Belian Online

Untuk Belian secara online Email order anda ke memoplusgoldmalaysia@gmail.com atau call 03-62752020...

"Like" Page Memo Plus Gold di Facebook!!

Friday, February 8, 2013

Cendekiawan Islam Tersohor - Part 2


Ibn Rushd – Ahli Falsafah & Ilmu Fiqh

Nama sebenar Averrose ialah Abu Walid Muhammad bin Rusyd. Beliau lebih dikenali dengan Ibnu Rusyd yang lahir di Kordoba (Spanyol) pada tahun 520 Hijriah (1128 Masehi). Ayah dan datuk Ibnu Rusyd adalah hakim-hakim terkenal pada masa itu.

Ibnu Rusyd adalah seorang genius yang berasal dari Andalusia dengan pengetahuan ensiklopedik. Masa hidupnya sebahagian besarnya diberikan untuk mengabdikan diri sebagai “Kadi” (hakim) dan fisikawan.

Di dunia barat, Ibnu Rusyd dikenali sebagai Averroes dan komentator yang terbesar dalam bidang filsafat Aristoteles yang mempengaruhi filsafat Kristen di abad pertengahan, termasuk pemikir seperti St. Thomas Aquinas. Ramai yang berjumpa Ibnu Rusyd untuk mengkonsultasikan masalah kedoktoran dan masalah hukum.

Karya-karya Ibnu Rusyd meliputi bidang filsafat, kedoktoran dan fikih dalam bentuk karangan, ulasan, essai dan resume. Hampir semua karya-karya Ibnu Rusyd diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan Ibrani (Yahudi) sehingga kemungkinan besar karya-karya aslinya sudah tidak ada.

Al-Jazari – Ahli Mekanik & Robotik


Abū al-’Iz Ibn Ismā’īl ibn al-Razāz al-Jazarī (1136-1206) (bahasa Arab: أَبُو اَلْعِزِ بْنُ إسْماعِيلِ بْنُ الرِّزاز الجزري‎) adalah orang Arab penting dalam ilmu robotik Islam. Al-Jazari dilahirkan di Al-Jazira, Mesopotamia semasa Zaman Kegemilangan Islam. Dia adalah penulis Kitáb fí ma’rifat al-hiyal al-handasiyya (Buku Pengetahuan Ilmu Mekanik) pada tahun 1206, di mana dia menerangkan 50 alat mekanik di samping dengan arahan bagaimana membinanya.

Da Vinci baru merancang pembuatan robot pada 1478, itu pun baru berbentuk design di atas kertas. Sedangkan Al-Jazari, sudah berhasil merancang dan menciptakan aneka bentuk robot pada awal abad ke-13 M. Atas dasar itulah, masyarakat sains modern menggelarnya sebagai ”Bapak Robot”. Peradaban Islam lebih maju tiga abad dalam teknologi robot dibanding Barat.

Mesin robot yang diciptakan Al-Jazari berbentuk sebuah perahu yang terapung di sebuah danau yang ditumpangi empat robot pemain musik. Robot yang terdiri atas dua penabuh drum, seorang peniup harpa, dan pemain suling logam itu diciptakan untuk menghibur para tamu kerajaan dalam acara jamuan minum. Al-Jazari mengembangkan prinsip hidrolik untuk menggerakkan mesin yang di kemudian hari dikenal sebagai mesin robot.

Ibn Khaldun – Ahli Sejarah Kebudayaan & Sosiologi Moden

Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Ibn Khaldun turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah (“Pengenalan”). Ibn Khaldun juga menulis sejarah Muslim di Afrika Utara yang terulung.

Karya teragungnya bermula sebagai penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik, dan ekonomi. Ibn Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah boleh dibuktikan secara empirikal.
Ibn Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan.
- Ibn Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologiastronomi, numerologi, kimia, dan sejarah. Secara berseorangan, Ibn Khaldun telah meletakkan titik mula bagi tradisi intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan bertanggung jawab, pasaran efficent, penyiasatan sains empirikal, pengkajian sosialogi, dan penyelidikan sejarah.

Tokoh - tokoh lain...

Jabir Ibnu Hayyan – Pakar Kimia



sumber : fadlyahmad 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...