospital Klang selama 2 tahun. Puas berubat dan pergi berurut tetapi masih tidak dapat berjalan sendiri. Adik beliau perlu memegang dinding dan jika cuba berjalan sendiri akan jatuh semula selepas 3 @ 4 langkah.
Setelah pengambilan Memo Plus Gold selama 3 bulan keadaannya mula berubah. Adik beliau sudah boleh berjalan dari hadapan hingga ke belakang tanpa sebarang bantuan walaupun masih dalam keadaan cacat. Tahap ingatan adik beliau juga semakin pulih. Paling mengejutkan ibu beliau pula adalah apabila adik beliau ingat bagaimana menaiki motosikal walaupun terjatuh di simpang akibat tidak dapat mengawal berat badannya lagi. Sehingga kini keluarganya masih memberi adik beliau makan Memo Plus Gold dan berharap keadaan adik beliau akan kembali normal.
Surat dari En Ali bin Baba, Pengedar Kawasan Pandamaran Klang ( T: 016 - 289 1969)
Kesimpulannya..
Malahan alam semulajadi memastikan kita hidup dengan lebih baik.
Apabila pesakit yang mengalami masalah pada otak(strok atau hilang ingatan akibat kemalangan) mereka, kemungkinan besar neuron-neuron telah menjadi lemah, tidak aktif atau mati. Apabila ia berlaku fungsi otak sekaligus fungsi fizikal tubuh akan menurun. Terutamanya dalam kejadian kemalangan atau strok apabila sebilangan besar neuron mati dalam masa yang sama dan menyebabkan tubuh berhenti berfungsi secara normal.
Setiap neuron adalah proses penyampaian maklumat kepada otak kita untuk melakukan sesuatu. Bayangkan apabila maklumat itu hilang atau rosak, otak kita tidak akan melaksanakan perkara tersebut kerana maklumat tak diterima.
Contohnya, neuron kita sepatutnya menyampaikan maklumat kepada otak kita untuk menggerakkan kaki tetapi maklumat itu hilang. Jadi, kaki tak akan dapat digerakkan.
Jadi, neuron yang aktif amat penting bagi mendapat badan yang sihat dan otak yang cergas.
Apabila pesakit atau pengguna mengamalkan Memo Plus Gold ( BESEB - Bacopa Monniera dr CDRI) , selepas 3 bulan mereka akan dapat melihat kesan yang ketara dalam kecergasan serta kesihatan mereka. Sebagai tonik terbaik untuk otak, Memo Plus Gold memastikan neuron-neuron berada dalam keadaan aktif dan berupaya menyampaikan maklumat kepada otak. Apabila semua neuron bekerja maka, setiap fungsi otak dapat dimaksimumkan seperti ingatan, tumpuan, kecergasan fizikal dan kemampuan untuk bertindak lebih baik dari orang yang tidak mengamalkan Memo Plus Gold.
Proses penyembuhan memang memakan masa tetapi bayangkan hasilnya kepada kegembiraan anda sekeluarga. Bukan sahaja berkesan dalam menangani strok, hilang ingatan akibat kemalangan, darah tinggi, haid tak teratur, ADHD, AAMI malahan ia berguna bagi pelajar-pelajar dalam membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Bayangkan apa yang mampu dilakukan kepada pelajar-pelajar setelah membaca testimoni tentang pesakit kemalangan yang hilang ingatan itu tadi.
Dengan hanya Rm50 sebulan sekotak dan jaminan tanpa kesan sampingan kerana ianya 100% semulajadi, apa yang masih anda tunggu..Jadikan kecemerlangan dan kesihatan anda satu dorongan bagi penggunaan Memo Plus Gold yang diiktiraf antarabangsa ini..