Belian Online

Untuk Belian secara online Email order anda ke memoplusgoldmalaysia@gmail.com atau call 03-62752020...

"Like" Page Memo Plus Gold di Facebook!!

Monday, February 18, 2013

Tabiat Pembelajaran Yang Efektif


Dewasa ini terdapat pelbagai teknologi yang di gunakan oleh kita dan keluarga. Ramai pelajar yang kini mempunyai "smart phone" untuk melayari internet dan menggunakan aplikasi permainan maya. Oleh itu perhatian mereka semakin terbahagi di antara perkara yang menyeronokkan ini atau melakukan kerja rumah yang membosankan. 

Seringkali oleh kerana terpaksa akibat kerja yang perlu di hantar mereka memilih untuk melakukan kedua-duanya pada masa yang sama. 

Sebagai contoh, mendengar musik dan juga membuat kerja matematik. 

Oleh yang demikian mutu kerja atau ulangkaji yang dilakukan tidak dapat di masukkan sepenuhnya ke dalam otak mereka mengakibatkan kegagalan di hari ujian atau peperiksaan. Oleh itu pemantauan harus di lakukan terhadap anak anda ketika mereka mengulangkaji atau membuat kerja rumah. 

1. Sediakan ruang belajar 
Jika anda mampu sediakan 1 ruang di mana anak anda boleh belajar tanpa gangguan. Pastikan tiada televisyen atau alatan yang mampu mengganggu kuasa tumpuan mereka terhadap kerja-kerja yang ingin di laksanakan.

2. Berikan had masa 
Lakukan jadual masa untuk mereka setiap hari untuk belajar, mengulangkaji dan membuat kerja sekolah. Pastikan mereka mematuhi had masa terbabit tanpa gangguan.

3. Berikan sokongan
Apa kata jika anda tutup semua televisyen dan menemani anak anda ketika mereka belajar. Ini menunjukkan sokongan anda dan juga memberi semangat kepada mereka untuk lebih berusaha. Ia juga secara tidak lansung memastikan tumpuan mereka 100% terhadap kerja sekolah.

Pendek kata kecemerlangan seorang pelajar banyak bergantung kepada anasir luaran juga dan sebagai ibubapa banyak yang boleh anda lakukan bagi memastikan mereka mempunyai keselesaan untuk belajar dan  juga mewujudkan peluang kepada mereka untuk maju. Jangan biarkan anak anda berjuang sendirian dalam menggapai impian mereka. Bantu dan sentiasa memberi sokongan moral dan fizikal supaya kejayaan yang di kecapi lebih manis buat anda sekeluarga. 

Dan jangan lupa berikan Memo Plus Gold untuk meningkatkan lagi prestasi ingatan, tumpuan serta kecergasan mereka di sekolah dan juga di rumah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...