Belian Online

Untuk Belian secara online Email order anda ke memoplusgoldmalaysia@gmail.com atau call 03-62752020...

"Like" Page Memo Plus Gold di Facebook!!

Wednesday, February 6, 2013

Cendekiawan Islam Tersohor - Part 1

Mungkin ramai antara kita masih mengingati zaman persekolahan kita di mana kita mempelajari sejarah tentang tokoh-tokoh ilmuan Islam. Bagi saya ia memang amat menarik dan wajar di ketahui supaya kita berasa bangga dengan kemajuan dan pencapaian cendekiawan Islam. Bukan sahaja mereka mengikuti lunas dan ajaran Al-Quran dalam menimba ilmu malahan mereka juga hidup di zaman yang serba kekurangan. 
Ilmu yang dicari dengan susah payahnya amatlah di hargai dan di pelihara.

Berikut antara tokoh-tokoh yang menempa nama di dalam bidang yang mereka ceburi.


Al-Farabi – Ahli Sufi & Ilmuwan

Al-Farabi tidak seperti beberapa tokoh atau sarjana muslim yang lain, ini kerana beliau tidak menulis mengenai riwayat hidupnya sendiri berbanding dengan tokoh yang lain yang membuat biografi tentang kehidupan mereka. Keduanya Al-Farabi dikatakan memiliki atau mempunyai daya akal yang tinggi sejak dari kecil lagi, ini kerana dalam usia muda lagi beliau telah belajar dan mampu belajar berbagai-bagai ilmu.

- Menguasai pelbagai bidang dalam ilmu keagamaan, antaranya ilmu Nahu, Tafsir, Hadis, Fiqh, dan sebagainya, selain itu beliau juga mahir dalam pelbagai cabang-cabang falsafah, ilmu lingkungan, ilmu militer dan ilmu muzik, walaupun Al-Farabi mahir dalam pelbagai bidang tetapi beliau lebih tertarik ataupun lebih memberikan perhatiannya pada bidang falsafah dan logik.

- Menguasai beberapa bahasa asing, antaranya bahasa Syria, Arab dan Greek. 

Al-Farabi juga lebih dikenali sebagai guru kedua, beliau dikenali sebegitu selepas Aristotle sebagai guru pertama, ini kerana beliau sentiasa mengkaji buku-buku yang dihasilkan oleh Aristotle, mahupun mengkaji mengenai diri Aristotle. Al-Farabi dikatakan mempunyai ramai guru-guru, tetapi yang utama ataupun yang lebih diberikan perhatian dan masyhur ialah Ibn Hailan dan Matta ibn Yunus, kedua-dua guru beliau ini mahir di dalam bidang logik dan falsafah.

Al-Battani – Ahli Astronomi

Al-Battani mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri Jabir Ibn San’an yang juga merupakan seorang Saintis yang terkenal ketika di zamannya.

Al-Battani merupakan seorang Astronomi yang terkenal serta seorang yang mahir dalam bidang Matematik. Beliau merupakan seorang Ahli Astronomi yang begitu masyhur yang bertanggungjawab meneroka pelbagai penemuan dan kajian dalam bidang Astronomi. 

Beliau telah menggariskan dengan cukup teliti mengenai pusingan tahun dan musim, kadar peredaran matahari dan menggariskan miring buruj di garisan khatulistiwa. Beliau juga mempunyai penyelidikan yang teliti dalam gerhana matahari, bulan dan pergerakanya. Penemuan beliau ini telah menghasilkan kiraan kadar pengiraan pusingan tahun iaitu 365 hari 5 jam 46 minit dan 24 saat.

- Merupakan orang pertama menggunakan kosain dan garis sendeng dalam segitiga dan sudut juga penggunaan lambang dan trigonometri ke barat.Kebanyakan hasil penemuan dan kajian beliau telah dibukukan dan diterjemah ke dalam pelbagai bahasa. Antaranya termasuklah karya penulisan ilmiah beliau dalam bidang Astronomi dan juga Trigonometri. Buku beliau yang begitu terkenal ialah karya beliau dalam bidang astronomi yang telah diterjemah ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 yang diterbitkan sebagai De Scienta Stellerum-De Numeris Stellerum Et Motibus.

- Karya beliau dalam bidang Astronomi  mempengaruhi dunia ilmuan Barat sehinggalah muncul zaman Renaissance.

- Telah berjaya membetulkan hasil Batlimous dalam bukunya “ Al Zaiju al Sabik”. Bukunya terdiri dari muqaddimah dan 57 bahagian tentang cara-cara pengiraan, sifat buruj, kadar miring, bintang dan permasalahan nya, berjenis-jenis taqwim, ukuran masa dan tempoh tahunan, alat-alat astronomi dan cara membuatnya. Buku tersebut diterjemah ke dalam Bahasa Latin oleh Aplaton Al Tipoli pada kurun 18 Masihi dan terjemahan ini telah berjaya memberi kesan terhadap perkembangan astronomi di Eropah dan sebagai contoh yang nyata ialah tentang kajian Copernicus terhadap penghasilan beliau.

....akan disambung next post....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...