Belian Online

Untuk Belian secara online Email order anda ke memoplusgoldmalaysia@gmail.com atau call 03-62752020...

"Like" Page Memo Plus Gold di Facebook!!

Monday, February 4, 2013

Ubah Sikap Melalui Motivasi

" Semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda, esok impian yang nyata dan hari ini penentu siapa kita "
                                                                                                                                     Dr Tengku Asmadi 



Motivasi adalah salah satu penentu kejayaan. Di sekolah, Universiti dan pusat pengajian sentiasa mengadakan sesi motivasi bersama penceramah- penceramah berwibawa bagi menekankan aspek cita-cita dan juga nilai murni kehidupan. 

Bagi ibu bapa, kadang kala mempunyai anak yang nakal atau hiperaktif memberi tekanan kepada anda. Jadi penuhkan ilmu di dada dalam menangani krisis anak anda melalui motivasi. Jangan berputus asa dalam membimbing anak yang nakal dan menunjukkan kepada mereka jalan yang betul. Ibubapa yang membiarkan anak mereka terus hanyut hanya akan menyesal kemudian hari apabila anak-anak itu melakukan kesalahan berat atau menjadi sampah masyarakat.

Kesimpulannya.. motivasikan diri anda supaya anda boleh memotivasikan anak-anak anda juga..

Cara-cara berkesan dalam memotivasikan diri anda atau anak anda adalah seperti berikut..pilih mana-mana sahaja yang sesuai dengan diri anda. Dengan motivasi dapatlah dijauhkan sikap berputus asa, lemah dan negatif yang ada pada anda..Selamat mencuba!

  1. Membaca buku motivasi terutamanya biografi orang-orang yang berjaya.
  2. Menulis artikel motivasi.
  3. Mendirikan sembahyang / solat khusus untuk mendapat taufik, keampunan dan petunjuk dari Allah S.W.T.

  4. Berdoa dan memohon kekuatan dan hidayah daripada Allah.

  5. Mencipta satu ritual – misalnya “Jika orang lain boleh, saya pun boleh.”

  6. Mendengar lagu-lagu yang dapat memberi semangat dan inspirasi kepada anda.

  7. Bermain musik kegemaran anda sekiranya anda pandai bermain alat musik - mana tahu dapat pula mencipta suatu musik atau lagu yang hebat!

  8. Menatap gambar-gambar yang dapat memberi inspirasi dan semangat baru kepada anda.
  9. Meditasi.
  10. Tidur sehingga anda benar-benar sihat dan segar semula. Kurang tidur boleh menyebabkan kelesuan dan kebosanan.
  11. Bersenam atau melakukan aktiviti-akitiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu supaya badan dan minda sentiasa sihat cergas dan cerdas.

  12. Bertekad untuk menyiapkan semua kerja anda yang tertunggak / menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan penuh kesungguhan sehingga selesai!

  13. Membuat atau kaji semula perancangan kerja atau hidup anda.

  14. Menyusunatur pejabat / rumah / fail, kemas rumah dsb.

  15. Berjumpa dengan kaunselor untuk mendapat khidmat nasihat.

  16. Berjumpa dengan kawan-kawan yang positif untuk mendapat pandangan atau nasihat.

  17. Keluar makan dengan keluarga atau dengan kawan-kawan rapat.
  18. Beriadah - bersiar-siar bersama ahli keluarga -  tempat yang baik untuk melakukan ini ialah bersiar-siar di Mall yang besar dengan berjalan agak laju sedikit.

  19. Menghadiri seminar motivasi.

  20. Mengadakan kenduri doa selamat
Sumber / Credit : Taidin Suhaimin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...