Belian Online

Untuk Belian secara online Email order anda ke memoplusgoldmalaysia@gmail.com atau call 03-62752020...

"Like" Page Memo Plus Gold di Facebook!!

Thursday, February 21, 2013

Sakit Sendi @ Arthritis


Sakit dan bengkak pada sendi biasanya berlaku kepada warga emas tetapi oleh kerana faktor permakanan ramai antara yang berusia di dalam lingkungan 30-an atau 40-an mengalami masalah yang sama. Terdapat pelbagai jenis sakit sendi dan setiap satunya mengundang kesakitan serta ketidakselesaan kepada penghidapnya. 

Sakit sendi boleh melumpuhkan pergerakan dan paling menakutkan kesakitan berpanjangan. Biasanya sakit sendi lebih kerap dihidapi oleh kaum wanita kerana daya tahanan badan yang bercelaru di mana tubuh badan sendiri menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri. Ia juga menyebabkan kekejangan pada waktu pagi dan mengambil masa yang lama untuk reda. 

Pesakit sendi/arthritis haruslah peka terhadap penyakit yang mereka hidapi demi mengelakkan dari menjadikan kesakitan mereka bertambah teruk. Permakanan, berat badan dan perlindungan ke atas sendi harus diambil kira supaya penyakit tidak melarat atau semakin teruk.

Antara perkara yang penting seperti

Makan makanan yang seimbang
Amat penting untuk mempunyai berat badan yang unggul dan mempunyai cukup zat. Elakkan dari makan makanan yang kaya dengan purin contohnya makanan laut, daging jika anda mengidap gout. Jauhi dari sayur-sayuran bersifat sejuk dan elakkan jeruk, kekacang dan makanan yang diproses atau bermalam.

Kurangkan berat badan
Berat yang semakin meningkat akan menyebabkan tekanan kepada sendi yang sedia sakit. Oleh itu kawal berat dan lakukan senaman ringan setiap hari bagi menggerakkan sendi badan.Pastikan postur anda juga betul bagi mengurangkan tekanan pada lutut. Ambil berat jika terasa kesakitan ketika berjalan dan rehat seketika bagi mengurangkan bebanan.

Kerap bersenam
Sakit bukan alasan untuk tidak menggerakkan sendi terbabit. Sebaliknya lakukan senaman ringan bagi membantu melancarkan pengaliran darah, memastikan tulang dan otot kita kuat. Ia juga membantu pergerakan sendi. Seimbangkan rehat dan senaman dan elakkan dari menggagahkan diri untuk bersenam jika anda megalami kesakitan. 

Sakit sendi mampu dirawat dan Eaziflex merupakan salah satu alternatif yang bersifat herba. Tidak perlu khuatir akan kesan sampingan kerana produk ini 100% herba dan dijamin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dua jenis herba yang terkandung mampu melegakan bengkak dan membaik pulih sendi yang haus akibat kehilangan gel. Hanya beharga RM 99 ( 120 kapsul) untuk sebulan, ia mampu diamalkan oleh setiap pesakit di Malaysia. 

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 03-6275 2020

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...